Friday, 10 July 2020

Cuti PD : Lexis Hibiscus 2020 Part 1

Tibalah hari pantai untuk kali ketiga bulan ni.. ini kali ke Lexis Hibiscus Port Dickson kitaaaaa. Around jam 11 bertolak dan singgah dulu lunch dekat restoran dekat-dekat hotel tuk makan dan tapau apa yang patut. Masa sampai PD tadi tanjat kite tengok signboard ni... anak aku kata.. biar betikkkk!! Hahahaha.. elok la tu ada kempen camni. 

Dalam  jam 1 lebih tibalah kami ke tempat yang dituju. Masa sampai tu orang tak ramai lagi dan parking pun masih kosong. Hotel ni ada open parking dan ada parking bertingkat juga. Masa nak check in kaunter tak berapa sibuk dan ada banyak kaunter yang beroperasi. Ada orang yang akan assist kat kaunter mana nak baris. Di barisan aku masa tu cuma ada sorang je yang tengah berurusan tapi lembab ya rabbi kaunter dia. Since aku beli voucher di Shopee.. first kena tunjuk emel print out. Lepas tu kena emel voucher pada orang yang jaga kaunter tu, isi borang sket then barulah urusan selesai. Hotel tak ambik apa-apa deposit pun. It took me more than 30 minit untuk uruskan check in sahaja oke! Tapi it was worth it sebab bilik kena upgrade yawwwww.

Kali ni aku datang dengan family my sis. Masa booking tu kami ambil pakej Premium Pool Villa dengan rega RM480 semalam tanpa breakfast. Kat hotel ni ada berapa jenis bilik. Ada yang sky villa dan ada pool villa. Untuk sky villa ada 2 jenis bilik. Untuk pool villa, yang paling basic start dari executive pool villa yang terletak dekat bahagian daun bunga raya.. lepas tu premium pool villa di bahagian bunga.. panorama pool villa di staminal column & stamen, imperial pool di stamen dan presidential pool villa di bahagian stigma which is paling atas sekali dan yang paling mahal. Bila tengok bilik yang diberi tadi, rupanya kami dapat bilik panorama pool villa yang menghadap beach. Bilik tu kena namakan begitu sebab memang tak de apa2 yang blok panorama view unlike yang premium dan executive tu dan harga semalam starting from RM900++ ok!! Maybe sebab kitaorang redeem awal hari tu kot or cek in awal sebab tu dapat upgrade. Apa-apa pun.. terbaikkkk la Lexis Hibiscus!!

Yang bulat hitam tu bilik kami dan yang bulat merah tu bilik my sis. Hohoiiii... jauh! Lepas cek in baru ambik beg. Ingatkan belum boleh check in lagi kol 1 sebab sepatutnya check in mula jam 3. Based on review blog orang yang aku baca pun memang check in mula afer stated time. Lepas amik beg kitaorang menuju ke buggy station yang terletak tak jauh dari kaunter check in tadi. Nak ke bilik kena naik buggy.. kalau tak berpeluh ketiak oiii unless ko duduk dekat executive pool villa tu sebab yang tu dekat. Masa menunggu buggy boleh jadi sekejap atau lama bergantung pada berapa ramai orang. Thank god masa kami tu terus je boleh naik sebab orang memang tak ramai.


Dalam jam 2 lebih kami tiba di bilik 426. Dalam bilik ada 2 katil king, ada sofa, meja kerja, sauna room, bath tub, separate shower & toilet dan indoor pool. Phewwww.. memang seswaiiii dengan harganya oke!





Lepas berehat-rehat dan cuaca dah kurang panas, kami memulakan aktiviti yang sememangnya di nanti-nanti which is pool time seawal jam 5 petang. Kalau kat pool luar ni tak merasa la nak swiming2 jam 5.. panas oiiiii!! Cumanya kat pool area xde atap so time hujan tak boleh la guna.



Selesai mandi manda di pool, sambung mandi dekat bilik air pula. Hari ni kita try shower rain, bath tub esok. Ya rabbi best giler shower rain dia.. rasa macam tak nak keluar dari bilik air... hahahaha. Dah puas mandi dan rehat jap.. kita makan dulu ringan-ringan sementara nak room service party dengan geng2 malam ni. Motto aku menginap di sini, 'satu saat pun aku tak mau rugi' which is aku tak kan sekalipun meninggalkan bilik ni g makan ke or ke mana-mana lah sebab every second count! Mahal weiiii.. harus every 2nd count kan! Hahaha.. lagi pun kalau nak keluar kena tunggu buggy, nak balik bilik kena tunggu buggy.. banyak dah masa hilang. Maka tips aku for those yang punyai motto yang sama macam aku, bawakla bekalan makanan banyak-banyak. Pandai-pandai la kalau nak idop!


Inilah pemandangan malam dari bilik kitaorang.. time ni dekat jam 12. Kalau awal sket, lampu dekat kain building dengan lighthouse tu akan menyala. Memang nice la duduk sini. Actually Panorama Pool Villa ni ada 2 jenis, satu ngadap beach dan satu lagi mengadap laut. Yang mengadap laut tu mahal sikit dalam RM100 compare beach view. Tapi kalau tanya aku, better ambik yang beach view sebab kalau sea view pemandangan yang menarik waktu siang je la kot.. waktu malam kompom gelap je. Kalau ambik beach view dekat staminal column tu ble enjoy both sunset dan sunrise.