Friday, 7 April 2017

Osaka Part 1 Day 1

Itinerary Hari Ini
Kansai Airport to Tengachaya St 12.30
Tengachaya St to Nippombashi St
Hotel 2.12 pm
Dotombori
Check In Business Inn Sennichimae
Nippombashi St to Tsuruhashi St
Tsuruhashi to Sakuranomiya St
Kemasakuranomiya Park
Osakajokitazume St to Osakatemmangu St
Interchange to Morimachi St
Morimachi St to Ebisucho St
Tsutenkaku 700y
Shinsekai
Donki
Dobutsuenmae St to Nippombashi St

Hello Kansai!!
Hellooooo!!! Destinasi pertama op kos la airport. Dalam 8.45 pagi flight landed di KIA. Kol 9 lebih jugak la baru settle dari Imgeresen & kastam. Bagus Osaka airport ni, walaupun orang ramai tapi masa menunggu tak lama mana. Rasa cam kagum gakla sebab officer2 kat airport tu mahu pula berbahasa inggeris. Kagum la sebab kat Jepun kot! Masa kat Haneda takdak macam tu.

Destinasi utama selepas keluar dari arrival is op kos la toilet. Nak basuh apa yang patut, salin baju. Dah lawa2 baru ble berlaga bahu dengan orang Osaka. Kalau busuk, buat malu nama Malaysia je kan! Ketibaan kami kali ni memang red carpet la oleh si Pikachu & the gang. Mak pikachu yang besar dabak pun ada gak join. Kalau kat jepun dah jumpa si Goku, Otoromen dll, ini kali jumpa Pikachu la pulak.
Hannah yang happy
Giant pikachu pon nak sambut Hannah juga
Osaka girl!
Next destinasi, area Hotel. Since aku comel dan bijak, aku pilih untuk duduk di area Dotombori yang happening dengan street food. Memang happening kedai2 dia.. bukan takat naga kat atas tu, lembu pun dorang gantung gak oke! Kami duduk dekat Sennichimae Business Hotel. Kali ni dapat hotel yang happening dan murah. Dalam RM700++ je tuk 3 malam, kiranya dalam RM200+ la semalam.
Nasib baik aku pandai, kalau tak menangis oi nak bayar kos penginapan dekat Jepun yang memang ketahuan mahal. Lagi la pulak masa kitaorang datang ni musim sakura.


Area Dotombori ni bukan saja sorga street food, malah sorga membeli belah Shinshaibashisuji. Pastu kalau sampai sini kena hello si Glico man.. ala! pakcik yang jadi maskot biskut Pocky tu. Si Hannah jugak la yang paling gembira sebab jumpa superman sekali!

Shinshaibashi Suji
Si Glico man
Superman jumpa superman oke!
Kenny Asia
Business Inn Sennichimae
Lepas checkin, rehat, mandi, solat bagai.. kitaorang menuju ke Kemasakuranomiya Park untuk menikmati Sakura. Rasa macam ya Allah! best sangat sangat sangat. Indah sangat sangat sangat. Mau tak indah kalau kiri kanan depan belakang ko semua sakura. Happy punya pasal, tak terasa kitaorang da jalan dekat 2KM. 











Dari sakura, kami ke tower. Kali ni kami panjat Tsutenkaku. Tak la tinggi pun tapi boleh boleh la nak merasa naik lift laju sket. Area ni pun happening juga, ada Donki, tempat makan & shopping dan area ni dikenali dengan nama Shinsekai. Kalau lepak sini malam2 memang best la sebab dengan lampu2 kedai2 tu nampak cantik. Unlike area Dotombori yang sesak dan sesemak mata memandang.Since kitaorang datang malam, tak la sempat nak singgah dekat Tennoji Zoo yang letaknya tak jauh dari area ni.




Sempat la juga kami singgah ke kedai pevret kawan aku si Ezi. Kalau kemari, ini la ni kegemaran dia, costume play. Hahahahahah!
Beli juga strawberry.. ya ampun! manis gila strawberri dia! Kalau di Malaysia tak pernah la terhingin nak beli or merasa strawberry sebab pernah terkena yang masam tapi yang ini memang potong kaki!

 Last sekali, aku belanja gambar sumo man yang baru lepas mandi! Hahahahahha