Adik dah nampak makin ok. Batuk pun dah kurang cuma dia kerap tidur sebab bosan kot tak de apa nak buat. Dalam bilik ada tv tapi nak tengok tv pun takde siaran sangat. Semalam doktor dah konfirm adik akan discharge ahad. Huhu.. ingatkan semalam la boleh keluar tapi takpelah. Yang penting adik kembali sihat. Aktiviti kami sepanjang hari cuma makan dan tidur. Since kami kuarantin cobit, nurse dan doktor cuma masuk waktu nak cek tekanan darah & oksigen dan time bagi ubat. Round pun sekali je sehari so memang privacy sangat. Kalau pengaalama aku di wad biasa msa dekat HUKM, pagi kena bangun awal supaya nurse boleh kemas katil & prepare untuk round time oleh doktor-doktor tapi kat sini memang takde orang kemas katil ko. Pandai-pandai la. Sepanjang hari bilik kami memang gelap… memang mood sangat la kalau tido. Nurse akan masuk setiap 6 or 8 jam sekali untuk ambil bacaan dan setiap 8 jam untuk cucuk antibiotik. Kawan kuarantin aku ni anak dia baby girl, umur 6 bulan. Kuat menangis tapi kuat senyum juga.. nama Syiifa Inara., mak dia nama zana. Mula-mula masuk tu dengar dia batuk pun senggsara. Kesian… kecik lagi. Sama juga macam adik, covid categori 3 sebab pneumonia. Hopefully ini yang pertama dan terakhir la adik kena cobit.. tak sanggup rasanya. Depan bilik kami ni ada pesakit kategori 5, umur baru 7 tahun. Kategori 3 yang ada pneumonia, kategori 4 kena pakai bantuan pernafasan… yang kategori 5 tu paling teruk.
Petang tu bosan, order la grab. Kat sini actually memang tak kekurangan makanan sebab disediakan 4 kali sehari start sarapan, lunch, minum petang dan dinner. Yang bestnya, hospital allow grab hantar makanan sampai ke kaunter wad. Masa aku order tadi dah malam so grab tu tak dibenarkan naik. Ingatkan tak sampai dah order aku tapi alhamdulillah dapat juga.