Tuesday, 16 September 2014

London : The View From The Shard



Hari ni ahkak nak review building kat London yang kitaorang visit 30 April 2014, The Shard aka Shard Of Glass or Shard Bridge Tower. Kalau kome pegi London before 1 Februari 2013, kome memang idakla dapat nak nengok pemandangan kota London dari sini sebab bangunan ni cuma siap dibina pada November 2012 dan open deck yang depa panggil The View From The Shard start in operation masa 1 Februari 2013.

Dengan ketinggian 309 meter kata si wiki, bangunan ni terletak di 32 London Bridge Street, London SE1 9SG, UK berhampiran dengan City Hall. Across the sungai yekla Tower Of London. Kata si wiki juga, this building adalah bangunan tertinggi diseluruh European Union yang terdiri daripada 28 buah negara termasuk UK, France, Germany, Ireland, Italy etc. So, we've been there... yeayyyy! Itupun selepas membayar £ 49.90 or lebey kurang RM279.84 hengget untuk 2 orang barulah kitaorang dapat naik ke atas.

Ahkak beli tiket online dekat www.the-shard.com & boleh pilih masa untuk naik tapi masa berada di atas tu is unlimited.  Kitaorang pilih naik kol 7- 7.30 sebab nak nengok sunset. Kat atas tu takde apa2 pun, solely hanya observation deck kaca. It offers 360 view of London.

Below are some of pictures yang kitaorang ambil masa melawat tu. Kitaorang ke sini naik London Big Bus. Kalau nak naik tube bole la turun dekat London Bridge Station. Masa 30hb April tu tube2 depa semua mogok. Nasib baik la Jubilee line yang connect dengan Waterloo Station in operation, so dapatlah kitaorang balik hotel dengan gumbira.

Nak datang sini lagi tak?

Hmm.. rasanya cukupla once in a life time experience sebab London itself takla cantik sangat pemandangannya. Tapi kalau free, memang ahkak nak le pegi lagi... ahahahaha

The Shardddd!!! view from London Big Bus
Dadde yang eksaited
Kat dalam
Punck The Shard
Balik2 view ini
Yang ramai dekat atas ni yekla eksekutif2
Hannah pun eksaited
Bosan la mamme. I nak rangkak jap

Monday, 15 September 2014

80cm Baby

Hari ni bawak si kecik g check-up kat klinik kesihatan. As of today berat dah cecah 8.9 kg & panjang 80cm. Kalau ikut geraf, weight masih normal walaupun di bawah berat ideal tapi panjang dia atas paras ideal. Kiranya anak ahkak ni panjang dan kurus ler. Siyan dia... suh makan tanak. Sebok belari ke hulu ke hilir.Paling tak tahan, kalau bagi makan makanan khas tuk dia.. dia tanak. Yang dimaunya apa yang kita makan, terutamanya eskrem dan spegeti oke! So anak emak!

Sunday, 14 September 2014

London : The Story Of London Eye

Hari ni saja la nak review pasal London Eye. Nama benda alah ni Londo Eye pun dia, Millenium Wheel pun dia, The EDF Energy London pun dia jugak. Apsal banyak sangat nama, aku pun tak paham. Masa kitaorang pegi ari tu nama dia The EDF London Eye tapi yang terkini depa panggil London Eye jek.

Dengan ketinggian 135 m & diameter 120m, masa mula dibina 1999 kononnya this is the tallest ferris wheel ever erected until Star Of Nanchang, China surpassed the height pada tahun 2006. Walaupun now ferris wheel yang tertinggi adalah High Roller di Las Vegas tapi up to now London Eye adalah masih pemegang rekod di seluruh Eropah. Ada 32 spacious capsul berbentuk ovoidal dengan berat 10 tonnes dan boleh memuatkan 25 orang dalam 1 masa. 32 kapsul ni merujuk kepada borough atau district yang ada di London katanya.

London Eye ni terletak di South Bank of the River Thames, London, Borough of Lambeth, UK antara Westminster Bridge & Hungerford Bridge. Tak jauh dari Big Ben. Kalau nak ke sini boleh la naik tube, turun dekat Waterloo Station. Kalau rajin nak jalan, dari Westminster Station dan lambeth North Station pun boleh akses kemari. Selain kedai jual souvenier, The London Dungeon & London Sealife Aquarium juga terletak dikawasan yang sama whilst kalau nak ke Big Ben @Parliament house, cross jek la sungai through Westminster Bridge.

Masa kitaorg g tu, ahkak dah siap2 beli tiket online di website http://www.londoneye.com/ dengan harga £45.92 untuk dua orang. Kiranya kalau conveert ke RM dalam RM250 la untuk dua orang. Nasib la kat London, kalau kat Mesia rega ini haremmm memang tak naik la ahkak. Ada banyak jenis tiket yang depa jual. Ada combination dengan cruise dan ada pula combine dengan attraction such as Madamme Tussauds dan London Dungeon etc. Pilih le ikut mana kome suka.

Berbaloi? Ok laaaa. Dapat le nengok London dari atas walaupun pemandangan London itself idak la lawa mana pun kalau dibanding dengan Paris, Tokyo or Seoul. Since ferris wheel ni one and only di tengah2 kota London, ok la! Once in a life time experience.

Hungerford Bridge/ Golden Jubilee Bridge, jambatan pejalan kaki
Si Big Ben