Sunday, 19 June 2022

Adik Warded Covid Day 5

Pagi tadi masa doktor pakar round, doktor confirm adik boleh keluar hari ni. Alhamdlillah. Prosidur untuk keluar cuma perlu tunggu nurse hantar release letter dan quarantine letter dari hospital. Once da dapat surat, asben boleh bawa kereta ke parking ambulan sebelah kaunter ER O&G dekat level 1. Bila asben da sampai parking, nurse akan bawa turun kitaorang ke bawah. Dalam jam 10.20 si Chemba gerak dari rumah, jam 10.50 dia sampai dekat parking ambulan. Takde apa bayaran dikenakan sepanjang kami di sini.

Tengah menunggu si Chemba datang tadi, member sekolah aku yang aku panggil Ja singgah melawat. Member tu doktor dekat HKL.. kebetulan dia ada round dekat HTA tu yang di singgah tu. Aduii.. last jumpa masa for 5, 24 tahun yang lepas oii!!

Saturday, 18 June 2022

Adik Warded Covid Day 4

Adik dah nampak makin ok. Batuk pun dah kurang cuma dia kerap tidur sebab bosan kot tak de apa nak buat. Dalam bilik ada tv tapi nak tengok tv pun takde siaran sangat. Semalam doktor dah konfirm adik akan discharge ahad. Huhu.. ingatkan semalam la boleh keluar tapi takpelah. Yang penting adik kembali sihat. Aktiviti kami sepanjang hari cuma makan dan tidur. Since kami kuarantin cobit, nurse dan doktor cuma masuk waktu nak cek tekanan darah & oksigen dan time bagi ubat. Round pun sekali je sehari so memang privacy sangat. Kalau pengaalama aku di wad biasa msa dekat HUKM, pagi kena bangun awal supaya nurse boleh kemas katil & prepare untuk round time oleh doktor-doktor tapi kat sini memang takde orang kemas katil ko. Pandai-pandai la. Sepanjang hari bilik kami memang gelap… memang mood sangat la kalau tido. Nurse akan masuk setiap 6 or 8 jam sekali untuk ambil bacaan dan setiap 8 jam untuk cucuk antibiotik. 

Kawan kuarantin aku ni anak dia baby girl, umur 6 bulan. Kuat menangis tapi kuat senyum juga.. nama Syiifa Inara., mak dia nama zana. Mula-mula masuk tu dengar dia batuk pun senggsara. Kesian… kecik lagi. Sama juga macam adik, covid categori 3 sebab pneumonia. Hopefully ini yang pertama dan terakhir la adik kena cobit.. tak sanggup rasanya. Depan bilik kami ni ada pesakit kategori 5, umur baru 7 tahun. Kategori 3 yang ada pneumonia, kategori 4 kena pakai bantuan pernafasan… yang kategori 5 tu paling teruk. 

Petang tu bosan, order la grab. Kat sini actually memang tak kekurangan makanan sebab disediakan 4 kali sehari start sarapan, lunch, minum petang dan dinner. Yang bestnya, hospital allow grab hantar makanan sampai ke kaunter wad. Masa aku order tadi dah malam so grab tu tak dibenarkan naik. Ingatkan tak sampai dah order aku tapi alhamdulillah dapat juga. 


Friday, 17 June 2022

Adik Warded Covid Day 3

Inilah wad kami dekat level 9, wad perubatan 9D. Kalau view dari aras 5 pun cantik, dari atas ni view lagi cantik. So far adik ok je cuma makan dia agak kurang sebab dorang tukar diet dia dari bubur ke menu kanak-kanak. Menu kat bawah semua bubur, semangkuk tu memang habis tapi kat sini menunya macam menu aku cuma tak de pedas. Antara menu dia nasi & ikan masak lemak, ayam masak lemak, roti, bihun. Sikit je la dia makan.

Yang tak best dekat sini terasa ko macam orang terbuang. Wad ni actually bukan wad covid so paham-paham je la. Baju anak pun kena minta baru dorang bagi. Baju ibu pula tak disediakan, tak macam dekat bawah bebas ambil baju selimut anytime. Kat sini nak air panas kena minta dan tunggu, kat bawah boleh ambil sendiri dekat pantry. Tp bilik selesa la sebab ada sinki dan toilet sendiri. Ada tv juga tapi takde remote.. kena panjat.. hahaha. Sejuk memang sejuk.. kalau malam memang tak tahan. Air panas untuk mandi ada.

Thursday, 16 June 2022

Adik Warded Covid Day 2

Day 2 di ward AHDU HTA HKL. Semalam tidur si kecik agak lena. Takde bunyi macam semalam cuma ada la dia terjaga untuk susu & ada sekali tu jaga dan terus nangis walaupun dah bagi susu. Maybe teringat perisitiwa tangan dia kena cucuk masa nak pasang branula agaknya. Aku memang stress part pasang branula ni. Lagi kalau doktor yang buat.. konfem banyak kali cuba baru berjaya. Macam adik semalam, dua kali cucuk. Mula-mula tangan kanan.. lepas tu tangan kiri baru dapat. Pastu dorang terkial-kial nak pasang splint.. aku rasa lagi lama settlkan splint tu dari cari point sampai meraung-raung adik. Tu yang masa dia menangis tu dia try nak cabut branula kat tangan dia. 

So far adik dah makin better.. nampak lebih semangat dan happy walaupun masih demam. Dia takde meragam apa.. selera makan pun ok cuma meraung time nurse cek tekanan darah & masukkan antibiotik. Lain waktu dia steady je.

Dalam jam 7 nurse confirm kami kena pindah ke wad lain sebelum jam 8 malam. Actually pagi tadi doktor dah bagitau akan kena pindah cuma tak confirmkan bila akan pindah. Katanya wad ni akan ditutup untuk patient covid. Dalam pukul 8 tu kami pindah ke wad 9A dekat tingkat 9 dan kami ditempatkan dalam bilik isolation katil No.18. Setahu aku bilik isolation hanya untuk 1 patient tapi dekat sini share 2 patient which is jiran seblah katil masa dekat AHDU. Dalam bilik ada 1 katil dewasa, 1 katil baby dan 1 lagi pull out bed. Aku dengan adik ambik katil adult. 

Wednesday, 15 June 2022

Adik Warded Covid Day 1

Pagi ni si Chemba dan the kids hantar aku g ofis dulu. Banyak benda tertangguh nak kena settle dan dokumen nak kena sign. Lepas diskus dengan bos, kami terus ke Hospital Tunku Azizah, HTA HKL. Thank god dalam bangunan itself ada parking. Sampai parking call HTA first untuk confirm prosidur rawatan anak yang kena covid, boleh ke terus ke HTA atau ada prosidur lain. HTA bagitau boleh je kalau terus ke HTA dan pegi dekat ER. Dari blok parking kami turun ke tingkat 2 untuk akses ke main building. Dari situ baru kami ambil lift dan turun ke level 1 untuk ke ER. Dekat luar ER tu ada kaunter, lepas register bagai si Chemba bawa adik ke dalam ER dan aku dengan kakak pegi beli makan. Since kakak pun positif jadi kami makan dalam kereta je.

Si Chemba bagitau adik maybe kena warded sebab dia batuk croup, yang batuk macam mengonggong tu. Doktor bagitau so far paru-paru macam ok, maybe jangkitan cuma dekat trakea. Dah xray baru boleh confirm. Xray tunjuk memang da ada jangkitan kuman dekat paru-paru, pneumonia. Lepas doktor confirm adik kena warded, kami decide siapa nak kena jaga adik. Kalau aku yang jaga, since aku baru lepas positif covid, HTA akan letak dekat open ward tapi kalau si Chemba yang jaga dorang akan letak dia dekat isolation room sebab dia negatif. Mula2 tu fikir biar si Chemba la jaga.. selesa sikit sebab duduk dalam bilik sorang tapi bila fikir balik, kesian pula adik jadi kami sepakat aku yang jaga. 

Masa aku swap dengan si Chemba dalam   ER,  doktor bagi adik neb.. nangis la dia. Tak selesa agaknya sebab benda alah tu gantung dekat kepala & tekup mulut. Lepas neb, kena xray. Lepas tu baru kami naik ke wad. Wad kami dekat Adult High Dependent Unit, AHDU dekat tingkat 5 yang dorang dah convert untuk tempatkan pesakit covid kanak-kanak. Wad memang selesa cuma takde la langsir apa since covid kan, tapi no worries sebab jarak antara katil memang jauh. Masa kami masuk da ada 2 patient dalam tu. So far memang sangat selesa sebab toilet pun depan katil je. Ada pantry dengan water dispenser disediakan kalau nak air panas dan air minum. Katil pula jenis canggih, nak naik turun ada button boleh adjust.
'
Alhamdulillah adik ok.. happy dia berjalan-jalan explore wad berkaki ayam sebab kasutnya belum sampai. Kami tu tak expect pun kena masuk wad sebab tu datang sehelai sepinggang. Dah petang baru si Chemba hantar barang. Dalam 4.30 tu adik kena pakaikan branula untuk ambik darah dan start antibiotik. Jiran sebelah katil kiri kanan termasuk la aku ni anak covid kategori 3, semua ada anak sepasang dan yang paling kecik masuk wad.. maka berkenalan la kami. 

View dari ward ni memang superb, dari tingkap tepi katil ni ble nampak KLCC dan Menara KL. Paling lawa nak view KLCC dari tingkap pantry. Tapi bila kau da sakit, apa pun tak de maknanya.. huhu.

Monday, 13 June 2022

My Covid Time



Day 1
Tekak perit, kepala sakit, badan lesu, sakit otot esp kaki sampai ke tulang punggung. Sapu minyak panas dekat kaki baru dapat tidur.

Day 2
Terpaling sakit. Tekak perit panas rasa macam terbakar, batuk, sakit kepala teruk, sakit otot dan lesu. Malam tak dapat tidur sebab sakit kaki. Demam.

Day 3
Sama macm day 2 cuma x demam. Pagi bangun tekak pun dah tak sakit sangat macam semalam sebab da kumur air garam sebelum tidur. Paling la mujarab.

Day 4
Better dari day 3. Sakit kaki kurang. Lain2 masih intense

Day 5
Pagi rasa ok. By tengahari mual, muntah dan cirit. Kepala sakit teruk. Batuk kuat & rasa gelap je kalau batuk kuat sangat.

Day 6
Sama day 5 except mual, muntah dan cirit dah xde

Day 7
Better. Sakit kepala masih ada tapi ok.

Tuesday, 7 June 2022

Covid 19 First Timer

Hari ni aku cuti rehat. Saja ambil cuti sempena cuti sekolah. Tapi dari malam tadi tekak rasa semacam dan dia punya sakit tu tak macam sakit tekak biasa. Pada awalnya takdela terfikir kena covid tapi lepas dua kali buat saliva test guna tester kit, dua-dua double line. Sah la dah positif. Lama bertahan, akhirnya kena juga penyakit yang dah robbed and paused our time for 2 long years. Punca jangkitan tak tau la dari mana sebab takde pula orang disekeliling aku ni yang positif. Makanya seorang diri la aku kuarantin dekat bilik kakak walaupun cadangan asalnya kuarantin dekat master bedroom sebab kat situ ada toilet. Tapi bila terfikir si adik yang memang hobinya keluar masuk bilik dan akan menangis kalau pintu bilik tertutup makanya kami decide adik dengan adih di master bedroom. Si kakak pula, sebab dia pun batuk makanya kena la dia tidur di ruang tamu. 

Saturday, 4 June 2022

Mengidam Ketupat Rendang

Hari ni takde keluar kemana-mana, kami lepak dekat rumah je. Sepanjang raya hari tu tak merasa lagi menu ketupat dan rendang. Itu memang menu wajib aku kalau time raya tapi tahun ni tak de sebab masa raya pertama tu aku da masak kuah kacang dan rendang tapi si Chemba tak beli plak ketupat.. kononnya balik kampung nanti ada lemang. Dekat kampung, sampai hari kami balik tu baru lemang siap jadi tak sempat nak makan. Balik Sabah, adik ada masak rendang tapi ketupat takde.. ada kelupis je. Makanya hari ni aku dah kepingin sangat.. order ketupat palas dekat Grab dan masak rendang daging. Macam biasalah.. kalau masak rendang daging akan guna Noxxa. Dalam sejam semua dah ready termasuklah kuah kacang. 

My Story Of 99 Wonderland Park



Sempena cuti sekolah kali ni, kami memang takde plan nak kemana-mana sebab tau la cuti sekolah… kompom sana sini jem dan hotel penuh. Tadi lepas memenuhi undangan open house raya rakan sekerja dekat area Sepang, terasa nak berjalan pula so kami plan nak ke ladang Farm Fresh dekat UPM. Skali sampai sana, jem ya rabbi! So kami route lake 99 Wonderland Park dekat Selayang. Mmang jauh nau perjalanan kami kali ni.. huhu. Alhamdulillah jalan tak jem. Sampai dekat park to dekat jam 6. Since attraction dekat situ lampu-lampu, better datang dekat maghrib.