Friday, 17 September 2021

Sekinchan


Hari ni aku cuti so kami decide untuk merentas daerah since dah boleh merentas kan. Kali ni kami menghala ke pantai.. tak boleh ke PD makanya ke area Selangor je lah. Kami ke pantai Jeram. Sememangnya pantai kat Selangor ni tak secantik PD.. pantai yang ini takde pasir sebab kena tembok batu dan air pun tak biru. Sampah pun banyak jugak.. adoiii! Kalau mahu merasa pasir, boleh la masuk ke dalam sikit.. ada seconet area yang berpasir. Yang tak best orang memang ramai. Negeri lain ok lagi tapi kalau kat Selangor memang tak berani la aku nak bertarung dengan marhaen. Aku turun kejap je.. si adik cuma mampu memandang dari dalam kereta je.. hahaha

Since kami rasa macam tak best, kami decide untuk jalan jauh sket. Alih2 da sampai Sekinchan. Aduii lawanya padi tengah menghijau.. tapi demi nak mengejar sunset di pantai punya pasal.. kami route ke pantai Sekinchan. Sunsetnya memang sangat la cantik tapi pantainya.. alahaiii!! penuh anjingzzzz.. dan op kos.. sampah! Teruk betul la perangai orang Malaysia ni. Buat sampah pandai.. buang sampah tak pandai. Eeeiii!!!