Thursday, 31 October 2013

UTI Lag!

I cant stand it.. So hari ni i decided to ask for medical leave. I am glad si kecik ok. Semalam dia macam meragam, tak sedap badan agaknya so ahkak tak hantar dia g pengasuh. Hari ni sebab ahkak nak g klinik, so terpaksa la hantar dia g umah pengasuh.

I was diagnosed having an urinary tract infection tuk kesekian kalinya. The words i hated to hear since lepas deliver, phobia oke! Doktor kata air kench kotor.. So kena la amek antibiotik disamping ubat for saraf, ubat tahan sakit & ubat tuk lawaskan kench.

Tuesday, 29 October 2013

Na Na Na.. Kungfu Fighting

Habit baru si Hannah, makan kaki! Ada ka. Tak cukup makan tangan, kaki pun di makannya. Tah le sapa punya tabiat ni.. rerasa ahkak takde kot. Yo yo jek kan.. silap2 ahkak laaaagi teruk kot time kecik.. hihi

Monday, 28 October 2013

Model Lap Loren

See mother, lawa tak hannah jadik model lap loren.. menangis model2 Ralph Lauren tercabar.. miahahahahah! Time beli ingatkan da cukup panjang, rupanya anak ahka ni nimang panjang sampaikan pendek jugak sudahnya suar tu.

Sunday, 27 October 2013

Universiti Untuk Hantu Katanya..

Best cartoon movie ever! Miahahahhahaha. Suka sangat this movie. Memula terjebak, c Chemba la ni amek copy dari member dia kat opis. Time ni la pulak gatai hati nak terai test sanggih tak tv kitaorang, makanya c Chemba cucuk ler pend drive kat tv nun. Skalik gambor lawa jek walaupon guna pendrive k! & citer best.. ahkak apa lagi, dan2 terusss g carik dvd ni kat kedai. Ray biru oke! Ahkak ni ketahuan tak kan tengok derr citer2 yang gambornya tak lawa ni & tak kesah nak spend duit tuk dvd sampai sanggup beli ori blueray semata2 nak puas hati. Tapi hari ni nimang ahkak puas hati sungguh walaupun tengok dari pend drive jek.. buekk!!!

Saturday, 26 October 2013

Soli! Soli! Soli!

Haaaaaaaa.. akhirnya dapat gak ahkak kasut nih. Kasut yang ahkak beri gelaran 'kasut super junior'. Miahahahaha. Ahkak rasa 2 bulan kebelakangan ni je ahkak dah habis raban dah tuk kasut. Hari tu melayang dekat seraban lebey, ni kali melayang lagi 6 ratus lebey. Kasut super junior tuh reganya 390 okeh.. boot lagi satu tu murah sikit tapi cukup la memiskin kan ahkak. Hohohoho

Kasut tu nampak jek cam kasut besa.. tapi dalam dia adalah heel. Biasa orh korea la yang suka design kasut cenggitu, ble tinggi dalam diam gitue! Pasni mendongak la c hannah tengok mamme.. miahahaha

Friday, 25 October 2013

Thursday, 24 October 2013

Hannah 1st Passport

Yeayyyy.. Si coney dah ada pasport!! So dah bole la ikut mamme & dadde ronda-rondi Tokyo. Hoop! Hoop! kelakar  muka dia.. hahaha. Empat lima kali imbas ada pula iras2 muka ahkak dalam gambar pasport time baby dulu.

Wednesday, 23 October 2013

Spot The Similarity

Apa matcam.. pandai kannn maria masak! miahahahaha.. buekkkk. Pandai la sangatttt.. da kalau namanya balik2 timun, balik2 timun. Gara2 laki ahkak la peminat tegar timun. Alhamdulillah le ahkak dapat laki yang tak banyak songeh & romantik pantastik ko memang debabom. Hahahaha..

Laki ahkak memang superb! senang nak jaga dia sebab most of the time dia jaga diri sendiri... miahahahahah...Kalau kena laki yang bila kawen dia ingat dia tuan & nak kena layanan 1st kelasss kunun.. sorry sorry la jawabnya. Aku kawen lain jek la.. miahahahaha.

Tuesday, 22 October 2013

Tadi aku g site orang.. tetiba teringat masa kat LA. Rindu sangat time kat situn. Idak la macam kerja kat jikiar ni. Stress manjang. Uwaaaaa!!!

Monday, 21 October 2013

Tido! Tido! Tido!

Ahkak pun aktuali tak paham mana anak ahkak ni belajar tdo cenggini.. aish! Rasa2 ahkak tadak habit ni .. & ahkak pun tak pernah plak nampak c Chemba tdo tiarap. Anak ahkak ni since umor 2 3 minggu kot da nampak habit tido mengiring dia ni.. skarang tukar tiarap lak.Ponin den! risau kang lemas jek

Sunday, 20 October 2013

Bapa krooh kroh Anak krooh kroh

a.k.a bapa borek anak rintik. Ni yang orang kata kemana tumpahnya kalau bukan ke nasi, ye dok!

Saturday, 19 October 2013

Mencari Almera

In the quest of looking for new car.. Ahkak ngan c chemba drop by la dekat Nissan Sungai Besi. Jumpa lagi apek hari tu which ahkak ngan c chemba kureng gemor dengan layanan dia. So.. Bincang punya bincang, udahnya makin menyampah plak ngan apek tu makanya ahkak ngan c chemba decide tuk balik umah dulu tenangkan fikiran.

Kol 5 gitu kitaorang decide nak g another showroom plak, kat Pandan Indah. Thank god salesman kat sana ok. Laki ahkak tu nimang pantang ngan salesman yang kureng2 ni. Kata dia duit kita yang nak keluar makanya kita ni la raja. Betol! Betol! Betol!

Almera.. Sangat spacious. Dah lawat Perodua for Alza & Proton for Preve. Cantik tapi agak sempit compare tu Almera.  At first cadangnya nak amek Grand Livina. Saiz both keta ni sama je actually, yang different seater as Livina ada 7 seat + 20k more expensive. Almera basic-auto start from RM69K++ jek. I dont need to mention or compare the engine, the handling or performance what so ever as my main concern is just to have another car that is functional. Kalau amek kereta tempatan, we will be paying for higher interest compare to imported car. The cheapest interest for Nissan dalam 2.48% kot whereas expect 2.9 or 3% for keta tempatan.. Rasa2 2.7% paling rendah kot. For me, ahkak lebih rela bayar keta mahal compare tu interest keta tu pula yang mahal. As for Proton.. berkenan gak ngan Suprima. Nampak lam gambar cam huduh tapi bila tengok, cun oh! Malangnya mahal sangat, almost 80k.

So.. Tunggulah kesudahan quest ahkak dan c Chemba mencari Almera nih..

Friday, 18 October 2013

Thursday, 17 October 2013

Mengintai Kereta Baru

Hasil kemenangan semasa melawat Nissan, Proton & Perodua. Pemenangnya belum ada ye!

Wednesday, 16 October 2013

Mandarin.. I Bulum Give Up Owh!

Dah lama ahkak tak study mandarin. Rasanya total spending ahkak tuk belajar mandarin ni raban2 gak kot. Investment on basic kelas hari tu dalam 700, buku2 jangan cakap la banyaknya. Belum kira self-learning kit. Apa yang ahkak pandai? huahuhahua.. setakat perkenalkan diri & very basic jek.

Cakap cino ni bukan senang oke, walaupun apa yang disebut tu sama.. maksudnya berbeza. Cam kita sebut mama dalam pelbagai nada like maaamaa ke ma! ma! ke maksudnya tetap sama, mama. Tapi kalau mandarin tak macam tu, one words could mean a different2 things.

Tuesday, 15 October 2013

Demi Sebatang Pen....

Demi pen ni ahkak sanggup travel ke Tokyo lagi oke. Dah beratus kot pen ahkak pakai.. tadak yang ble lawan ni pen. Sangat best! Asal guna jek tulisan mesti cantik.. miahahahah! betul laaa. Pen ni macam pen singgit dua jek kat mesia tapi sepapan dalam 1100 yen kot. Lebih kurang RM8-RM10 hengget sebatang maria!

Memang kalau g Tokyo rasa cam tak mampu jek nak beli souvinier.. dekut lah tuh! ;P

Monday, 14 October 2013

Bad Impression Lagi - Imigresen

Lepas lunch-date kat opis tadi, kitaorang balik umah collect hannah kat rumah pengasuh & terus ke imigresen.. orang tak ramai time tu. Tunggu2 tadak orang entartain.. skali dah berapa minit tunggu baru lah sorang officer laki ni tanya. Dia panggil member dia kat kaunter depan yang incharge urusan pasport sabah sarawak. Rupanya minah tu sibuk berborak. Bikin panas plak dibuatnya.

Bila cek2.. minah tu kata collection pasport dah tak boleh buat, dah tutup. Time tu dah kol 4 kot. Ahkak apa lagi.. hangin pun mari lah. Yelah, bukan ko senang2 nak keluar ofis g bersiar2 time kerja. Agak2lah orang lain pun ada komitment. Pulak tu, anak kena bawak gak. The parents tak ble collect sendiri. Ahkak paling angin tu bukan apa, dorang bagi nombor phone tapi bila call tak pernah nak angkat. Beratus kali kot ahkak dail dalam minggu ni semata2 nak tanya dah boleh collect ke belum. Ahkak pun hangin sampai bagai nak pecah lak pintu ahkak tolak. Muka pun da macam cipan, hati sakit!

Last2 si Chemba settle ngan officer laki tu. Nasib mamat tu baik & siap bagi hp number lagi suh call direct. Kalau semua officer kerajaan macam ni kan bagus. Sejuk gak hati rakyat marhaeins.

Sunday, 13 October 2013

She Is 4 Month Young Today

Besar dah anak ahkak ni rupanya. Alhamdulillah sepanjang 4 bulan lepas dia tak pernah demam lepas jarum. Cumanya batuk & selsema jek. Terasa kejap je masa berlalu..

Saturday, 12 October 2013

When I Was A Kid 2

I love this book, simple & easy reading. Nimang seswai tuk i yang senang hilang tumpuan kalo kena baca banyak2. Huhu.. Bought this dekat MPH.. as usual la, menambahkan lagi beban kat rak buku. jangan sampai runtuh lantai umah udahle

Friday, 11 October 2013

Thursday, 10 October 2013

The Chepest Flight From KL to europe

Kalau rerasa nak g europe to say "From KL with Love".. the cheapest way adalah naik Qatar Airways or Emirates. If you dont mind having to stop at Doha, Jeddah or Dubai. Rugi ahkak beli tikit MAS tu hari, kalau tahu ble singgah at those place yang termasuk dalam list places yang ahkak memang teringin sangat nak jejak kaki. I bought my KL-Paris ticket 2 or 3 months ago kalau x silap.. as of today for flying at the same date masih boleh dapat RM5098 jek kalau naik Qatar Airways. Cheaper lagi! I was also making mistake sebab tak beli flight turun kat Paris then balik ikut London as it would cost much more. So terpaksa naik France Air.. for an added RM1000.. huhu

Tu pun nasib baik buat booking through Skyscanner.com.. so dapat la murah. Kalau book directly from Air France, it would cost RM300 expensive sebab kena bayar tuk cas kredit kad bagai. Plan asal nak naik eurostar, train laju dari Paris London.. 2 jam 15 minutes jek da ble sampai. Tapi sebab penjualan tiket tak start lagi, malas la nak tunggu plak. Kang lagi mahal.. naya ahkak.

As of today.. total belanja ahkak da reach below

KL-Paris-KL (2 adults + 1 infant ) : RM 6,055.00
Hotel @Paris : RM 1,017.75
Paris-London (2 adults + 1 infant )  : RM 1,010.35

Total RM8,083.10 pokai T__T

Wednesday, 9 October 2013

Bos bagi hadiah!!!

Bos g Sabah balik sini belikan ahkak n the gang ikan bilis ngan udang kering. Malu nak g ucap thanks kat bos sebab ahkak ni orang Sabah. Pasar KK tu pun rasanya seumur hidup sekali je kotttt jejak. Tu pun time pegi ngan c Chemba honeymoon kat KK ari tu.. miahahahahahahahaha

Tuesday, 8 October 2013

Dendam Masih Berbara

Update! Update! as of today dendam ahkak pada acik kantin masih menyala oke.. miahahahah. Bak kata si pajrel, ahkak bangun lebih awal dari ayam semata2 nak buat sarapan ni oke... hahahahaha. Cipannn!

Idakla awal sangat actually sebab ahkak ni memang sangat terror bab masak & berkemas semula less than 30 minutes. Ahkak kalau masak kalah kot Jamie bersepah tu.. sebab ahkak lagi sepah. Hahahaha.. Ini menu bekal ahkak sebab ahkak suka makan cincai jek. Tuk seband ahkak complete meal la, sayur sama telur mesti ada. Mesti mau kasi yang tiptop tuk asben maaa.. ahkak makan nasik sajork pun takpe. Janji seband perut besar maaa.. baru manyak gumbira.

Sunday, 6 October 2013

Mini Stroller

This is the one that I was talking about yesterday. I google jek this image. Thank you mr Google. walaupun cakap cino, u can see la the weight cuma 3.8kg. This one is suitable for newborn I guess as it provide laying function compare to other mini stroller.

Another best part is.. all the roda ble ditanggalkan so it can be converted as seat kat umah. For baby yang lom pandai meronta should be oke la. I bought this for RM120 jek kat lelong + delivery.

Saturday, 5 October 2013

Guilty Pleasure & Cerita Stroller

Tak cukup lagi cupcake hari tu.. up lagi kalori ngan chocolate indulgence & fiber oat cake kat Secret Recipe hari ni. Lihat kopi ahkak tu.. kopi tu adalah sangat sedap sebab pekat dan manis. Air tangan sendirik oke! Bukan senang nak dapat rasa cofee yang best. Though I am a frequent customer kat Coffee Bean & Starbuck, ada satu tempat jek yang ahkak iktiraf the cofee adalah sedap second to my coffee (miahahahah) yektu kat kopitiam sebla kedai serbaneka News kat midvali tu. Try the cold one... memang sadap. Just nice.

Hari ni jalan2 midvali lagi bawak Hannah & stroller kenit dia. I said I hate stroller rite, tapi this stroller yang ahkak bili kat lelong made me fall in love. This is Hannah's second stroller  la ni. Stroller hari tu pun oke, 8kg jek tapi still I considered berat la. This one udahla kenit, senang plak nak lipat. Kalau masuk keta, tak yah lipat pun actually.. letak jek kat kerusi belakang tu.. memang sah2 muat kat BWM, eh! BLM je laaaaa... miahahahah. So imagine la how small kan.

Lagi satu yang best, it is so lightweight.. less than 4 kg. Bole angkat 1 tangan sahaja naik tangga oke. So I dont have to restrict to have to use the lift all the time which is lembab & full sokmo. I can use the escalator and avoid angry-stare from people sebab I cuma guna 1 portion of the anak tangga jek. Soooooo easy. Above all, yang paling ahkak gemar about this made-in-china stroller (the world is made in China oke!) yekla it allows one hand operation. Be it tuk buka & lipat or time strolling with the baby inside. Sangat convenience sebab movement roda dia sangat smooth. Tolak satu tangan jek while satu tangan lagi bole la nak capai gincu ke, perfume ke, baju ke kat kedai nun hah! ;p

Thursday, 3 October 2013

Kalori up! Kalori up!

Sedapkannnn rupa dia.. op kos! rasanya pun memang sedap. Ahkak memang cukup gemar beli kek cokelat kat pasar kat opis ni. Memang verbaloi bayor 4 hengget tuk cup cake & 10 ringgit for the cake. Kalau dulu pasar cuma tempat nak beli makanan, now ahkak da upgrade beli baju pula. Miahahahahah.. beli baju baby la tapi.

Pasar kat sinin adalah sangat menarik sebab ada banyak baju baby yang multibrand cam disney, carter dll. Kena pandai carik la sebab kuantiti adalah limited & kena carik kain yang elok la. Cam jaket ble dapat dalam 15 hengget paling mahal. Jeket lawa pulak tu. Ahkak beli kat Mothercare mau dekat 100 oke! murah amat la kalau 15 hengget. Ala... baju budak, apa sangat la nak beli yang brand kan. Takat beli kat Jusco, elok lagi kualiti yang beli kat pasar. Ahkak shopping kat mothercare tu pun sebab rompers yang rarely can be found ngan baju jaket tuk winter. Kalau idak.. tak hengen ahkak nak tabur lebey 600 kat situn.. dendam ni! dendam! Tapi dendam yang tak berapi la macam dendam ahkak ngan acik kantin... miahahahaha

Wednesday, 2 October 2013

Godek2 kotak, tetiba c Chemba terjumpa tentative masa kitaorang g seoul winter ari tu. Yang ni version mudah sebab laki ahkak ni selow sikit bab nak merancang perjalanan. Sokmo lah tak tahu, eiiiii! So ini version ahkak bagi khas tuk dia spaya dia tahu nak g mana. Cam ahkak takyah itinerary pon xpe sebab ahkak memang da tau nak g mana, atenye Seoul tu kan kampung ahkak. Miahahahahah.. munta!

Tapi itulah advantage yang kita gain kalau plan sendiri the trip sebab you will be studying quite hard, trust me. Google sana sini, baca buku sana sini, baca blog orang sana sini.. tengok map town & transport ratusan kali kot. Tell me kalau buat macam ahkak buat tu kome tak apal2 jugak geografi the place yang kome nak pegi, memang samting rong samwer la kaple kome tu.

Tuesday, 1 October 2013

Hannah Orang Sabah Bah!!!!

Kelakar kan muka dia.. hahahahaha. Tadi dahla kena jarum. Siyan dia. Nangis jugak tadi tapi bukan sebab kena jarum tapi sebab dia tak puas ati kena duk diam2 atas kerusi.. heheh. Dari KKIA terus ke Imegresen Jalan Duta. Memula pegi kat kaunter daftar. wah! ada kaunter khas tuk ibu mengandung, golden citizen ngan baby laaaa... sioknyaaa!! Taklah ahkak mengamuk ngan Imegresen macam ari tu.. miahahahah.

Tunggu tak sampai 5 minit jek, nombor naik. Bla bla bla.. officer tu tanya ahkak ke c Chemba yang nak sain passport Hannah ni nanti, so ahkak kata ahkak. Ahkak pun terus gak tanya macamana nak tukar anak ahkak ni jadik warga Sabah. Dia kata kalau cenggitu ahkak kena g kaunter khas lagi satu, kaunter rujukan Sabah Sarawak. So, for those yang kawen ngan orang semenanjung yang rasa2 nak anak dia jadik warga Sabah spaya tak la budak tu diiktiraf 'pelarian' kat Sabah & cuma ble duk senang lenang kat Sabah 3 bulan jek.. (oopssss jangan mare!).. g la imigresen tukar budak tu jadi warga Sabah. Banyak advantage dia jadik urang Sabah ni. Cam Hannah, ic KL menten tapi warga Sabah. So kalau dia kerja gomen sok, hopefully dia ada banyak option la. Kalau kerja swasta.. tak dapek la nak nolong!