Sunday, 9 April 2017

Osaka Part 1 Day 3

Itinerary Hari Ini
Nippombashi St to Nagahoribashi St
Nagahoribashi St to Osaka Business Park
Osaka castle area hanami
Osaka Business Park St to Morinomiya
Morinomiya St to Tanimachi 4 Chome St
Tanimachi 4 Chome St to Temmabashi St
Hanami
Temmabashi St to Tanimachi 9 Chome St
Tanimachi 9 Chome St to Nippombashi St
Dotombori
Americamura
Shinsaibashi Suji

Since semalam dah penat gilos, hari ni kitaorang nak santai2 je. Planning pagi ni cuma nak picnic dekat Osaka Castle.  Alhamdulillah cuaca hari ni cantik, unlike yester yesterday yang hujan renyai sepanjang hari. Kitaorang turun dekat Osaka Business Park Station. Jalan kaki sket kira2 ble nampak Osaka Castle.





Osaka Park ni sangat besar. Kalau nak jalan semua memang tak larat le. So kitorang sempat melepak area ni je la. Kalau g jambatan tu at least nampak la jugak Osaka Castle tu dari jauh. Kalau nak jalan ke dalam.. patah kaki ui! Kat area ni ada sakura park yang tak cantik tapi bunga dia kaler2. Satu pokok tu ada kaler putih dan ada kaler merah.



1 pokok manyak warna
Bukan kitaorang je kawin, sakura pun ada gak kawin
 Letih dah tangkap gambar, kitaorang pick la satu spot untuk picnic. Aku pilih yang ngadap castle la op kos. Makanya picnic la kami di bawah sakura. Bukan setakat tikar ahkak bentang, air sofa pun ada. 1 and only oke yang ada air sofa kat situn. Orang2 jipun pun cam kagum tengok ahkak. Ye2 je kagum, tah2 ngutuk ape benda la yang PADI (Pendatang Asing Dengan Izin oke!)
 ni bawak... hahaha.

Hannah jugak la yang gumbira. Bekobar2 la dia main train yang baru jek beli dekat kedai 100 yen dekat Osaka Business Park tadi.



Alaaa.. spot ni lagi best T_T
Dari sinin kitaorang naik train ke Morinomiya St, interchange to Tanimachi 4 Chome St then interchange lagi tuk ke Temmabashi Station. Area stesen ni meriah dengan sakura. Kitaorang menyeberang jambatan ke Minami-temma Park. Meriah gak park ni siap ada gerai2 lagi cumanya kitaorang mampu tengok je la sebab tak berani nak beli. Letih bejalan, singgah picnic lagi. Hahaahaha. Tapi dapat duk kejap je sebab angin kuat sangat buat sejuk sampai ke tulang terasa.
Keihan Mall
Minami-temma park






Makanya itu je la aktiviti kitaorang hari ni, hanami kata orang jepun which is picnic di bawah sakura. Pas dah letih picnic kitaorang balik la ke sarang. Alang2 berjalan dekat Dotombori ni, jalan la sampai jumpa Shinshaibashi Suji dan America Mura yang depa duk canang as tourist destination. Kat Sinshaibashi suji ni memang la memang, sorga membeli belah. Tah berapa panjang ntah laluan berbumbung yang menempatkan banyak kedai2 dalam tu. Kome tinggal sediakan duit je la. America Mura plak known as American Town.








Kalau tak jumpa sign ni means America Mura kome tak takluk lagi
2nd final stop, si Glico
Final stop, takoyaki 10 bijikkkk!!!
Inilah lokasi America Mura, Sinshaibashi Suji Shopping & si Gloco Man dari hotel kami. Dekat kan!