Monday, 27 February 2023

By KK



Since flight kami malam, kami extend waktu check out sampai jam 6 petang, tambah RM164. Aku fikir kalau lepak luar pun tak tau da nak pegi mana. Nak pegi makan dekat Little Italy pun tutup plak.. huhu.. kalau nak pindah hotel pula rugi juga sebab kol 12 cek out, kol 3 cam tu baru dapat cek in hotel baru. Akhirnya kami decide return kereta dan extend je bilik.

Pagi tadi dapat la sarapan ala orang bopot, makan rojak & soto. Nasib baik sedap buatan orang di KK ni. Kol 6 kami cek out, baru dapat melawat kawasan hotel. Pool hotel ni sama level dengan lobi hotel. Nice jugak la sebab menghadap laut. Nasib la tak bawa baju renang.. lepas tu kami singgah ke Mosaic Cafe dekat bawah untuk redeem free coffe & gelato. Patutnya dapat 1 je free tapi hotel bagi aku 2 lagi kupon sebab tahu aku ada bawa budak. Macam ni la layanan hotel 5 bintang kan cuma latte tu tak sure apa la design atas tu.. macam udang pun ya juga 🤣🤣🤣 

Sunday, 26 February 2023

Staycation Hyatt Regency KK

Lepas lunch dan selesai keringkan baju tadi, kami ke KK. Malas nak gerak esok takut kelam kabut so kami stay semalam di KK. Kali ni try hotel Hyatt Regency pula. Hotel ni dekat dengan Anjung Todak.. mudah nak cari makan malam ni. Kami tiba di hotel dah agak lewat, dalam jam 8 lebih. Parking hotel agak limited, nasib baik ada 1 lagi kosong masa kami sampai. Aku book direct dengan hotel sebab itu rate paling murah di internet masa aku book. Yang bestnya hotel upgrade bilik aku dari bilik City View King denga rate RM300 semalam ke bilik dengan view laut. Kalau ikut rate bilik ngadap laut ni kena tambah dalam seratus rasanya. Bilik cantik dan selesa. Bilik kami dekat tingkat 8, 818. Toilet dengan bath area separated dengan sink dekat luar. Ada sliding door untuk fully tutup area sink dan area almari baju.



Saturday, 25 February 2023

Last Wedding In The Family



Selesai sudah majlis kawin adik aku yang bongsu. Makanya selamat sudah la semua 5 orang anak perempuan mak diambil orang. Belah aku, ini last wedding in the family. Next cycle wedding tunggu anak-anak kami pula kawin.. maybe dalam 15 ke 20 tahun dari sekarang yang paling awal kot.. hahaha. Belah laki aku pula ada sorang lagi belum kawin. Yang tu kumbang, takde hal bila-bila pun boleh kawin 🤣

Thank god adik aku setuju dan berjaya juga buat mak aku agree dengan idea untuk buat 2 majlis dalam satu hari. Pagi nikah, lepas tu terus sanding. Time-time cobit kan. Lagi pun mudah la sikit untuk family in law adik aku.. tak yah berulang alik. Dah la rombongan cik kiah ramai.. lebih 20 orang kot. Alhamdulillah semua berjalan lancar.. cuaca pun cerah je sepanjang majlis. Mak aku ada hati nak suruh aku masak tuk majlis nikah pagi tu. Dengan anak kecik yang melekat, memang tak la dapat nak tolong-tolong banyak. Aku tak tahu orang lain tapi pada aku anak yang masih kecik adalah priority aku. Anak aku pula spesis menghentak kepala kalau nangis.. lagi la. Aku rasa lately dah macam kurang sikit hentak kepala dia berbanding sebelum-sebelum ni. .

Thursday, 23 February 2023

Hello Kiki



Dalam jam 4 kami gerak ke airport tadi.. flight kami ke KK jam 7.35 pagi. Aku pilih seat paling depan tapi tak best sungguh sebab boarding area tu sempit so AA tak panggil ikut row.. ikut la sapa beratur dia masuk. One thing yang tak best pasal AA ni skarang masuk ikut row. Yang beli seat premium tu row 1 dan op kos la yang 1st masuk, pastu yang beli seat area belakang akan masuk 2nd.. yang duk tengah akan masuk paling last. Kalau MAS masih ada lagi sapa yang ada anak kecik boleh masuk dulu lepas Business Class masuk. Kalau ada pilihan lain yang murah, malas da nak naik AA skarang. 

Kol 11 pagi kami sampai KK.. dalam 11.30 baru dapat kereta sebab booking asal jam 12 tapi kami malas nak tunggu lagi. Dapat je kereta kami singgah jap KK cari makan. Baru nak makan Little Italy skali tutup daaaa.. kol 5 baru buka. Niaga orang kaya memang macam ni kot.. restoran dia cuma buka jam 5 petang ke 10 malam hari biasa, 12 tengahari ke 10 malam weekend dan isnin, cuti. Kami singgah Imago tapi tatau nak makan apa.. last-last KFC je la. Sebelum sampai kampung singgah Beaufort konon nak cari rojak skali kedai rojak pun da tutup.. time tu jam 3 petang. Adoiii kempunan la aku.. nasib soto masih ada.. huhu.. sampai kampung terus betulkan pelamin nikah yang mak aku da pasang. Malas nak gaduh-gaduh.. pakai je apa yang mak da pasang & hias semula. Yang bunga pun aku buang kaler-kaler lain.. bagi senada. Boleh la buat geli-geli tangkap gambar masa nikah sebab pelamin sanding pasang dekat luar.

Saturday, 4 February 2023

Bamboo Hills


Hari tu nampak ada satu tempat makan viral dekat Tiktok jadi kenalah pegi kan. Katanya nama tempat tu Bamboo Hills, somewhere dekat sebelah Plaza Tol Batu. Tempat tu baru bukak.. memang kena serbu la. Nak dine in pun by reservation sahaja diterima, no walk in. Architecture area tu memang lawa.. boleh la fefiling bergambar ala Jepun sket. Ada pool dan pohon-pohon nan hijau gitue. Ada few restoran dekat situ macam Ginger, Botanica+Co, Stabak dan beberapa lagi. Semua pun aku tak pernah makan kecuali Stabak.. hahaha.. parking memang banyak dan area dia agak luas juga. Ada lagi few restoran sedang dalam renovation dan akan dibuka. Toilet pun lawa tapi jangan plak tanjat kalau tiber ada lelaki seblah sink ko cuci tangan & bermekap sebab sini area dia open concept, sesapa ble guna.

Dari situn, kami ke Lalaport. Heran juga napa ramai orang tak pegi Lalaport ni sampai sunyi la mall ni. Jaih panggang dari api kalau compare dengan MV dan Pavi. Kalau ke Lalaport, op kos la kena singgah Nittori beli-belah menambah barang dekat rumah. Since orang tak ramai, parking memang banyak kosong. Dekat top floor ada free playground untuk budak. Time sunset pula, memang lawa view dari atas. Food court pun ada  kat atas tu. Tapi tulah.. sendu je mall ni padahal ada je link dengan lrt.