Friday, 15 November 2013

Tokyo Part 2 : Day 3

Hari ni sebelum jam 9 pagi kami keluar hotel. Pelan hari ni nak ke Roppongi dan Odaiba. Dari Suitengumae St kami interchange di Kiyosumi Shirakawa St untuk ke Roppongi St. Apa yang ada di Ropponggi? Roppongi ni actually terkenal sebagai Red Light District, fofular untuk nighlife katanya. Siang-siang ni takde apa la. Kami ke sini tujuan utaman cuma nak pangkah district ni dalam senarai tempat famous yang telah di lawati dalam trip ke Tokyo.. itu je.. miahaha. Sebagai bukti, sempat la tangkap gambar dengan Maman Spider & depan Hollywood Beauty Plaza. Hahaha...

Puas bergambar, kami naik train ke Shiodome St untuk interchange ke Yurikamome St. Mula-mula kami turun di Tokyo Big Sight St. Kat sini ada gergaji besau dengan bangunan exihibition centre yektu Tokyo Big Sight yang lawa tu. Kat sini kami cuma nak lunch dan solat sebelum ke Venus Port. Dekat sini ada banyak kerusi disediakan. Kebetulan masa kami sampai lunch time so ramai workers lepak kot area ni. Kami beli la makanan dekat 7-E dan cari sudut tersembunyi untuk si Chemba solat. 


Dari TBS, kami ke Aomi St untuk ke Venus Port mall untuk cuci mata. Next destination kami naik train dan turun di Odaiba-Kaihinkoen untuk ke Madam Tussauds, a wax museum. Ramai juga la celebrity yang dah jadi wax dalam tu. Antaranya si Obama, Messi, David Beckham, Beyonce, Nicholas Cage, Bruce Willis, Micheal Jackson, Audry Hepburn, Madonna, Elvis Priestly, Steve Jobb, Angie & Brad Pit serta ramai lagi. Si Spiderman, IT dengan Albert Einstein pun ada oke! Since banyak nau gambar, aku masukkan semua skali.. baru puas hati. Nasib la kalau kepala teleng tengok gambar2 tu ;p

Dah puas harras celebity2 yang ada kat museum tu, kami pegi jumpa gundam dengan Statue Of Liberty pulak.. dah gelap baru kami balik hotel semula. Lepas mandi dan makan, kami laki bini padam terus sebab penat sangat.

Wednesday, 13 November 2013

Tokyo Part 2 : Day 2

Good morning Tokyo!!! Keletihan sebab sampai lewat semalam, dalam jam 11.30 baru kami keluar hotel.

Seperti dirancang hari ni kami ke area Ikebukuro. Ikebukuro ni terletak atas sikit dari Shinjuku. Dari Suitengumae St kami menaiki train Tsukushima St untuk interchane ke Higashi-Ikebukuro St. Destinasi utama ialah Sunshine City. Sunshine city takde direct connection ke train station so kena berjalan sket la merentas Owl Tower. Tapi dalam building je, tak yah keluar. Sampai Sunshine City 1st destination kami J-World Tokyo. Apakah? JW ni yekla one of indoor theme park dalam Sunshine City ni selain Namja Town. Attraction dalam JW ni based on Shonen Jump manga. So boleh la jumpa character dalam manga Naruto, Dragon Ball, One Piece, Bleach, Prince Of Tennis dll. Dapatlah kami jumpa Bezita, Goku, Luffy dll. Dalam jam 1.30 kami ke Sunshine 60 Observation pula untuk menikmati pemandangan Tokyo. Bangunan ni namanya begitu sebab ada 60 tingkat dan observatory terletak dekat level 60. 

Dari sini, kami keluar melepak di luar mall. Ada area kedai2 juga. Sempat la tangkap & singgah KFC beli air.. ahakss. Dalam 3.44 kami naik train ke Shinjuku-Sancome St untuk interchange ke Meiji-Jingumae St yang terletak dekat area Harajuku tuk jalan2 cuci mata. Kami jalan sampai ke Omotesando St so tak payah interchange kalau nak balik hotel. Dalam pukul 5 tu kami naik train balik hotel sebab dah gelap lagipun kaki da macam nak pecah.

Tengah lepak2 tengok TV ada plak si Matsumoto Jun ni.. alamak ini baru real.. Matsujun fresh from Tokyo!!! 

Tokyo Part 2 : Day 1

11.15 bertolak ke airport
2.45 fly from KL
11.30 arrive @ Haneda international airport naik bas to main terminal
11.35 imegresen pass through
11.50 beli tiket bas to Tokyo City Air Terminal a.k.a TCAT
12.15 naik bas
12.45 sampai T-Cat
12.55 sampai Hotel Villa Fountain Hakozaki
1.00 masuk bilik zzzzz
2.25 pm : Muka gumbira nk fly ke kg Hannah & dadde aka Tokyo
9.00 pm : Hannah kena kurung dalam bassinet
12.05 am : Pose depan bas waiting area
12.07 pm : Pose dalam bas waiting room plak
1.05 am : Si kecik terbongkang... penat kunun
Toilet ado bidet.. ko ado?!

Tuesday, 12 November 2013

Uwanted Olay & Passpoort Hannah

Demi beg2 ini, sanggup ku berbelanja 120 hengget untuk produk penjagaan kulit yang kompem akan masuk tong sampah akhirnya... Miahahaha. Siap dapat free make-up n photoshoot lagi. As usual la.. Mesti tak puas hati kalau orang make up kan sebab rasa cam tak dela muka ahkak ni berubah jadi cun pun. Puiiih!

So hari ni dah dapat pasport si kecik. Kerja gila kan hilang pasport  aweek before pergi. Nasib baik lah g Tokyo dah tak yah visa this year, kalau tak tinggal la si kecik tu. & Nasib baik gak ahkak naik hangen kat imgresen hari tu.. everything happened for a reason, is it?

Monday, 11 November 2013

Persediaan Ke Disneyland ; Mode Kedekut

Gara-gara dekut tanak beli kat Disneyland.. sanggup ahkak beli kat mesia menda alah reben ni dengan harga RM5.90.. miahahahaha. Kalau beli dekat sana kompem mahal punya, tak worth pun sebab pakainya cuma sekali tu jek kott!
Conmeyy kan kak tonggg
Kawaiiii Hannah!

Lagi Kasut Super Junior

Kalau tu hari kat Aldo The Garden tak de saiz, takpe! Ahkak g carik kat outlet lain. Maka inilah yang ahkak dapat kat outlet KLCC, merah ya'll. The best about kasut ni yekla sangat selesa dipakai. Memandangkan ahkak ni gimuk dempol tapi teringin gak nak nampak tinggi.. This type op kasut memang sangat seswai la.

Sunday, 10 November 2013

Almera Untuk Orang Gemuk

Trust me with this tittle.. Nissan Almera ni nimang sangat seswai tuk orang gemuk cam ahkak sampaikan ahkak ble duk bersimpuh kat blakang si chemba.. miahahahaha. Kalau ahkak yang gemuk ni pun muat, apa lagi kan kome2 yang kurus tu. Ahkak sajes beli la Almera nih. & kalau nak beli, beli la dari salesman yang ahkak berurusan dekat Tan Chong Pandan Indah, servis sangat bagus. Siap dapat 300+ diskaun dari dia sndiri besides diskaun 3000k yang company bagi. Whuuhuuu!!!

Monday, 4 November 2013

Ibu Tunggal?

Orang kata kehadiran seorang cahayamata akan membawa kita terasa akan lebih dekat dengan pasangan, atau mungkin sebaliknya. Pada aku, kedua-dua rasa pun ada. Bila mana menatap wajah si anak, terasa bahagia sangat punya anak dengan sang suami tercinta tapi pabila terlalu banyak urusan anak yang menjadi tanggungjawab sehinggakan hendak berbicara mesra pun terhad masanya.....

Lagi beberapa minggu sahaja lagi aku akan memulakan kehidupan ala-ala ibu tunggal. Moga mereka yang kurang timbangrasa itu dibalas yang setimpal. Mungkin juga ada hikmahnya.. tuhan yang lebih tahu. Aku hanya mampu berdoa yang terbaik buat kami sekeluarga.

Sunday, 3 November 2013

Reben Aviator.. Pokai Mode T_T

Setelah sekian lama ku megidam.. akhirnya beli gak aviator ni dengan rega sebenar RM1100 oke! Tu rega sebenar, rega tak berapa sebenar less 50%. Miahahahah.. still, mahal oke! For the sake of spek mata ahkak sanggup berbelanja banyak ini.. deng.. have I lost my mind!

Saturday, 2 November 2013

Ipad Mini Keluaran Adidas

Lawa tak si pipid? Sanggih eak sekarang, orang jual casing yang pelekat jek. Da lama ahkak mencarik casing yang cenggini. Si pipid ni da ada macam2 jenis casing dah, dari handbag type sampaila ke plastik type. Last2 suma masuk tong simpanan sebab ahkak tak gemor nak pakaikan. Gemok bah! Glad terjumpa casing ni sebab si pipid masih seksi & nipis, it comes with screen protector lageee!

Friday, 1 November 2013

Hilang Pasport

Hari ni badan masih tak berapa elok lagi. Semalam dah siap2 iron baju kerja actually tapi entahla bala apa. Lagi 2 weeks nak g Tokyo, si Chemba terhilangkan passport c Hannah. Bayangkan umur dak Hannah baru 4 bulan, tapi da tukar 2nd passport. Huhu..

Makanya terpaksalah pegi buat report pulis. Pulis kata kalau ilang pasport or ic, tak yah pun report pulis tapi imigresen nak. See... Org gomen ni memang celaru. Nak dijadikan cerita, luckily c Chemba terkenal kawan kat imigresen tu. Gara2 ahkak naik hantu la tu hari..miahahahaha. Iya lah.. Call helpline tak pernah la nak ngangkat. Sapa tak sakit hati kalau call dari pagi ke petang, berhari2 tapi tak pernah dapat. Tak logikla kan kalau skali pun xdapat. Yang tu tahan lagi, tapi bila g pulak macam2 hal. Bukan senang orang nak amik cuti g berurusan kat opis depa. Bukan depa je makan gaji, orang lain pun sama.

Back to story. Pas buat report pulis terus g kolek Hannah n g imigresen. Kol 12 lebey habis..
Petang baru dapat g klinik balik. I ngadu la kat doktor napa tulang punggung i sakit. Doktor kat orang bersalin memang ada possibility jadi gitu, mungkin patah or tercedera. Kalau nak tahu kena xray.. Tapi memang xde apa pun bole buat sebab kat area tu banyak saraf. Huhuhu

Thursday, 31 October 2013

UTI Lag!

I cant stand it.. So hari ni i decided to ask for medical leave. I am glad si kecik ok. Semalam dia macam meragam, tak sedap badan agaknya so ahkak tak hantar dia g pengasuh. Hari ni sebab ahkak nak g klinik, so terpaksa la hantar dia g umah pengasuh.

I was diagnosed having an urinary tract infection tuk kesekian kalinya. The words i hated to hear since lepas deliver, phobia oke! Doktor kata air kench kotor.. So kena la amek antibiotik disamping ubat for saraf, ubat tahan sakit & ubat tuk lawaskan kench.

Tuesday, 29 October 2013

Na Na Na.. Kungfu Fighting

Habit baru si Hannah, makan kaki! Ada ka. Tak cukup makan tangan, kaki pun di makannya. Tah le sapa punya tabiat ni.. rerasa ahkak takde kot. Yo yo jek kan.. silap2 ahkak laaaagi teruk kot time kecik.. hihi

Monday, 28 October 2013

Model Lap Loren

See mother, lawa tak hannah jadik model lap loren.. menangis model2 Ralph Lauren tercabar.. miahahahahah! Time beli ingatkan da cukup panjang, rupanya anak ahka ni nimang panjang sampaikan pendek jugak sudahnya suar tu.

Sunday, 27 October 2013

Universiti Untuk Hantu Katanya..

Best cartoon movie ever! Miahahahhahaha. Suka sangat this movie. Memula terjebak, c Chemba la ni amek copy dari member dia kat opis. Time ni la pulak gatai hati nak terai test sanggih tak tv kitaorang, makanya c Chemba cucuk ler pend drive kat tv nun. Skalik gambor lawa jek walaupon guna pendrive k! & citer best.. ahkak apa lagi, dan2 terusss g carik dvd ni kat kedai. Ray biru oke! Ahkak ni ketahuan tak kan tengok derr citer2 yang gambornya tak lawa ni & tak kesah nak spend duit tuk dvd sampai sanggup beli ori blueray semata2 nak puas hati. Tapi hari ni nimang ahkak puas hati sungguh walaupun tengok dari pend drive jek.. buekk!!!

Saturday, 26 October 2013

Soli! Soli! Soli!

Haaaaaaaa.. akhirnya dapat gak ahkak kasut nih. Kasut yang ahkak beri gelaran 'kasut super junior'. Miahahahaha. Ahkak rasa 2 bulan kebelakangan ni je ahkak dah habis raban dah tuk kasut. Hari tu melayang dekat seraban lebey, ni kali melayang lagi 6 ratus lebey. Kasut super junior tuh reganya 390 okeh.. boot lagi satu tu murah sikit tapi cukup la memiskin kan ahkak. Hohohoho

Kasut tu nampak jek cam kasut besa.. tapi dalam dia adalah heel. Biasa orh korea la yang suka design kasut cenggitu, ble tinggi dalam diam gitue! Pasni mendongak la c hannah tengok mamme.. miahahaha

Friday, 25 October 2013

Thursday, 24 October 2013

Hannah 1st Passport

Yeayyyy.. Si coney dah ada pasport!! So dah bole la ikut mamme & dadde ronda-rondi Tokyo. Hoop! Hoop! kelakar  muka dia.. hahaha. Empat lima kali imbas ada pula iras2 muka ahkak dalam gambar pasport time baby dulu.

Wednesday, 23 October 2013

Spot The Similarity

Apa matcam.. pandai kannn maria masak! miahahahaha.. buekkkk. Pandai la sangatttt.. da kalau namanya balik2 timun, balik2 timun. Gara2 laki ahkak la peminat tegar timun. Alhamdulillah le ahkak dapat laki yang tak banyak songeh & romantik pantastik ko memang debabom. Hahahaha..

Laki ahkak memang superb! senang nak jaga dia sebab most of the time dia jaga diri sendiri... miahahahahah...Kalau kena laki yang bila kawen dia ingat dia tuan & nak kena layanan 1st kelasss kunun.. sorry sorry la jawabnya. Aku kawen lain jek la.. miahahahaha.

Tuesday, 22 October 2013

Tadi aku g site orang.. tetiba teringat masa kat LA. Rindu sangat time kat situn. Idak la macam kerja kat jikiar ni. Stress manjang. Uwaaaaa!!!

Monday, 21 October 2013

Tido! Tido! Tido!

Ahkak pun aktuali tak paham mana anak ahkak ni belajar tdo cenggini.. aish! Rasa2 ahkak tadak habit ni .. & ahkak pun tak pernah plak nampak c Chemba tdo tiarap. Anak ahkak ni since umor 2 3 minggu kot da nampak habit tido mengiring dia ni.. skarang tukar tiarap lak.Ponin den! risau kang lemas jek

Sunday, 20 October 2013

Bapa krooh kroh Anak krooh kroh

a.k.a bapa borek anak rintik. Ni yang orang kata kemana tumpahnya kalau bukan ke nasi, ye dok!

Saturday, 19 October 2013

Mencari Almera

In the quest of looking for new car.. Ahkak ngan c chemba drop by la dekat Nissan Sungai Besi. Jumpa lagi apek hari tu which ahkak ngan c chemba kureng gemor dengan layanan dia. So.. Bincang punya bincang, udahnya makin menyampah plak ngan apek tu makanya ahkak ngan c chemba decide tuk balik umah dulu tenangkan fikiran.

Kol 5 gitu kitaorang decide nak g another showroom plak, kat Pandan Indah. Thank god salesman kat sana ok. Laki ahkak tu nimang pantang ngan salesman yang kureng2 ni. Kata dia duit kita yang nak keluar makanya kita ni la raja. Betol! Betol! Betol!

Almera.. Sangat spacious. Dah lawat Perodua for Alza & Proton for Preve. Cantik tapi agak sempit compare tu Almera.  At first cadangnya nak amek Grand Livina. Saiz both keta ni sama je actually, yang different seater as Livina ada 7 seat + 20k more expensive. Almera basic-auto start from RM69K++ jek. I dont need to mention or compare the engine, the handling or performance what so ever as my main concern is just to have another car that is functional. Kalau amek kereta tempatan, we will be paying for higher interest compare to imported car. The cheapest interest for Nissan dalam 2.48% kot whereas expect 2.9 or 3% for keta tempatan.. Rasa2 2.7% paling rendah kot. For me, ahkak lebih rela bayar keta mahal compare tu interest keta tu pula yang mahal. As for Proton.. berkenan gak ngan Suprima. Nampak lam gambar cam huduh tapi bila tengok, cun oh! Malangnya mahal sangat, almost 80k.

So.. Tunggulah kesudahan quest ahkak dan c Chemba mencari Almera nih..

Friday, 18 October 2013