Hari ni aku cuti rehat. Saja ambil cuti sempena cuti sekolah. Tapi dari malam tadi tekak rasa semacam dan dia punya sakit tu tak macam sakit tekak biasa. Pada awalnya takdela terfikir kena covid tapi lepas dua kali buat saliva test guna tester kit, dua-dua double line. Sah la dah positif. Lama bertahan, akhirnya kena juga penyakit yang dah robbed and paused our time for 2 long years. Punca jangkitan tak tau la dari mana sebab takde pula orang disekeliling aku ni yang positif. Makanya seorang diri la aku kuarantin dekat bilik kakak walaupun cadangan asalnya kuarantin dekat master bedroom sebab kat situ ada toilet. Tapi bila terfikir si adik yang memang hobinya keluar masuk bilik dan akan menangis kalau pintu bilik tertutup makanya kami decide adik dengan adih di master bedroom. Si kakak pula, sebab dia pun batuk makanya kena la dia tidur di ruang tamu.