Hari tu nampak ada satu tempat makan viral dekat Tiktok jadi kenalah pegi kan. Katanya nama tempat tu Bamboo Hills, somewhere dekat sebelah Plaza Tol Batu. Tempat tu baru bukak.. memang kena serbu la. Nak dine in pun by reservation sahaja diterima, no walk in. Architecture area tu memang lawa.. boleh la fefiling bergambar ala Jepun sket. Ada pool dan pohon-pohon nan hijau gitue. Ada few restoran dekat situ macam Ginger, Botanica+Co, Stabak dan beberapa lagi. Semua pun aku tak pernah makan kecuali Stabak.. hahaha.. parking memang banyak dan area dia agak luas juga. Ada lagi few restoran sedang dalam renovation dan akan dibuka. Toilet pun lawa tapi jangan plak tanjat kalau tiber ada lelaki seblah sink ko cuci tangan & bermekap sebab sini area dia open concept, sesapa ble guna.
Dari situn, kami ke Lalaport. Heran juga napa ramai orang tak pegi Lalaport ni sampai sunyi la mall ni. Jaih panggang dari api kalau compare dengan MV dan Pavi. Kalau ke Lalaport, op kos la kena singgah Nittori beli-belah menambah barang dekat rumah. Since orang tak ramai, parking memang banyak kosong. Dekat top floor ada free playground untuk budak. Time sunset pula, memang lawa view dari atas. Food court pun ada kat atas tu. Tapi tulah.. sendu je mall ni padahal ada je link dengan lrt.