Memang! Memang letih jadi seorang ibu. Aku baru anak satu, macamanalah kalau anak 3 4 orang.. terutamanya ibu yang beranak setahun seorang.
Hari kerja kena kerja. Seawal jam 5.30 dah kena bangun untuk cuci botol anak then masak, blender & siapkan bekal makanan untuk si anak . Semata-mata nak jimat masa, sambil2 gosok gigi & cuci muka sambil2 tu jugaklah masak. Mandi sah2 tak kenyang, paling lama 5 minit je kot mandi pagi. Lepas siap2 pakai baju, solat, calit sikit foundation terus kejutkan anak. Cek2 dulu kot2 yak2 ke si kecik tu, kalau yak kena tukar dulu. Kalau tak.. proceed untuk hantar ke rumah pengasuh. Before sampai rumah pengasuh, kena bertarung dulu cari parking. Kalau nasib baik ada la parking dekat, kalau takde.. terpaksalah eksesais.
Time kerja, sebab bos ramai makanya input banyak. Mentang2lah macai.. kenalah mengikut perintah. Nasib baik dapat bos2 baik. Ada masa kalau bos2 takde, selang2 la menanggung kerja jadi bos besar, bos kecik. Kadang2 ada jugak terima hamburan rakyat gara2 tak dapat nak telefon bos. Benda semua nak cepat, lewat atur pemeriksaan salah, lewat mohon peruntukan salah, lewat ingatkan orang suruh bagi maklumbalas pun salah. Sampai petang badan & kepala pun dah letih untuk terima cabaran seterusnya iaitu menjadi suri rumah.
Balik kerja kena jemput anak & lagi sekali kena bertarung parking. Sampai2 rumah, letak je anak atas lantai terus prong prang prong prang dekat dapur. Tu baru part kena masak untuk anak makan malam, belum masuk kena masak untuk diri sendiri. Habis masak terus bagi anak makan. Alhamdulillah pengasuh akan mandikan si kecik tu before aku datang ambik dia. Kadang2 kalau makan comot, terpaksalah mandi lagi sekali. Habis makan, kena layan dia. Ada kalanya ok ada kalanya nak melekat sepanjang masa. Time anak dah khayal bermain barulah boleh kemaskan dapur & bekas mandi dia. Lepas tu kemas la apa yang patut or makanlah apa yang ada sambil2 lepak dengan si anak. Tu pun kalau si anak tak meraung. Kena mood dia baik dia main atas tilam je, kena mood lasak.. habis satu rumah dia rayap.. belum kes cuba2 nak berdiri sebelah tangan. Pukul 8 mata si kecik masih celik, pukul 9 masih celik, 9.30 masih celik, 10 pun maaasih celik. Pukul 10.30 baru lah dia dapat tidur. Itu pun lepas 4 5 pusingan menangis sebab lampu kena tutup & dia tak dapat main or sebab nak susu or sebab tak dapat nak main lah kebayakannya. Lepas si kecik tidur kena sediakan baju & beg dia untuk esok. Kena letak siap2 depan pintu supaya esok tak kelam kabut. Kena cuci botol2 dulu sebelum lelap. Kalau larat sempatlah baca buku sebaris dua.
Pukul 12 pagi nangis nak susu.. kadang2 pukul 4 nangis lagi nak susu. Kalau dapat tidur balik ok lah, kalau tak.. tunggu la sejam lagi untuk dia tidur. Paling tak tahan kalau si kecik tu jaga sambil sengih2 dengan senyuman manja & lompat2 eksited sebab dia nak MAIN! Oke! MAIN!
Pukul 5.30 dah kena jaga, ulang semula rutin hari kerja. Ini baru rutin hari kerja, rutin hujung minggu laaagi sengsara. Tapi bagi seorang ibu semua tu tak de halllll!! punya. Tiada yang lebih penting melainkan menjalankan tanggungjawab menjaga amanah Allah yang masih kecil & belum tahu apa2.