Monday, 3 March 2014

Husand Of Mine


Laki ahkak ni makin tuha makin menjadi perut dia. Nasib baiklah ahkak dapat laki yang memahami ahkak & tak marah pun kalau ahkak kutuk dia. Dan dia tak pernah sekelumit pun kutuk ahkak, ahkak je suka mengacau dia. Ahkak bersyukur sangat jumpa husband macam laki ahkak. Dia taklah perfect, malasnya kadang2 ya raabii! tapi dia sangat bertimbang rasa. Tak pernah pun minta ahkak masak itu ini, hatta minta tolong ambilkan air pun tak pernah. Ahkak jek suka ngada2 mintak amek air la.. mintak masakkan magi lah. Kalau ahkak masak, sikit pun dia tak pernah komplen. Habis licin semuanya. Kalau ahkak malas nak masak, siap tanya lagi ahkak nak makan apa nanti dia belikan or masakkan. Laki ahkak terrer jugak bab masak memasak & rasa masakan dia boleh tahan sedapnya.
Memandangkan dia kadang2 je rajin nak tolong kemaskan rumah & basuh pinggan.. makanya most of the time dia ada kat rumah, dialah yang jaga si kecik. Ahkak siapkan air mandian & makanan.. makanya dialah yang akan mandikan & bagi si kecik makan.

Kesian juga dekat dia sebab ahkak tahu dia pun letih. Tapi dah namanya hidup berumah tangga.. susah senang mestilah lagi erat bersama. Mula2 dulu memang agak susah jugak nak terima. Masa bujang selama 31 tahun, semua pun sendiri punya hal. Sendiri makan sendiri cuci, sendiri sepah sendiri kemas. Bila dah khawin, lain2 makan & lain2 sepah tapi sendiri2 cuci & kemas tu agak mencabar jugak. Ada masa-masa rasa macam nak marah. Tapi bila muhasabah, sikit demi sedikit mula lebih postif. Daripada marah2 dalam hati sebab ahkak memang jenis tak reti nak bebel & marah depan2, ahkak mula agihkan tugas yang mampu diterima oleh si suami. Sikit demi sikit. Lama2 alhamdulillah rasa lebih positif.

Pada ahkak, kesilapan yang selalu ahkak buat ketika terbit rasa marah pada seseorang, tak kira lah hal kerja or yang berkaitan dengan kehidupan seharian adalah kegagalan berkomunikasi. Ahkak salah bila ahkak berharap orang lain juga punya kesedaran sivik yang tinggi, alert pada persekitaran & punya rasa tanggungjawab macam ahkak, makanya ahkak cuma marah2 dalam hati & mempertikai awat la benda kecil tu pun ko tak tahu nak buat or tak perasan. Disitulah silapnya. Bila ada rasa marah, berkomunikasi lah kalau itu yang terbaik. Tapi tak semua orang mampu berkomunikasi ketika marah, hatta selepas marah pun ahkak tak boleh membincangkan kemarahan tersebut tanpa menimbulkan semula rasa marah yang dah reda.

Sebenarnya, ahkak paling tak suka komunikasi post-kemarahan, tapi ahkak jugak tak lah bodoh untuk biarkan diri sendiri dibelenggu rasa marah & tak puas hati sorang2 padahal orang yang kita marahkan tak sedar pun yang kita marah. Lagi buruk kalau orang tu sedar kita marah tapi dia buat tak tahu. Boleh stress dibuatnya. Makanya untuk pastikan ahkak masih dalam mode neutral dalam menjalani hidup ni, ahkak belajar jadi seorang yang lebih memerhati. Kumpul dulu data2 & info yang berguna then baru atur strategi. I always told my self being angry is stupid, unless you do not mind being red all the time.
Now since dah jadi isteri & ibu, banyak yang masih perlu ahkak pelajari. Alhamdulillah ahkak dapat seorang suami yang super supportive & romantic. Yer! Mu husband is soooo romantic I told you. Bukan romantik yang buaya darat tu oke and I dont think he realized that he is a romantic person & a gentlemen... and I never told him this secret of mine ;p