“I am a daughter, a wife, a mother, a full time housewife, a part time engineer and vacation is my life”
Sunday, 19 August 2018
Team Lunch
Hari ni kami lunch di Pizza Hut sempena meraikan kejayaan majlis perkahwinan adik aku semalam. Thank god semuanya dipermudahkan Allah s.w.t
Saturday, 18 August 2018
Majlis Khawin
This is the only gambar yang aku ada dengan pengantin. Kena godek kamera lain ada agaknya.. ahahaha. Yang dua depan ni my sister.. xda muka adik beradik kan?! Campin mak bapak aku bikin anak, semua lain-lain.. hahahahaha
Tugas aku hari ni jadi mandur je.. tak payah dah jadi tukang masak mahupun mak andam.
Friday, 17 August 2018
Adik Ku Kawen Lagi
Kontroversi pula tajuk post tu.. hahaha. Apa-apa pun bukanlah beliau khawin lagi sekali. Maksud aku ada lagi adik akuyang khawin. Kali ni adik yang nombor 3, merangkap anak mak aku yang keempat dari 5 anak perempuan kesemuanya yang mendirikan rumah tangga. So far rekod mak aku bermenantukan orang teknikal masih belum pecah sebab menantu sebelum ni 2 mekanikal dan 1 civil.. menantu baru ni elektrik rasanya. Anak mak aku pula 2 mekanikal, 2 letrik dan sorang tu bijak sikit sebab tau market kerja lagi luas, dia amik sivil.. hahahaha
Hari ni aku jadi tukang masak merangkap mak andam. Nasib la muka ko pengantin. Siapa suruh x hire juru makeup bertauliah. Aku ni pakai makeup pun light2 je.. mana nak berani makeup orang tebal 🤪
Malam pula aku bertukar jadi tukang hias pelamin dah penyanyi. Walaupun aku tak faham kenapa dekat tempat aku ni asal kawen je ada karaoke, aku pun tumpang jugak sekaki menyanyi.. ahahahaha
Thursday, 16 August 2018
Balik Kampung
Hari ni weols nak kembali ke sarang.. eh! Ke kampung. Sempena adik we ols nak bernikah esok. Siapa yang happy? Op kos la budak 2 orang tu juga yang happy dapat balik kampung sama-sama.
Wednesday, 15 August 2018
Tuesday, 14 August 2018
Cemerlangkah?
Nampak muka ni? Inilah muka orang cemerlang.. puiiii!!! Hahahahaha.. hari ni aku menghadiri majlis anugerah cemerlang tahun 2017. Ini kali kedua sepanjang berkhidmat dengan Jabatan aku terima anugerah ni. Macamana nak dapat anugerah? Actually aku ni jenis yang tak bother pun anugerah ke apa ke yang penting aku buat kerja selayaknya gaji aku dibayar agar rezeki aku berkat dan halal.
Actually masuk tahun ni, dah 3 tahun nama aku masuk dalam pencalonan tapi kena reject. Hahahahah.. sebab kalau da pernah dapat sebelum ni, 3 tahun lepas tu baru boleh dicalonkan semula. Paling kelakar bos aku berkobar-kobar bagitau aku dapat cemerlang tahun ni. Maybe dia rasa bersalah kot sebab tahun lepas dia bagitau aku dia calonkan aku tapi alih-alih kena reject pengarah.
Wednesday, 8 August 2018
Saturday, 28 July 2018
Book Reading @The Garden
Kalau ke Mid Valley, si kecik mesti akan ajak pegi satu tempat ni. She said she want to drink kopi & read book. Makanya kami akan ke Starbuck yang terletak dalam Borders bookstore dekat The Garden mall. Buku tak beli pun sebab buku kat Borders ni semua buku mahal 😛 Selalu kalau nak beli buku kami akan beli di MPH atau Popular.
Saturday, 7 July 2018
Test Power Huawei P20
Hari ni kita test power camera Huawei P20. Memang terbaikkk la gambar dia. Udah macam kamera professional lagaknya, at least di mata aku la.
Wednesday, 9 May 2018
Seoul Part 4/ 2018 : Day 5
Walaupun hari ni hari bekerja, Myeongdong tetap meriah macam biasa. Since hari ni hari terakhir, kami pun tak nak la melepaskan peluang berkunjung ke Daiso Korea yang best. Lepas puas meronda, dekat jam 4.00 pm kitaorang balik hotel rehat. Before pukul lima kitaorang cek out. Saja la nak pegi airport awal walaupun flight jam 11.25 pm sebab mana la tau apa-apa kat airport. Menyesal la jugak tak bekal makanan dari hotel, Incheon Airport ni memang langsung tak muslim friendly. Apa pun tak bleh makan. Huhu... Dah le tu, flight plak resechedule je jam 12.25am. Nasi baik dorang pasang drama Switch Jang Geun Suk kat airport, at least terhibur la juga sementera menunggu.
Subscribe to:
Posts (Atom)