Semalam mak aku bagitau, doktor minta dia bersedia. Kondisi my dad dah teruk sangat & bila-bila boleh pergi. Meaning my dad dah tak de harapan untuk sembuh after almost a month terlantar dihospital kerana diabetes. Now paru-paru dia berair dan buah pinggang pun dah rosak. Apart from that, tekanan darah pun rendah sampai perlu kena tambah darah.
Sebagai anak, aku hanya mampu doakan semoga semuanya dipermudahkan. Mati itu pasti. Sekiranya tuhan telah tetapkan my dad kembali kepadanya, tiada apa yang dapat menghalang ketentuan tuhan.
My dad seorang ayah yang hebat. Demi membesarkan kami 5 beradik, hidupnya serba sederhana dan kantung duitnya tentulah tak pernah cukup. My dad seorang yang sangat garang. Aku dididik dengan kasar. Pukulan demi pukulan akan diterima sekiranya berbuat kesalahan. Aku diajar berdikari dan tidak bergantung pada orang. Banyak yang aku belajar dari my dad.
Dari aku kecil my dad sentiasa menitikberatkan tentang pelajaran.