Warded!
Hari
ni anak kecil ini tertahan di wad. Hati ibu mana yang tak sedih bila
anak sekecil ini sakit. Di depan katil anak ini ada seorang bayi kecil.
Hairan kerana bayi kecil itu berseorangan dan tiada kelihatan kelibat
ibu dan bapanya menemani sedari kami mula masuk ke wad tadi. Lalu
kutanyakan pada doktor di mana kedua ibu dan bapanya. Sayu terasa
apabila diberitahu bayi sekecil usia 6 bulan itu tiada ibu bapa. Asalnya
dari rumah anak yatim. Bersyukurlah kamu anak ku kerana masih ada ibu
dan ayah menemani kamu di kala sakit mu, apatah lagi di kala gembira mu.