Saturday, 30 December 2017

Pengalaman Geli Di Hotel Seri Costa Melaka



Kol 4 lebih sampai Melaka.. yes, Melaka lagi! Kali ni cek in dekat Hotel Seri Costa, hotel yang terletak diseberang jalan je dengan Menara Taming Sari. Besarlah harapan aku akan enjoy duduk hotel ni alih2 this is my worst night mare!

Tak pernah lagi aku duduk hotel yang bilik air dia.. ya rabbiiiii... tengok la rupa dia kat atas nun. Aku ingat kes tahi tak flush kat Promonade tu dah worst, tapi ini lagi super duper worst. Plan asal duduk dua malam, aku sanggup burn duit semalam dan pindah hotel lain. Ewe!! Geli gila! Padahal kalau ikutkan, in term of location memang the best sebab dekat gila nak jalan ke Mahkota Parade, Taming Sari, Muzium Kapal, Dataran Pahlawan, Jonker Walk dan banyak lagi la tempat pelancongan. Buat malu Melaka je!

Actually bilik dia ok je, toilet tu je yang potong stim. So kitaorang minta pindah bilik, granted, tapi condition bilik air dia pun lebih kurang je belumut sana sini.. tapi at least better then above. Lepas rehat-rehat dan tak mandi la opkos sebab geli, kitaorang jalan meronda. Cuti kali ni joined by my sister.. macam biasa la.. holiday partner kitaorang. Mula-mula ronda pasar malam yang ada dekat area hotel, then ke Mahkota Parade, pastu jalan lagi ke Dataran Pahlawan.. lepas habis lepas lelah dekat Starbuck, jalan plak lagi ke area Taming sari then balik ke area pasar malam tuk lunch. Pas lunch, cross balik jalan then menapak sampaila ke Jonker Walk. Pergh!! Bepeluh wa sakap lu!













Friday, 29 December 2017

Taklimat Skool Hannah

Patutnya pagi tadi tapi skolah si Hannah tunda taklimat dia ke petang hari plak. Makanya next week mulalah si Hannah bersekolah.. yeayyyy. Kalau dengar taklimat daripada cikgi dia, cam menarik jugak la program dekat sekoalh ni. Harus la kot kan sebab mak pak dah bayar beraban kot nak hantar dorang ke sini. Gila apa.. macam nak masuk u oke! 1st bayaran dalam RM1600+ termasuk kos buku dan satu set baju skolah, tudung serta baju sukan. Pastu lagi RM1160 kena bayar jugak untuk deposit 2 bulan. So overall dalam RM 2800 oke! Macam nak masuk U! Tu belum masuk bayaran bulan-bulan dalam RM580 sebulan kena bayar untuk yuran dia. Nanges!

 
Balik rumah, sesi untuk si Hannah pula try baju sekolah dia. Alalalala comeyyy... dah besar dah anak mamme ni rupanya. 

Thursday, 28 December 2017

T_T

Alaaa.. melepas ahkak nak pegi sebab ahkak tahun ni nak sambut tahun baru kat Melaka. Ahkak memang suka lampu2 ni.. T_T Tak pe.. inshaAllah next time kalau ada lagi boleh la pegi

Sunday, 24 December 2017

Krismis di Mid Valley & Garden Mall

Kalau semalam ke KLCC, hari ni kita enjoy Christmast dekat The Garden Mall dengan Mid Valley. Ini tahun MV bertemakan stesen ketapi santa while GM pula bertemakan salji. Aku suka yang GM punya sebab all white walaupun MV punya lebih happening.

Since esok masih cuti, kita buang masa sebuang-buangnya. Lepas jalan-jalan cari hal, kitaorang lepak lelama dekat The Borders, GM. Borders dekat GM used to be bigger but now dah kocik. Nasib baik Starbuck masih ada dalam tu dan become better sebab ble minum kopi sebla rak buku.

Ini kali si Hannah dapat hadiah krismis, spelling board games dengan harapan moga pandailah kamu membaca nak. Kalau tak kena hantar tuisyen membaca pula sebelum masuk darjah satu.. hoho

             

Friday, 22 December 2017

Dating Day

Hari ni hari dating sedunia.. pagi tadi dating time sarapan, petang pula dating dekat library. Ahaksss! Sepanjang 9 tahun aku koje inilah kali pertama jejak kaki dekat library jabatan ni oke! Cuba tengok date last orang pinjam buku tu.. atoookaiii!! orang jikiar ni memang spesis yang tak suka g library agaknya.

Thursday, 21 December 2017

Pengalaman Ke Dolly Dim Sum

Kalau ikut review, Dolly Dim Sum ni halal tapi tak de pula JAKIM certification. Yang aku nampak dalam menu dia tadak la piggy dengan alkohol. So, aku terai la sekali sempena pembukaan outlet baru deme dekat Sunway Putra Mall.

Mana gambar makanan? tadak sebab da lapar gila tadi so tak sempat nak snap... hahahahaha... kalau nak tengok menu boleh la pegi kat website deme http://www.dollydimsum.com/. Menu yang kitaorang try kali ni Royal Golden Fried Rice berega RM25 kalau tak silap, pastu 2 dumpling dengan rega RM10 sepinggan + teh. Itu je? Haaaa.. itu je la. Nak terai je kan... muhuhahahah. So macamana? sedap gak laaaa.

Wednesday, 20 December 2017

Eating Spree

Hari ni hari melepak sedunia.. lunch di SPM, dinner di SVM. Pagi kasi hibur mamme, petang kasi hibur Hannah main lego free. Geram juga kat si Hannah, kat umah bukan main banyak lego tak mahu dia main tapi bila g ToysRUs or kedai lego bukan main lagi dia nak main. Eiii la anak!

Tuesday, 19 December 2017

Fire ! Fire

 
Hari ni ada fire drill dekat opis. Tak suspen sebab ada yang bocor rahsia ada scheduled fire drill. Kalau tak mau ada yang kelam kabut terjun bangunan sebab ingat betul-betul kebakaran. Hoho! Udah le api pun tadak.. nasib ada abang bomba bikin cemas sikit2.

Monday, 18 December 2017

A Told Story Of Herald Boutique Hotel Melaka

Since MIL aku ajak p Melaka on short notice, memang tak banyak la option hotel yang ada esp time cuti sekolah ni kan. Secara overall pada aku hotel kat Melaka ni masih murah. Hotel decent pun ble dapat below RM100 tapi kalau dah namanya cuti skol, sila la bertabah dengan harga yang diberi. Thank god kitaorang dapat book hotel ni through Traveloka dengan rega RM115.37 without breakfast.

Hotel ni beralamat di 571-ABC, Plaza Melaka, Jalan Hang Tuah / Jalan Gajah Berang, 75300 Malacca. Kalau tengok dari luar memang cam biasa je, hotel kat rumah kedai tapi bila masuk bilik rasa gumbira sebab bilik dia cantik dan bersih. In terms of location tak berapa la nak up sangat tapi tak jauh la dari pusat bandar, dalam 4 KM je. Aku rekemen la duk sini, rekemen sangat!

Hotel ni baik gila, siap bagi ko kupon parking lagi tuk day ko cek in dan sampai kol 12 the next day. Kat Melaka Saturday, Sunday dan PH pun ko still kena bayar parking from 8am sampai  6pm.. hampeh tol! Walaupun tak mahal, RM5 la jugak sehari.









Ini gambar area luar hotel yang aku amik dari tenet. Kat area tu ada kedai-kedai jual baju dan gerai-gerai makan chinese. Kat area belakang tu ada kedai buku dan Seven E kalau tak silap.


Sunday, 17 December 2017

Melaka Day 2

Dekat jam 12 check out, pastu g aparment yang my family sewa. Tunggu dorang plak check out. Tadi before cek out, dah siap-siap breakfast semua. Hotel yang kitaorang duduk nun area chinese kot so tadak restoran melayu/ mamak. Thank god ada KFC 24 jam..

Lepas semua dah cek out, pelan asalnya nak menuju ke area Tamingsari lagi sekali tapi kali ni nak naik cruise. Since kitaorang not a fan of Melaka River Cruise sebab seram dengan air sungai dia.. si Chemba route ke Mahkota Parade. Makan mee tarik warisan sedas pastu gerak ke Klebang whilst yang lain melancong ke A Famosa Fortress dan muzium. Lepas maghrib baru la semua berkumpul dekat Klebang before masing-masing bergerak pulang.

Saturday, 16 December 2017

Cuti-cuti Melaka Lagi


Ini kali kita cutiiiiii!! Cuti mana? Melakaaaaa lagi!

Hari tu cuti belah aku, ari ni cuti belah my asben pula. Dalam kol 4 kot sampai Melaka, saja bertolak lambat sket sebab Melaka ni kitaorang dah cover habis dah pun.. so g santai-santai je. Kitaorang duk Herald Boutique Hotel. Luar umah kedai, dalam tiptop cam hotel 3/ 4 star while my family amik apartment kat kawasan berdekatan.

Pas mandi, comel2.. kitaorang p melepak dekat apartment tu. Bagi budak-budak mandi kolam, makan semua.. kol 11 lebih kot baru kuar ke area Tamingsari. Distance dari apartment tu ke Tamingsari 4.4 KM je tapi perjalannya lebih 30 jam oke!! Kol 11 malam tu!! Punyalah jem Melaka.

So ini kali si Chemba akhirnya kena naik gak beca.. Hello Kitty la op kos! Ahkak? ahkak pulak dengan mak ngan adik2 ipar menikmati pemandangan malam dari Menara Taming Sari. Cantik ke? biasa je. Kalau nak lawa naik time senja kot baru lawa.

Friday, 15 December 2017

Air Fried Fries

Ini rupa air fried fries, guna Tefal air fryer. Rasa dia agak sedap gak tapi kalau nak nampak lawa kena buh minyak lebih sket. Kalau tak goreng tak lawa. Aku plak suka tambur tepung gandum, bagi ada serdak-serdak sket.

Thursday, 14 December 2017

Baru Ku Tahu...

Aku actually dah bertahun kot ada periuk letrik ni.. beli masa si Chemba duk Kontan dulu. Persediaan kalau-kalau gas habis kat umah. Kiranya selagi ada gas, selagi tu la tak guna. Makanya jarang la guna kan! Selama aku guna, aku tak pernah tahu temperature adjustment dia ada banyak variasi lagi apart from auto function yang ada kat button nun. Puiiii! No wonder la aku goreng ayam ari tu kecut ayam aku sebab jenuh nak adjust suhu. Suhu tinggi kuali berasap, suhu rendah ayam aku plak tak masak-masak. Hampeh!

Wednesday, 13 December 2017

Me The Next X-Mener

Pernah tengok cerita X-Men? op kos la pernah kan! Aku pun pernah tapi ini adalah antara cerita yang aku tak ble digest sangat. Faham-faham gitu je.. hahahaha.Pagi tadi aku tangkap gambar kat keta dapek shoot muka macam ni.. tetiba aku teringat X-Men. Ada kaitan ke??? miahahaha


Tuesday, 12 December 2017

Rancangan Pevret Si Hannah

Aku belajar sampai dapat degree, koje injiniur pun tak dapek duit banyak ini Ryan oi! Ini la budak yang Hannah duk tengok hari-hari.. nak muntah mak melayannya.

Koje budak ni main je 24jam! Pastu main sepah-sepah tak reti kemas. Pastu jadi role model si Hannah, dia pun sama nak baling mainan dia then tanak kemas. 

Monday, 11 December 2017

Hannah Muslimah

Ini hadiah ayah si Hannah balik umrah.. lucu ada, comel pun ada. Hehehe.. Tengok je la muka si comel yang terbakar sebab mandi kolam weekend tu.

Berapa lama tudung ni tahan dekat kepala dia? Hmm.. dari hotel, g makan then sampai rumah masih melekat lagi dekat kepala.. kira lama la kan? hahaha. Kalau pakai reben dan ikat rambut dia memang langsung tak mahu, pakai tudung elok je.. kelazzz kau nak, muslimah sejati. Amin!

Sunday, 10 December 2017

Lakiku Si Botak

Ini laki siapa ni oi? Siapa punya laki?!!! Ini laki gua la yang gua tak jumpa 2 minggu since last sunday dia pegi umrah!! Botak dan buncit.. muhuha hahaha. Jangan mara cinta ;p

You cant explain love and most of the time it is not about how beautiful and handsome your face is. Ada yang bini lawa, kena betray juga. Ada laki hensem, bini cari lain juga. Dan kadang-kadang spouse yang kena tinggal tu jauh lebih lawa/ encom dari yang baru/ skandal deme. Why?? Because love is something you wont be able to explain. If you clicked with someone, siapa pun kita or bagaimanapun rupa kita now or then wont matter anymore. Tapi laki aku tu walaupum botak dan buncit, di mata aku still encom. Muhuhahaw. Fattah amin pun aku tak pandang yaw.. ahahaha

Saturday, 9 December 2017

Kawennn

Hari ni kitaorang ke Bandar Mahkota, nak menghadiri majlis khawin anak pengarah kitaoramg. Amacam? Ploles tak makeup ahkak? Ini real oke, iphong neber lie! Ahaksss.. tapi i lied to iphong by adjusting my face angle sampai buli nampak kurus dalam gambar. Kalau dulu ada si popo kompom terus ploles la muka kau tapi si ipong ni memang tak akan menipu. Pasrah je la selalunya menerima kenyataan yang muka kau tu, memang muka kau la.

Oke.. pas makam kenyang-kenyang, ada hati lagi nak p makan sate samuri kat kajang. Time kitaorang sampai dalam kol 3 lebih. Alhamdulillah dipermudahkan dapat parking kat dalam tu, betul-betul depan meja makan je. Sedap sangat ke sate samuri tu? For me biasa je taste dia tapi harga mang terbaik lagi la kalau compare sate kat mamak bising or Satay Sation. Sate ayam dan daging cost the same, RM0.98 secucuk. One thing yang aku suka is sate dia all daging, takde lemak langsung. 
Pas makan 4 cucuk sate, tak mampu dah nak hadam. Kitaorang pun balik umah dan tapau sate tuk berjamu dengan si adam and the gang.

Friday, 8 December 2017

Cuti Dash Box

Kol 8 semalam aku gerak pulak ke next transit, Hotel Barry Inn Salak Tinggi. Apsal nak cek-in 2 hotel satu malam? Aku tak berani nak drive dengan si tecit pepagi buta ni dari Cyberjaya ke KLIA 2 so lepak je la kejap dekat Salak Tinggi. At least si tecit ble tdo kejap before ke airport. Kol 8 gerak dari Cyberjaya, cek in Barry Inn dan dinner. Kol 1.30 cek out dan terus ke KLIA2. Tengok2 si chemba lom kuar-kuar lagi, singgah plak makan donat dekat Petronas KLIA.. itu ini kol 4 kot sampai Dash Box semula.

Aku tak dapat tdo la pulak sepanjang pagi tu.. huhu. Tunggu la sampai kol 8.00 si Hannah jaga tuk sambung aktiviti berenang. Ingatkan sejuk air pool tu tapi tak.. nasib baik. Kalau tak mau sakit perut sejuk-sejuk p berenang. Kol 12 cek out time, kitaorang kuar dalam 11.30. Next destination ke Bawal Power dekat Area Sport Centre, Cyberjaya tuk lunch bawal yang power. Power ke? aku makan ikan keli dia memang power ah.. bawal tu aku tatau!