Sunday, 19 July 2020

Cuti PD : Lexis Hibiscus 2020 Part 3

Kalau hari tu kami kemari dengan membeli kupon dari shopee, kali ni kami book terus dari website hotel. Thank god dapat beli pada tarikh yang kami mahukan which is balik dari Pengkalan Balak terus ke PD. Kalau book through shopee, kena email bagai ke management hotel untuk tanya ada vacancy tak on date yang ko mahu which is biasanya tak dapat la kalau nak redeem on the spot.

Kalau sebelum ni kami try water chalet, ini kali kita cuba duduk di Sky Pool Villa. Sky Pool Villa meaning ko kat atas la op kos tapi worry not sebab setiap bilik pun da pool, saiz even bigger than Panorama Pool Villa dan semua view ke sea. Sky pool villa ni terletak di bangunan yang sama dengan kaunter check in so tak payah risau nak kena q naik buggy. All you have to do is naik lift ajer. Published rate dekat website untuk bilik Sky Pool ni range from RM600+ ke RM800+.. lebih kurang la. Harga ni sama je untuk Executive Pool Villa. Untuk Premium Pool Villa pula up sket la dalam RM50+ ke RM200+ bergantung pada  jenis view yang dipilih. Sama juga untuk Panorama Pool Villa, up dari Premium Pool Villa. Yang bilik suite ada 3 jenis, Royal, Imperial dan Presedential tu harga dia start dari RM3000+ ke RM7000+. Kalau book through website di bagi free breakfast sekali.



Mahal? Kalau ambil bilik entry level tu tak de la nak kata mahal sangat kalau ko laki bini yang bekerja kongsi kannnn! Pastu nak jimat beli voucher dekat Shoppe or Fave.. dapat la RM400+. Ko bukan datang hari-hari kan.. datang setahun belum tentu sekali apa salahnya nak reward diri. Lagi pun dengan harga yang ko bayar tu lebih kurang sama je kalau ko ambik dua bilik dekat hotel biasa sebab dalam bilik ada 2 katil king, siap ada pool dalam bilik lagi. So pada aku worth every penny. Bilik besar, selesa dan op kos bersih, pool dalam bilik yang ko boleh swim sampai pitam tak kira siang malam, katil besau tuk golek-golek, makan sedap, pantai cantik, view superb of course! Yang paling hebat, ko boleh mandi berduet dalam bilik air dia sebab ada dua shower rain dan shower oi! Hahahaha… kalau nak bertiga pun boleh.. sorang kat tab mandi.. hahaha



Tips untuk Sky Pool Villa ni, aku suggest kalau duduk sini minta bilik atas. Lagi atas lagi baik.. kalau tak silap aku guest room start dari level 5 ke 13 tapi bilik di level 13 tu bilik suite sahaja so mintakla level 12. Pastu kalau suka view beach, minta yang view beach wing kanan sebab bangunan tu ada 1 blok tapi ada 2 wing. Wing lagi satu tu view ke sea juga cuma tak nampak la beach Lexis Hibiscus. Pastu kalau ambik bilik atas, lebih cantik dan jelas la pemandangan water chalet yang berbentuk hibiscus tu. Lagi satu jangan ambik bilik paling hujung sebab kat atas tu banyak burung dan yang kat hujung skali burung suka duduk dekat besi2 kat tepi bangunan tu. Aku panggil besi je sebab tak tahu architectural term yang digunakan tuk besi tu.. ahaksss. Yang pasti ada lampu2 menyala la dekat situ dan boleh tukar-tukar kaler. Aku risau juga bangun esok pagi pool tu penuh dengan burung.. or bulu dia or worst taik burung hoi!




Kalau hari tu motto aku menginap di sini is “sesaat pun tak nak rugi”, ini kali motto aku “kita explore!!!!”. Kalau nak makan ko turun je ke bawah, nak g pantai jalan sikit da sampai.. unlike duduk di water chalet. Ahakssss…. So tadi ingat nak lepak cafĂ© kat bawah tu skali jam 9.00 tutup.. hampeh. Pastu g la jalan2 kat luar sampai ke area lighthouse untuk menikmati pemandangan malam. Kalau malam lampu bangunan akan menyala dan tukar-tukar kaler.