Untuk day 3 laksa kembali beraksi dengan tambahan popia sadap. Sadap oiii popia hakak tu 😝 Buh sadin dengan sengkuang.. layanzzzzz
Tadi kitaorang ke MV.. saja nak ke Aeon cari baju. Since saiz perut dah berubah kenala cari pakaian baru. Gini le keadaan dekat MV tadi.. meriah juga.
Before dapat tembus ke mall kena saring dulu depan pintu masuk MV dan amik suhu. Lepas tu ble la masuk dan kalau nak masuk kedai-kedai tu kena repeat benda yang sama. Kalau10 kedai ko pegi 10 kali la ko kena isi maklumat peribadi ko, ambik suhu dan pakai hand sanitizer. Since masih PKPB, kitaorang bergilir shopping sementara salah sorang tunggu dengan si kecik dekat keta. Hari ni aku masuk beberap kedai.. mula2 tu Aeon cari baju lepas tu dah alang-alang berdekatan aku termasuk la pula dekat Mothercare dan terbeli la pula baju baby. Malangnya tak tahu jantina lagi so beli la yang neutral.
Lepas tu termasuk pula The Face Shop beli pencuci muka. Nasib birthday month maka dapatlah diskaun 30%. Biasa pencuci muka hakak tu memang takde offer jadi tunggu birthday baru beli. Next termasuk pula Clarins. Hari tu dah habis beratus beli online.. kali ni nak pegi redeem hadiah je. Malangnya produk yang nak di redeem tu takde stok la pula. Habis kat situ ingat nak pegi Machine tengok i-watch.. skali panjang beratur ya rabiii. Orang Malaysia ni memang kaya raya kot.. beli gajet macam beli ikan lagaknya. Pastu turun ke bawah pula nak ke parking.. ingat nak singgah Harvey Norman skali kat situ pun beratur panjang yang amat. Adoiii xpahammm..