Sunday, 19 July 2020

Cuti PD : Lexis Hibiscus 2020 Part 3

Kalau hari tu kami kemari dengan membeli kupon dari shopee, kali ni kami book terus dari website hotel. Thank god dapat beli pada tarikh yang kami mahukan which is balik dari Pengkalan Balak terus ke PD. Kalau book through shopee, kena email bagai ke management hotel untuk tanya ada vacancy tak on date yang ko mahu which is biasanya tak dapat la kalau nak redeem on the spot.

Kalau sebelum ni kami try water chalet, ini kali kita cuba duduk di Sky Pool Villa. Sky Pool Villa meaning ko kat atas la op kos tapi worry not sebab setiap bilik pun da pool, saiz even bigger than Panorama Pool Villa dan semua view ke sea. Sky pool villa ni terletak di bangunan yang sama dengan kaunter check in so tak payah risau nak kena q naik buggy. All you have to do is naik lift ajer. Published rate dekat website untuk bilik Sky Pool ni range from RM600+ ke RM800+.. lebih kurang la. Harga ni sama je untuk Executive Pool Villa. Untuk Premium Pool Villa pula up sket la dalam RM50+ ke RM200+ bergantung pada  jenis view yang dipilih. Sama juga untuk Panorama Pool Villa, up dari Premium Pool Villa. Yang bilik suite ada 3 jenis, Royal, Imperial dan Presedential tu harga dia start dari RM3000+ ke RM7000+. Kalau book through website di bagi free breakfast sekali.



Mahal? Kalau ambil bilik entry level tu tak de la nak kata mahal sangat kalau ko laki bini yang bekerja kongsi kannnn! Pastu nak jimat beli voucher dekat Shoppe or Fave.. dapat la RM400+. Ko bukan datang hari-hari kan.. datang setahun belum tentu sekali apa salahnya nak reward diri. Lagi pun dengan harga yang ko bayar tu lebih kurang sama je kalau ko ambik dua bilik dekat hotel biasa sebab dalam bilik ada 2 katil king, siap ada pool dalam bilik lagi. So pada aku worth every penny. Bilik besar, selesa dan op kos bersih, pool dalam bilik yang ko boleh swim sampai pitam tak kira siang malam, katil besau tuk golek-golek, makan sedap, pantai cantik, view superb of course! Yang paling hebat, ko boleh mandi berduet dalam bilik air dia sebab ada dua shower rain dan shower oi! Hahahaha… kalau nak bertiga pun boleh.. sorang kat tab mandi.. hahaha



Tips untuk Sky Pool Villa ni, aku suggest kalau duduk sini minta bilik atas. Lagi atas lagi baik.. kalau tak silap aku guest room start dari level 5 ke 13 tapi bilik di level 13 tu bilik suite sahaja so mintakla level 12. Pastu kalau suka view beach, minta yang view beach wing kanan sebab bangunan tu ada 1 blok tapi ada 2 wing. Wing lagi satu tu view ke sea juga cuma tak nampak la beach Lexis Hibiscus. Pastu kalau ambik bilik atas, lebih cantik dan jelas la pemandangan water chalet yang berbentuk hibiscus tu. Lagi satu jangan ambik bilik paling hujung sebab kat atas tu banyak burung dan yang kat hujung skali burung suka duduk dekat besi2 kat tepi bangunan tu. Aku panggil besi je sebab tak tahu architectural term yang digunakan tuk besi tu.. ahaksss. Yang pasti ada lampu2 menyala la dekat situ dan boleh tukar-tukar kaler. Aku risau juga bangun esok pagi pool tu penuh dengan burung.. or bulu dia or worst taik burung hoi!




Kalau hari tu motto aku menginap di sini is “sesaat pun tak nak rugi”, ini kali motto aku “kita explore!!!!”. Kalau nak makan ko turun je ke bawah, nak g pantai jalan sikit da sampai.. unlike duduk di water chalet. Ahakssss…. So tadi ingat nak lepak café kat bawah tu skali jam 9.00 tutup.. hampeh. Pastu g la jalan2 kat luar sampai ke area lighthouse untuk menikmati pemandangan malam. Kalau malam lampu bangunan akan menyala dan tukar-tukar kaler.





 





Saturday, 18 July 2020

Tingkap Lip-Lap

Apa matcam.. meriah kan tingkap iols. Bunga ni aku oder dari Shopee asalnya tapi seller suh cancel oder sebab dia ada delivery dekat-dekat sini so boleh hantar terus je je rumah aku.

Friday, 17 July 2020

Cuti Pengkalan Balak : Kampong Pinang Sebatang

Cam best kan nama Kampong Pinang Sebatang.. actually bukan la kampung pun. It is a chalet yang terletak di Pengkalan Balak, Melaka. Sebelum bertolak tadi kami sarapan siap-siap di rumah. Dalam jam 1 lebih sampai di area Pengkalan Balak yang terletak hampir 40km dari Teluk Kemang. Kami sampai ke chalet kurang 10 minit jam 2. Masa tu kami je yang beratur tapi ketibaan kami disambut oleh receptionist lelaki yang, alahaiiii.. muka ketat dan tak friendly langsung!  Bila tanya bila boleh cek in, nanti jam 2 katanya. Padahal berapa minit je pun.. ini semua human je la. Hotel 5 star pun kalau bilik dah ready dia bagi je cek in. Tapi tak pe la.. mungkin dah itulah SOP dia.. hormatkan aja. 


Bilik kami terletak di tingkat 3, tak de lift oke. Walaupun mak buyung tapi gagah lagi naik tangga. Hotel ni ada 2 wing, satu ngadap ke kawasan kampung dan satu lagi mengadap pantai. Bilik kami tu rasanya antara bilik yang rate dia mahal la kot sebab bilik seaview konon.. nama pun Saloma tapi.. alahaiiii.. kecik dan takde la seaview sangat. Still boleh nampak la beach tu tapi kalau kome nak yang betul-betul seaview request bilik Ramlee, sebla bilik kitaorang.

Masa cek in kena bayar deposit RM50. Nanti mamat receptionist tu akan bagi set remote TV dan aircond. Bilik yang aku book di Agoda tu berharga RM208.44, deluxe seaview kononnya. Kalau tengok chalet tu memang unik la sebab ianya berkonsepkan jaman dulu-dulu. Nama bilik pun berdasarkan watak-warak jaman P-Ramlee. 

Lepas cek in kitaorang pegi melepak di pantai. Walaupun pasir pantai tidaklah putih dan pantainya tidaklah secantik mana tapi aku suka. The best part pantai dia tak busy dan senang nak cari makan sebab ada gerai-gerai kat situ. Yang paling best, murah. Topi pantai tu RM10 je satu.. aku beli 4 terussss... pas ni boleh bergaya la makcik g pantai. Since perut masih kenyang, kitaorang makan ringan-ringan je. Lepas makan mee sup dan mee kari seround, pegi bekelah pula kat pantai sampai ke petang. Sambil-sambil tu melantak goreng pisang bagai.. heavennnn oiiii!!!


Dalam jam 5 baru naik bilik. Actually nak stay lagi tapi hari macam nak hujan dan angin pun kuat. Bila da naik bilik tak de pula hujannya.. alahai rugi! Memang layan sangat lepak dekat area pantai tu sebab orang tak ramai dan tenang je. Lepas naik bilik.. si kecik sambung berendam dalam tab pula. Hotel ni unik sebab kat luar bilik tu ada tab mandi based on sharing. Tuk budak ok la tapi kalau orang tua cam tak senonoh pula ko berendam sambil orang tengok.. haha. 

Kat bawah tu actually ada pool tapi since masih PKP so tutup la kot. Pantai ada, apadehal nak mandi pool, kan! Mandi sambil menengok beach view memang layannnn la. Siap ada kerusi santai kat depan tu tuk lepak-lepak. Baru nak mandi, tong shower cream pula takde isi.  Roger mamat receptionist tadi, mengah le dia naik g isi. Pastu baru nak tengok tv, tv pula tak de sound. Roger lagi receptionist, mamat tadi tu jugak la tukang dia. Godek-godek tak berjaya.. last-last hero hakak juga yang berjaya settlekan masalah tv. Pastu baru nak iron baju, plug pula rosak. Adoiiiii.. mamat receptionist tu datang lagi betulkan plug. Sui betul la ini kali.. apa pun tak boleh!

Ingatkan dah habis dah cabaran tuk kitaorang menginap di sini rupanya ada lagi. Tengah laki hakak sedap-sedap kat bilik air, karan plak mati. Adoiiiiii.. nasib dah selesai dah kalau tak gigil mandi air sejuk hoiiii. Sudahnya roger lagi mamat receptionist tu.. dia kata kena roger TNB. Argh sudah kalau kena roger TNB panjang la cerita. Yang geram tu bilik lain dah ok tapi bilik kitaorang lama plak. Udah la panas, angin takde pula. Last-last tu kitaorang decide turun ke bawah tuk dinner. Rasanya dekat 2 jam juga hoiiii mati karan! 

Nasib kat bawah hotel ni ada cafe, Warong Pak Ma'on namanya. Actually tak jauh dari hotel ada kedai ikan bakar tapi since hujan rintik kitaorang makan kat bawah je. Nak bawak keta cam tak berbaloi.. pastu takut kang balik xde pula parking. 


Tak ingat pula menu makanan lain yang ada tapi kami memilih makan ayam golek dengan nasi lemak. Masa nak masuk compound hotel tadi memang ada nampak gerai ayam golek.. dorang amik dari situ la kot ayamnya. Rasa? Alahai.. tulang ayam masih berdarah lagi. Harga? Boleh tahan mahal dia. Time makan tu hujan turun plak.. nasib menyeberang jalan sket je terus sampai hotel kalau tak mau lencun. 

Sepanjang yang kami perhati, pekerja dia cam mamat tu sorang je. Dia lah receptionist, dia jugakla yang handle maintenance. Adoiiii.. padan la muka ketat brother tu.