Saturday, 6 April 2019

Seoul Part 5/ 2019 : Day 5

Semalam adik aku kata kol 8 kita sarapan sama ya.. skali kol 8 dorang baru terjaga balik lepas tdor subuh katanya. Ahahakss.. masa dia dengan penuh yakin kata kol 8 sarapan tu aku dah gelak dah.. memang ketahuan sure lambat punya. Taula.. penat kot. Dah la Seoul now tengah sejuk, sedap oi tidur walau xde aircond. Yes, takde aircond! Suhu kat luar dalam 1 ke 8 deg kot time malam, so macamana la aircond tu nak bagi ko suhu 16 dalam bilik kalau kat luar pun sejuk gila. Buka tingkap, kompom memang mengigil oi! Siang pula dalam 13 ke 14 deg.. kalau angin kuat, memang amat seeeejuuuuukkkkkk!!!

Lepas sarapan dan sebagainya, dekat 10.30 jugaklah baru keluar hotel. First destination, bawa geng ke Daiso la op kos. Pelan asal nak ke Children Grandpark tapi since dah lewat kitaorang ke Yeouido Flower Festival je la. Patut petang semalam kitaorang datang, baru dapat join opening & konsert. Hari ni dah xde apa.. cuma kena bersedia bertarung dengan orang yang ramai. Walau dah banyak bunga sakura yang memunculkan diri, banyak juga yang masih terkatup lagi. So pemandangan tak terbaikkkk lagi la. Maybe dalam sehari 2 kot baru semua berbunga. Since perut pun dah lapar, kitaorang cari spot untuk melepak. Masa turun dekat tapak festival tu, punya sadap bau kopi. Malangnya tak tabah nak beratur beli sebab q panjang. Sudahnya kitaorang duduk je la tepi pokok. Kali ni lunch cowboy style je. Bukak tikar then makan nasi berlaukkan telur dan serunding. Itu la lauk paling best oiii sejuk2 ni.

Dah kenyang perut, tetengah berjalan menikmati keindahan cherry blossom mokcik terserempak pula dengan pokok yang peminat tanam untuk Super Junior. Hahahaha... mokcik kan is peminat SuJu. Walaupun bukan hardcore tapi masih setia sehingga kini. Now mokcik declare mokcik is peminat Ikon pula! Kalau SuJu adik- adik, Ikon ni ble masuk kategori anak- anak la pulak kot ;P
Lepas makan, tetengah sibuk nak bergambar perut pulak meragam. Stress kot.. kompom2 toilet penuh tapi panggilan toilet aku dah tak ble tolak dah. Nasib baik ada toilet dekat one of the building dekat situ, Jinmi Paragon kalau tak silap nama building tu. Nampak ada cafe Pascucci, ingat nak lepak kupi2 tapi ramai giler orang. Dan seperti yang aku jangka kat toilte pun beraturrrrr T_T

Selesai toilet time, kitaorang naik subway ke Dongdaemun History & Cultural Park St. Instead of interchange, kitaorang decided tuk lepak sekejap dekat situ. Sempat lah singgah ke Mingliore Department Store. Malangnya hari hujan, tak dapat lah nak jalan sekitar area tu sampai ke Chonggyecheon Stream. Sudahnya kitaorang balik hotel terus. Pastu baru keluar dinner dekat Busan Jin, again! dan again, lepak dekat coffee shop yang sama cam semalam.. hahaha.

Friday, 5 April 2019

Seoul Part 5/ 2018 : Day 4

Lepas sarapan, singgah jap Holika- Holika. Kalau dah singgah tu op kos la terjebak nak beli kan! Makanya 20,000 KRW melayang pepagi lagi demi buy 1 free 1 tension pact. Memang tension la kan sebab RM RM dekat 80 hengget la juga terbang.. hahaha. But i got a good offer la sebab beli 1 percuma satu. Orang dekut memang macam aku.. hahaha. Cuba tengok muka aku tu yang floles selepas disapu tension pact.. miahaha.. ini takde impose camera beauty mode ni. Perasan sekejap la.. hahah.
Dari sini, kami menapak ke Euljiro St. tuk ke Jamsil St. Kalau semalam melawat tapak flower festival di Yeouido, hari ni melawat di Seokcho lake pula. Kat seoul, ini lah 2 lokasi utama flower festival. Thank god sakura yang kat Seokcho lake ni dah banyak yang kembang. Dari sini kami balik ke Myeongdong. Badan rasa semacam. Maybe sebab stress kot bersesak- sesak kat tempat yang ramai orang.

Lapar punya pasal, kami singgah ke Busan Jib. One of restoran halal yang ada dekat Myeongdong ni dan offer korean menu.. macam menu Dubuyo la lebih kurang. Distance dalam 150m je dari hotel. Aku makan miso soup dan si Chemba memilih bibimbab. Terbaikkk la! Banhcan dia pun best ooo... Before naik hotel, singgah pulak minam2 kupi.. ahakss
Lepas makan dan berehat, kami menapak ke Namdaemun Market sementara menunggu si Adam and the gang sampai ke Myeongdong. Kali ni percutian kami disertai adik aku sekeluarga tuk hari sabtu dan ahad. Monday nanti kami balik KL while my sis balik Khamis. Masa beli tiket flight tu aku beli tiket dulu.. dia beli kendian.
Berbalik pada Namdaemun Market, kalau hari tu tak masuk, hari ni kami ronda 1 round tapi tak beli apa2 pun. Before balik, sempat singgah kebab. Kali ni instead of tapau, kitaorang makan terus kat sana. Sampai hotel, dorang si Adam pun dah ada so weols decided g dinner dekat Busan Jib. Again! Hahaha.. pas naik rehat & solat, kitaorang turun balik g Daiso & E-Mart Perriot. Penutup untuk malam ni g minam dekat kedai kupi yang kitaorang minam petang tadi. So 2 kali again la kitaorang hari ni... ahaksss!!