Saturday, 3 March 2018

Kiki Day 4

Hari ni team dah complete so kitaorang pun meneruskan aktiviti seterusnya yang menjadi nadi utama percutian kali ni, Kundasang. Lepas breakfast kitaorang terus gerak naik. Destinasi pertama cek in dulu dekat Kinabalu Pine Resort. Lepas tu terus bergerak ke ladang lembu, Desa Dairy Farm. Lepas ladang lembu p tengok rabit pula.

  
  
  
  
 
Masuk DDF ni kena bayar. Masa nak masuk or keluar dari sini kena lalu dekat laluan air bertakung tu tuk cuci tayar. Tempat ni memang best la! Ala-ala kat Newjiland yaw. Tapi kalau dah nama ladang lembu bertahan je la dengan bau lembu yang semerbak. Kawasan dia agak luas, consist of kandang, tempat pemprosesan susu, cafe, kedai jual eskrem dan padang ragut. Cumanya masa kitaorang sampai tu aku tengok orang lebih ramai dari lembu.  Nasib baik jumpa segerombolan lembu-lembu yang tengah bermalasan. Dapat la tangkap gambar. Actually seluruh kawasan DDF ni berpagar tapi ada satu port yang kome ble panjat batu and dapat shoot baek punya. Recommend ke? Sangat! 

Dari sini, kitaorang gerak pula ke Arnab Village yang terletak dalam 17 km dari DDF. For those yang tak sayang kereta boleh la kemari sebab jalan masuk dia ya ampun.. seram! Kat gambar tak dapat nak menterjemahkan keseraman sebab kecuraman melampau.. tapi memang seram nak bawa kereta. Memula nak turun jalan kaki je tapi last-last hentam je la bawa kereta. Apa yang ada dekat sini? Kalau dah nama dia arnab village, op kos la arnab. Recommended tak? Not really unless ko peminat tegar rabit or tak de apa aktiviti lain nak buat. Kalau spesis penggeli, memang tak disarankan la sebab taik arnab tu dah memenuhi kawasan tanah oke!
 
  
  
  
   

Balik dari sini, terus aku mandi sepuas-puasnya.. hahahaha. Nampak sangat aku ukan peminat rabit! Plan asal lepas dari sini nak ke tagal fish spa, skali tutup daaa. Makanya esok je la kami ke sana. Since sepanjang petang hujan lebat, lepak bilik je laa. Nasib baik masa dinner dah renyai-renyai.. kalau tak berlapar le jawabnya. Kitaorang ambil hotel + dinner, so takde la pening nak cari dinner dekat luar. Food dia agak sedap wa sakap lu!