Sunday, 9 April 2017

Osaka Part 1 Day 3

Itinerary Hari Ini
Nippombashi St to Nagahoribashi St
Nagahoribashi St to Osaka Business Park
Osaka castle area hanami
Osaka Business Park St to Morinomiya
Morinomiya St to Tanimachi 4 Chome St
Tanimachi 4 Chome St to Temmabashi St
Hanami
Temmabashi St to Tanimachi 9 Chome St
Tanimachi 9 Chome St to Nippombashi St
Dotombori
Americamura
Shinsaibashi Suji

Since semalam dah penat gilos, hari ni kitaorang nak santai2 je. Planning pagi ni cuma nak picnic dekat Osaka Castle.  Alhamdulillah cuaca hari ni cantik, unlike yester yesterday yang hujan renyai sepanjang hari. Kitaorang turun dekat Osaka Business Park Station. Jalan kaki sket kira2 ble nampak Osaka Castle.





Osaka Park ni sangat besar. Kalau nak jalan semua memang tak larat le. So kitorang sempat melepak area ni je la. Kalau g jambatan tu at least nampak la jugak Osaka Castle tu dari jauh. Kalau nak jalan ke dalam.. patah kaki ui! Kat area ni ada sakura park yang tak cantik tapi bunga dia kaler2. Satu pokok tu ada kaler putih dan ada kaler merah.



1 pokok manyak warna
Bukan kitaorang je kawin, sakura pun ada gak kawin
 Letih dah tangkap gambar, kitaorang pick la satu spot untuk picnic. Aku pilih yang ngadap castle la op kos. Makanya picnic la kami di bawah sakura. Bukan setakat tikar ahkak bentang, air sofa pun ada. 1 and only oke yang ada air sofa kat situn. Orang2 jipun pun cam kagum tengok ahkak. Ye2 je kagum, tah2 ngutuk ape benda la yang PADI (Pendatang Asing Dengan Izin oke!)
 ni bawak... hahaha.

Hannah jugak la yang gumbira. Bekobar2 la dia main train yang baru jek beli dekat kedai 100 yen dekat Osaka Business Park tadi.



Alaaa.. spot ni lagi best T_T
Dari sinin kitaorang naik train ke Morinomiya St, interchange to Tanimachi 4 Chome St then interchange lagi tuk ke Temmabashi Station. Area stesen ni meriah dengan sakura. Kitaorang menyeberang jambatan ke Minami-temma Park. Meriah gak park ni siap ada gerai2 lagi cumanya kitaorang mampu tengok je la sebab tak berani nak beli. Letih bejalan, singgah picnic lagi. Hahaahaha. Tapi dapat duk kejap je sebab angin kuat sangat buat sejuk sampai ke tulang terasa.
Keihan Mall
Minami-temma park






Makanya itu je la aktiviti kitaorang hari ni, hanami kata orang jepun which is picnic di bawah sakura. Pas dah letih picnic kitaorang balik la ke sarang. Alang2 berjalan dekat Dotombori ni, jalan la sampai jumpa Shinshaibashi Suji dan America Mura yang depa duk canang as tourist destination. Kat Sinshaibashi suji ni memang la memang, sorga membeli belah. Tah berapa panjang ntah laluan berbumbung yang menempatkan banyak kedai2 dalam tu. Kome tinggal sediakan duit je la. America Mura plak known as American Town.








Kalau tak jumpa sign ni means America Mura kome tak takluk lagi
2nd final stop, si Glico
Final stop, takoyaki 10 bijikkkk!!!
Inilah lokasi America Mura, Sinshaibashi Suji Shopping & si Gloco Man dari hotel kami. Dekat kan!


Saturday, 8 April 2017

Osaka Part 1 Day 2

Itinerary Hari Ini
Nippombashi St to Awaji St
Awaji St to Katsura St
Katsura St to Arashiyama St
Togetsukyo bridge
Bamboo forrest
Kimono forrest
Randen Arashiyama St to Randen Tenjingawa St
Interchange Uzimasa Tenjingawa St
Uzumasa Tenjingawa St to Keage St
Keage Incline
Keage St to Sanjo St
Kamo River
Gion Shirakawa
Gion
Maruiyama Park
Gion Shijo St to Tambabashi St
Interchange Kintetsu Tambabashi St
Tambabashi St to Yamadato Saidaiji St
Yamadato Saidaiji St to Kintetsu Nara St
Nara Park
Higashimuki Shopping Street
Kintetsu Nara St to Kintetsu Nippombashi St
Dotombori 

Hari ni planningnya kami nak conquer Kyoto dan Nara. Kalau ke Osaka, memang tak sempurna trip kalau tak singgah ke sinun. For those yang berkesempatan, ble singgah ke Kobe skali. Tujuan ke Kyoto yekla nak melawat Arashiyama yang terkenal dengan bamboo forrest yang cantik, kononnyalah dan juga nak melawat Tori Gate dekat Fushimi Inari. Makanya seawal 6.30 pagi kami bergerak dari hotel. Naik turun train, akhirnya sampai la ke Hankyu Arashiyama St. Actually ada 3 train station yang boleh akses ke area Bamboo Forrest Arashiyama tapi Hakyu Arashiyama Line lebih mudah akses for those yang datang dari Osaka. Walaupun jauh sikit dari Bamboo Forrest, tapi dekat dengan Togetsukyo Bridge yang memang cantik time sakura dan autumn.


Morning train
Intai apa driver buat
Hankyu Arashiyama Station
Sampai2, hujan la pula so kitaorang decide untuk lepak dekat station dan makannnn duluuuu! Menunya op kos la nasi segera beli kat Lawson, sayur campur kegemaran si Chemba, pisang dan serunding. Makan simple2 je janji kenyang. Bila dah teduh sikit baru kitaorang bergerak ke Togetsukyo Bridge. Pemandangan dia ya ampun memang la memang sangat lawa.. macam lukisan!


Ini picture real oke! bukan lukisan
Ehemmm
Rain + Hannah + Sakura
Nak gambar dengan sakura juga
Dari bridge kitorang menuju ke Bamboo Forrest. Along the way ke sana happening jug dengan adanya kedai-kedai. Yang tak happening yekla Bamboo Forrest tu sendiri. Sangat mengecewakan sebab tak la seindah yang aku bayangkan. Bamboonya dah terselit dengan pokok lain yang memburukan pemandangan. Ini pendapat aku la.. kalau orang lain ok je kot.

Bamboo forrest
Tak happy sebab tak santik mane pun
Dari bamboo forrest kitaorang gerak ke tram station, Randen Arashiyama Station. Dalam banyak2, station ni yang paling dekat dengan bamboo forrest. Tram ni ala2 train la juga tapi pendek sikit dan kocik sikit. Tak nak lelama dekat bamboo forrest tadi sebab malas nak jalan jauh ke dalam bamboo forrest tu.. kitaorang takat lawat yang depaan2 je sebab da sakit mata. Kat tram station tu ada kimono forrest which is banyak la tiang2 yang dibalut kimono pelbagai jenis. Ceria!

Kimono forrest
Tramway
Dari Arashiyama kitaorang gerak ke Keage Station untuk menikmati sakura dekat station train lama yang deme panggil Keage Incline yang terletak berhampiran dengan Keage Station. Before sampai Keage St, kena naik tram dari sampai Randen Tenjingawa St dan interchange ke Uzumasa Tenjingawa St yang akan bawa kome direk ke Keage St selepas 6 station. Sampai2 kat Keage incline, ya ampun memang pemandangan di aini cantik sangat dipenuhi sakura. Ada juga la beberapa orang pengantin yang datang shoot gambar khawin di sini. Yang tak tahan tu ramai gila orang! 

Ko bayangkan sepanjang2 laluan tren tu penuh dengan sakura. Tapi kitaorang tak larat la nak explore sepanjang2 sebab sesak gila. Selain area track ni, ada park juga kat sini. Memang rekemen la kome pegi kalau time sakura.

Keage Incline
Pack sangat
Tali air??
Phewwitt
Happy Birthday love. Today birthday dia
Aweekkk
Dari sini kitaorang ke area Gion pula. Kat sini pun happening ui! Kitaorang turun dekat station Sanjo sebab nak singgah tengok Kamo river. Kuciwa sebab pemandangan kat sungai tu tak lawa.. maybe masa autimn cantik la kot. Nasib la ada pokok cantik ni.. jadik laaa
Kamo river tak lawa
Kamo river

Pokok chantek
Dari Kamo river kitaorang meronda2 area Gion.. cantik jugak la pemandangan kat sini. Gion ni actually terkenal sebagai geisha district so kat sini la tempatnya kalau nak jumpa para Maiko. Aku jumpa sorang tapi tak sempat nak tangkp gambar sebab dia jalan mak ui yay laju gila. Tapi ada la jumpa awek2 jepun yang pakai kimono.. boleh la dari tak de kan.Aku actually memula tu pesimis gak apa la yang dorang kecoh sangat pasal Gion, takat tengok geisha apa yang best pun. Tapi masa sakura.. cantikkkkk sangatttt!! Kitaorang melepak dekat area Gion Shirakawa dan jalan sampai la ke Maruyama Park.
Gion Shirakawa
Interframe sat!
Awekkk
Sukaaa picture ni
Weeping willow
Awekss
Kitaorang melepak dekat area Gion Shirakawa dan jalan sampai la ke Maruyama Park. Apa yang ada dekat sinin, op kos la park. Kalau dah nama pun musim sakura... memang la santik 


Abg beca sado
Maruyama Park
Weeping Tree
Picnic By Sakura
On the way kuar park.. tak tahu le kat ner ni
Boleh tahan jauh jugak la menapak kemari sebenarnya. Tapi happy dapat la jumpa weeping sakura yang famous tu. Meriah sangat park ni dengan sakura & geng2 picnic. Ada juga cadangan nak menapak sampai ke Kiyomizu Dera tapi cam tak larat la pulak. Pastu plan nak singgah dekat Fushimi Inari jap tapi bila fikir2 takat nak g jumpa gate merah tu je, tak jadik la singgah. Tadi pun ada gak jumpa gate merah ni so len kali je la kot.
Ini pun jadiklaaa
Makanya dari Gion Shijo St kitaorang direct je naik sampai ke Tambabashi St then interchange ke Kintetsu Line direct sampai Kintetsu Nara untuk visit Deer Park. Kat sinin si Hannah la yang paling gumbira sementelaah aku seram nengok deer yang besar2. Besar ble tahan lagi.. busuk tu yang tak ble blah.






 Malam gak baru sampai Dotombori balik.. apa lagi.. seround la lagi pusing Dotombori sebelum melabuhkan badan yang letih atas katil...

Peace & good night