Saturday, 25 September 2021

Vaccination Day



8.30 dah keluar rumah & naik grab ke PPV WTC. Sampai-sampai terus la ikut je arahan petugas & line yang disediakan untuk 2nd doser. Everything was smooth. Dalam jam 9 sampai PPV.. xsampi 15 minit selesai vaksin. Pastu balik rumah penuh bergaya naik grab Velfire.. hahahah.. poyos.

Tuesday, 21 September 2021

Friday, 17 September 2021

Sekinchan


Hari ni aku cuti so kami decide untuk merentas daerah since dah boleh merentas kan. Kali ni kami menghala ke pantai.. tak boleh ke PD makanya ke area Selangor je lah. Kami ke pantai Jeram. Sememangnya pantai kat Selangor ni tak secantik PD.. pantai yang ini takde pasir sebab kena tembok batu dan air pun tak biru. Sampah pun banyak jugak.. adoiii! Kalau mahu merasa pasir, boleh la masuk ke dalam sikit.. ada seconet area yang berpasir. Yang tak best orang memang ramai. Negeri lain ok lagi tapi kalau kat Selangor memang tak berani la aku nak bertarung dengan marhaen. Aku turun kejap je.. si adik cuma mampu memandang dari dalam kereta je.. hahaha

Since kami rasa macam tak best, kami decide untuk jalan jauh sket. Alih2 da sampai Sekinchan. Aduii lawanya padi tengah menghijau.. tapi demi nak mengejar sunset di pantai punya pasal.. kami route ke pantai Sekinchan. Sunsetnya memang sangat la cantik tapi pantainya.. alahaiii!! penuh anjingzzzz.. dan op kos.. sampah! Teruk betul la perangai orang Malaysia ni. Buat sampah pandai.. buang sampah tak pandai. Eeeiii!!!

Thursday, 16 September 2021

Ilipot Lagi

Semalam aku dah siap2 order set ilipot. Since hari ni cuti dan kami takde plan nak ke mana-mana, elok main masak-masak di rumah je la. Seram bila tengok gambar yang di share dekat media sosial.. orang beramai-ramai ke sana ke mari tak hengat dunia dah. Paling tak tahan yang beriadah beramai-ramai. Dah la mask pun tak pakai.. karang kena cobit kerajaan juga disalahkan. Memanglah cobit ni dah jadi endemik tapi SOP still kena jaga. Lagi2 vaksin yang ada tak berapa efficient terhadap stonger variant like delta.

Sunday, 12 September 2021

Putrajaya Kami Datang



Kalau last week kami ke Selangor.. kali ni kami merentas ke Putrajaya pula. Op kos masih dalam mode jaga-jaga jadi kami datang ronda, lepak tepi tasik tapi duduk dalam kereta je. Ahakssss.. memula tu lepak dekat tasik area KPKR.. pastu pegi pantai buatan kat Pullman. Yang tu turun kejap pastu laju-laju naik keta.. serammmm



Friday, 10 September 2021

Ready Untuk Kena Campak

Hari ni tibalah hari yang memang kalau boleh aku tak harap akan sampai. Tapi tulah, nak buat macamana kan.. bila dah sampai level ketua sub-unit kena la ambil tanggungjawab ke atas hal-hal yang melibatkan team. Hari ni dalam sejarah aku masuk bilik big bos, a.k.a Ketua Pengarah a.k.a KP gara-gara urusan pelanjutan consultant. Duduk betul-betul plak depan dia.. seran juga masa tu. Nasib baik mood big bos baik hari ni, aku da lama da ready nak kena marah. Worst, in case kena campak dari pejabat di ke bawah T_T  Maka selamat la aku hari ni.. pastu baru happy2 selfie kununz

Tadi bos aku datang skali, ingatkan meeting tu dalam meeting room. Skali terus masuk bilik rupanya. Nasib bos aku tak hangin aku buang masa dia standby plak dekat luar bilik.. ahaksss!

Wednesday, 8 September 2021

Masa Mudaku... Dah Berlalu

Satu masa dulu aku pernah muda rupanya.. hahahahaha. Masa ni aku ada uniform merah, oren, biru dan ijau. Dapat gaji dari 2 company.. gaji 2 kali sebulan. 1st hujung bulan, pastu 2nd tengah bulan. Memang heaven masa ni. Dalam setahun ada job kat kilang yang shutdown.. paling jauh pegi naik bot dari Labuan ke Sipitang. Seram oo naik bot! Sungguh la pengalaman! Pernah bergaduh dengan jantan-jantan kilang sebab dorang sorakkan aku macam sorak bola pastu mengamuk bila tahu aku cakap dekat one of the lelaki dekat luar perbuatan dorang tu macam bodoh. Hahaha.. ganaz juga aku rupnya 🤣

Monday, 6 September 2021

Saturday, 4 September 2021

Ilipot Day




Aku kalau dah sesuatu tu terlintas dekat kepala mesti kena realisasikan juga by hook or by crook.. esp kalau bab2  shopping ni. Memang tak boleh tidak oi 😂 Damage yang aku buat kali ni beli lagi set Ilipot ni. Cuma la ni da pandai sikit sebab tak yah beli dah set steamboat. Aku beli set grill dengan harga RM129.90 then add on kuah tomyam je. Semalam kerja so hari ni boleh grill dengan happy. 

Thursday, 2 September 2021

From Toilet With Love



Hari ni hari bekerja, macam biasa la mesti nak capture panorama KL pagi2 ni. Sempena merdeka ada juga rupanya perhiasan dekat Dataran Merdeka tu. Kalau xde cobit.. mesti kami dah on mission mencari tempat yang ada bunga api 😭

Wednesday, 1 September 2021

Racun Tiktok

Tiktok memang jahat.. aku nampak tv cute ni lalu lalang so aku pun terorder oke! Ini semua bukan salah aku tapi salah Tiktok. Last2 Shoppee juga yang untung. Tapi memang cute sangatttt!!! Alang2 beli aku ambik yang ada speaker teruss. Test pakai phone aku yang kecik, sound cam tak power pastu bila test dengan phone besar tu.. elok je kuat dan power bunyinya. Kalau screen iphone 11 pro tu memang ngam2 je la masuk dekat slot screen tv tu. Harga tak la mahal sangat.. dalam RM30++ je. Fast delivery dari China.