Tuesday 18 February 2014

Bagaimana Mengurus Majlis Perkahwinan

Hari Sabtu lepas adik ahkak khawin tapi atas kuasa Allah masa tu banjir. Makanya semua jadi kelam kabut. Mana tidaknya, air dan api serentak takdak. Memang kesian sungguh la majlis kali ni. So I am writing a note to myself, untuk mengingatkan flow of sebuah majlis perkahwinan belah pengantin perempuan.Sebenarnya this is a note to myself ni. Yalah, I have a daughter kannnn.

Contigency Plan
1) Persediaan tiada bekalan elektrik
Kalau rasa2 mampu, beli or sewalah genset. Make sure minyak cukup. Kalau ada belah family tu yang pandai bab letrik, tugaskan this person untuk jaga bahagian ni.

2) Persediaan tiada bekalan air
Guna je pinggan pakai buang, senang. Tak bazir air & tak mencemarkan alam dengan sabun cuci. Kalau rasa nak guna pinggan gak, pastikan ada tangki @ tong2 yang cukup besar untuk menyimpan air.


Majlis Nikah
1) Susun atur kedudukan pengantin dan barang hantaran
Tetapkan di mana tempat duduk pengantin, imam, saksi dan ahli keluarga supaya nanti tak kelam kabut. Lantik tukang tunjuk tempat duduk. Take into consideration angle terbaik untuk tangkap gambar.

2) Lantik
1 orang untuk jadi pengapit untuk pengantin perempuan.
2 orang untuk menyambut ketibaan pengantin lelaki
1 orang untuk menjadi tukang tunjuk tempat duduk
1 orang pengerusi majlis

3) Atur tentatif majlis
Perkenalkan nama pengantin
Mulakan dengan sesi mengalu2kan kedatangan rombongan lelaki
Serahkan majlis kepada imam
Setelah selesai akad nikah, pengantin lelaki menyarung cincin/ mencium dahi... terpulang
Teruskan dengan sesi bersalaman dengan ahli keluarga
Akhirkan dengan sesi bergambar dengan ibu bapa diikuti dengan adik beradik dan ahli keluarga lain

 4) Kumpul maklumat sebelum majlis dimulakan
Beri maklumat seperti penuh pengantin, nama wakil2 dari kedua-dua belah pihak seperti ibu bapa, negeri asal pengantin lelaki dan jumlah rombongan pihak lelaki kepada pengerusi majlis.

Beri juga maklumat nama imam dan saksi sekiranya dirasakan perlu untuk disebut. Paling penting beri aturcara/ tentatif majlis kepada pengerusi majlis supaya beliau boleh memberitahu apa yang akan berlaku sepanjang majlis.

Malam sebelum bersanding
1) Tugaskan 3 atau 4 orang penyedia bedak dan inai. Tradisi malam berbedak & berinai adalah untuk memastikan agar pengantin kelihatan cantik semasa bersanding.


Majlis Bersanding
1) Persediaan merenjis & tepung tawar
Tanyalah orang tua2 apa yang perlu disediakan seperti beras tabur, air mawar dsb

2) Lantik
1 orang untuk membawa keluar pengantin perempuan
2 orang untuk membawa orang yang akan menepung tawar ke pelamin
2 orang untuk urusan pemberian cendera mata
1 pengerusi majlis
1 orang runner
1 pembaca doa
2 orang pelayan meja makan beradab

3) Atur tentatif majlis
Tugaskan runner untuk pastikan semua ahli keluaga yang telibat dalam menepung tawar telah bersedia
Pengerusi majlis mulakan dengan sesi mengalu2kan kedatangan tetamu
Beritahu tentatif majlis kepada tetamu
Mulakan paluan kompang
Bawa pengantin keluar
Teruskan dengan majlis menepung tawar
Setelah selesai, teruskan dengan bacaan doa
Diikuti dengan sesi bergambar
Akhirkan dengan sesi makan beradab