Tuesday, 14 July 2020

Cuti PD : Lexis Hibiscus 2020 Part 2


Today yekla day 2 kitaorang di sini. Pagi ni breakfast dalam bilik je.. makan roti dengan sardin. Jimat oiii!! Hahahahah. Lepas tu seround mandi kolam.. then mandi, rehat dan siap-siap untuk check out. Kalau ikut standard check out jam 11 pagi tapi dorang allow sampai jam 12 tengahari. Dalam jam 11.30 kitaorang roger buggy.. thank god tunggu dalam 10 minit je buggy sampai. Turun dari buggy, ada orang tunggu dan collect hotel key di pintu nak masuk lobi. Sesimple tu je proses check out dia hoi! Dah bagi kunci, simpan barang then baru ambil peluang untuk explore area hotel. Masa lalu lobi tadi nampak orang tak berapa ramai lagi. Kat parking pun masih banyak kosong. Maybe orang belum sampai lagi kot.

Sebelum hantar barang ke kereta tadi tanya dulu kat mamat yang jaga pintu kalau dah keluar ni boleh masuk balik ke. Nasib baik boleh so kitaorang menghala ke beach ikut pintu belah kanan. Keluar- keluar pintu nampak swimming pool. Hotel ni ada juga outdoor pool for adults and 1 for kids. Tapi mesti orang tak interested nak swimming dekat pool luar tu sebab masing-masing ada pool sendiri kan. Depan sikit jumpa la beach. Beach dia memang stunning walaupun hanya sekengkang kera tu je. Pasirnya putih, air kaler ijau biru.. memang santekkkk!




Actually dekat hotel ni ada macam-macam aktiviti. Malangnya time PKPP ni banyak yang tak beroperasi. Ada indoor dan outdoor activity antaranya sewa basikal, karaoke, cruise, waterpark, archery, game room dan lain-lain... siap ada heli tour lagi. Ada banyak juga restoran dalam ni.. bukan takat restoran, siap ada gerai-gerai makan lagi yang diterletak di Hibiscus Walk yang berdepan dengan pantai. Malangnya semua masih tutup..