Hari ini adalah hari yang SABARRRRRR JAK LA!
Satu hari da sibuk dekat pejabat. Berjalan ke hulu kehilir, turun naik ofis bekali2.. Skali petang td c Chemba kata dia ada miting, so maybe lewat sikit. Ok.. Kol 4.30 ahkak rilek, kol 5 ahkak kool lagi.. Kol 5.30 ahkak masih kool. Kol 6 da rasa gelisah sikit tapi still ok.. Tapi bila kol 6.40 pun tak nampak bayang lagi.. Ahkak da tak bole sabar dah. Da ketahuan ahkak ni memang pantang menunggu kannn.. Makanya walaupun hujan lebat & kilat sabung menyabung kat luar tu.. Ahkak gagahkan juga jalan sampai ke lrt dalam keadaan perut boyot nak masuk 33 minggu! 33 oke.. Anytime pon boleh terberanak.
Bayangkan sepanjang ahkak jalan tu ramai gila workers2 bangla construction. Tawakal je moga tak jadi apa2. Klau berbadan satu mungkin ahkak boleh la sepak terajang tapi dengan perut boyot nan sarat ni.. Apa la yang mampu ahkak buat. Pastu ada plak pokok tumbang so ahkak kena berjalan tengah jalan ngan kereta yang lalu lalang dengan laju ala tak sedar diri hari hujan. Time jalan tu juga brapa kali almost kena tempias air hujan gara2 manusia2 bawak keta yang tak bertimbang rasa langsung drive laju2 walaupun air dalam. Tu belum masuk seluruh badan menggigil & dada ngan belakang yang sakit. Kasut ngan kain dah basah lencun. Belum masuk part ahkak turun naik tangga lrt yang banyak gila. & budak dalam perut ni walaupun bila dia x gerak sangat terasa la ringan.. Tapi ahkak risau sebab dia macam kurang gerak hari ni.
Nak dijadikan cerita, sungguh malang sebab kunci rumah pula tak bawa. Kena la tunggu c Chemba yang stuck ntah kat mana. Da letih2 sampai rasa nak pitam & termuntah.. C Chemba call kata kereta breakdown tengah jalan. Ya Allah.. Time tu tak tahu nak cakap. Dengan kaki n kain yang masih lencun, hati yang masih panas, belakang yang sakit sangat, kaki ngan tangan yang mengigil.. Tak tahu la nak cakap dah. Memang la sungguh, sabar sahaja lah. Now da 8++.. Ahkak masih stuck dekat restoran dengan hati yang bengkak!
... Akhirnya kol 9 lebih baru dapat masuk rumah. Oh! Sungguh sakit hati