Tadi c chemba g SC Proton. SC tu kata motor kipas nak kena tukau nih.. then radiator pun kena tukar sebab air leak dari cap. C Chemba tanyala, apsal tabley tukar cap jek. Mekanik tu cakap tak kan settle kalau takat tukar cap jek sebab head tu cam da rosak. Mau2 seraban. Fan tu ahkak ble tahan lagi.. hanya kerana radiator cap yang seciput tu jek kena tukar the whole radiator?!! Rasa nak marah pulak ahkak dengar. Nasib ahkak tengah preggy. Dulu keta Hyundai sonata buroq ahkak yang da bebelas taun kat jalan raya tu pun ada prob leak kat cap gak.. tukar cap 3 hengget terussss oke! Hampeh! Lemau sangat keta mesia ni ye?!!
So.. kitaorang decide nak servis jek dulu. Kitaorang ni memang sungguh la menyahut seruan “sokongla barangan buatan Malaysia” Eery servis jek mesti hantar proton walaupun warranty tadak, op kos la walaupun memang tahu sangat yang rega servis dia mahal compare to kat luar. Tadi jek kena dalam RM268.. servis plus tukar cap bodo 30 hengget. Cap pon 30 hengget.. kalau beli kat luar 5 hengget kotttt paling mahal.
So, sambung citer. Ingat da oke la keta.. skalik temperature naik time c Chemba da dekat2 nak sampai area umah. Sudahnya ahkak kena la berjalan kaki lagi hari ni. Rasanya jauh ahkak jalan dari opis ke umah tak kurang gak 1km. Turun naik tangga belum kira lagi.. rasanya lebih 200 anak tangga kot. Kalau single tak pe.. da nama berduet dengan anak lam perut, ada gak la rasa nak pitam berapa kali sepanjang jalan tu. Hangin sepoi2 bahasa gak la ngan c Chemba. Abang dia offer keta dia kata takyah.. adik ahkak offer keta pun dia kata tak payah. Yang kena jalan ngan perut buncit bukan dia.. tapi ahkak ni! Takat kaki sakit & nguilu tu ble la tahan.. part pening berpusing & rasa cam nak pitam tu yang ahkak seriau. Baknya ahkak black-out, sapa nak tolong hah?! Kalau kena jalan jek tak pe.. part memanjat tangga yang banyak gila tu yang ahkak tak ble blah.
Sampai2 umah.. c Chemba dengan muka bersalah bukakan pintu. Nak marah dia, bukan la salah dia pun. Dia tak suruh pun keta rosak. Tapi ahkak da sakit perut ngan pinggang tahap gaban.. pening & rasa nak muntah tahap petala langit.. + sedey la sebab kena jalan jauh. So terus menonong masuk bilik & kunci.. next, op kos la ahkak menangis mengenang nasib yang kalau dikira tadaklah malang sangat ponnn. Cam drama swasta la jugak tadi. C Chemba yang memang da sedia rasa bersalah tambah la saspen kot. Jenuh dia ketuk suh ahkak bukak pintu.. harem ahkak tak hirau sebab ahkak da termelutut kat katil tu haa sebab sakit sangat. Ketuk2, tak kena layan.. pulas2 pintu.. tak kena layan. Tak tahu macamana dia ble teringat bilik tu ada kunci, terusss dapat bukak. Hohoho..
Ahkak ni nimang cenggini. Kalau sedih or rasa cam hangin kus2 naik kepala, sepatah pun ahkak tak bercakap. Paksala camana pun, memang tak kan punya. Nak membelbel & mengomel bukan style ahkak…
Makanya tamatla kesah drama swasta ahkak laki bini hari ni tanpa sepatah kata pun dari ahkak sepanjang hari.. hohoho..