Selesai sudah majlis kawin adik aku yang bongsu. Makanya selamat sudah la semua 5 orang anak perempuan mak diambil orang. Belah aku, ini last wedding in the family. Next cycle wedding tunggu anak-anak kami pula kawin.. maybe dalam 15 ke 20 tahun dari sekarang yang paling awal kot.. hahaha. Belah laki aku pula ada sorang lagi belum kawin. Yang tu kumbang, takde hal bila-bila pun boleh kawin 🤣
Thank god adik aku setuju dan berjaya juga buat mak aku agree dengan idea untuk buat 2 majlis dalam satu hari. Pagi nikah, lepas tu terus sanding. Time-time cobit kan. Lagi pun mudah la sikit untuk family in law adik aku.. tak yah berulang alik. Dah la rombongan cik kiah ramai.. lebih 20 orang kot. Alhamdulillah semua berjalan lancar.. cuaca pun cerah je sepanjang majlis. Mak aku ada hati nak suruh aku masak tuk majlis nikah pagi tu. Dengan anak kecik yang melekat, memang tak la dapat nak tolong-tolong banyak. Aku tak tahu orang lain tapi pada aku anak yang masih kecik adalah priority aku. Anak aku pula spesis menghentak kepala kalau nangis.. lagi la. Aku rasa lately dah macam kurang sikit hentak kepala dia berbanding sebelum-sebelum ni. .