Friday, 31 December 2021

Bye Sabah Hello KihiL

Dekat jam 10 pagi baru kami gerak ke rumah nenek. Lepas tu terus ke KK. Ingat nak singgah makan dekat area Harbour City, skali terlepas simpang daaaa, hangit satu badan so kami divert terus ke airport. Nasib jugakla terlepas simpang.. kalau tak silap2 terlepas flight pula. Orang ramai & q pun panjang untuk drop bag. Nasib yang q si Chemba.. kami takat tunggu sambil makan eskrem dekat McD je.. haha. Ini penerbangan ke 4 adik.. so far prestasi dia baik. Tak meragam pun dalam flight.. as long ada makan, ada mainan.. settle.
Before jam 8 landed dekat KLIA. Lepas ambik bag, kami pegi cari makan dulu. Orang  food court tu kata tutup 8.30.. kami masuk jugak la sebab da lapar kan. Masa keluar pintu pun dah tutup separuh. Actually 8.30 tu last order kot.. boleh je makan lagi. Takde angin takde ribut tah camana pulak kami ter’decide malam ni tanak balik rumah lagi.. jadi singgah la kami bermalam di hotel. Hahahahahaha.. hello Movenpick. Enter 2021 out 2022!


Inilah tempat kami berehat malam ni.. ahakss. Tadi masa keluar parking rupanya ble bayar pakai kad kalau bayar dekat kaunter.. RM200+ untuk 7 hari +.. kalau dikira lebih kurang je kos naik grab premium. Dekat KLIA tu ada Long Term Parking yang murah dari yang kami park ni cumanya kena naik shuttle sebab jauh dari terminal. Jauh sangat tu tak la tapi tak dapek la nak jalan kaki. Yang tu max RM32 sehari.. cheaper kalau tak lama sangat kot. Kalau blok A, 1st 3 days RM46.. pastu RM20 je sehari. 

Thursday, 30 December 2021

Last Day

Hari ni lepak rumah lagi.. kejap je. Esok dah nak balik KL balik. Pagi tadi kanak-kanak riang dekat rumah ni kecoh sebab dapat pegang udang. Bukan main lagi eksaited. Nasib ada ankel yang suka melayan. Lunch hari ni mak aku masak soto & order sate bagai. Tapi tiber karan pula mati. So kami pun masing-masing keluar macam cacing kepanasan mencari aircond. Maka sampailah ke pekan walaupun xde turun langsung dari kereta.. hahaha. Janji merasa sejuk aircond kereta. Akhirnya si Chemba puas hati dapat merasa roti canai Madinah. Kami drop je dia g makan sorang.. hahaha. Balik rumah baru lunch puas-puas. Lepas tu malam pula aktiviti wajib bila berkumpul, bacaan yasin & tahlil.

Wednesday, 29 December 2021

Rileks

Hari ni kami rileks je dekat rumah.. malas nak keluar ke mana-mana walaupun actually sebelum ni bekobar-kobar buat plan nak melancong ke Sipitang la.. Kuala Penyu la. Hari pun hujan.. duduk rumah makan tapai lagi sedap. Lepas tu main tikam-tikam.. hahahaha. Paling kelakar my mom yang supply duit. Mula2 dah untung skali tikam lagi.. rugi terussss. Hahaha.. Adik aku siap tapau terap bawa balik kampung. Tapi yang heran aku takde la excited sangat mencari terap walaupun aku pengemar terap. Maybe sebab masa mengandung dulu sempat merasa terap dari pasar Borneo Sri Kembangan tu kot. Tapi tapai memang aku mengidam.. masa tu dalam banyak-banyak makanan tapai je yang aku tak dapat. 2 tahun oiii!!

Untuk dinner malam ni aku masak rojak. Op kos la aku masakkan & adjust rasa je. Bahan semua adik aku yang sediakan.. hahaha. Akhirnya diiktraf sedap okeh my mom.. op kos la sedap 😝 gambar xde.. lapar sangat x sempat nak tangkap

Tuesday, 28 December 2021

Pulang Akhirnya

Hari ni hari pulang kampung. Lepas check out kami lunch dekat Seoul Garden. Situ je lah aman.. lain tempat semua ramai orang. Lepas lunch, ronda kedai toys Mothercare.. ELC tuk beli toys beramai-ramai. Hahahaha.. lepas beli toys baru lah masing-masing bergerak. My mom & lain-lain semua bergerak tuk balik kampung while aku plak hantar my adik bongsu ke airport untuk flight malam ni.. jam 9 malam. Sebelum ke airport singgah dulu pasar filipin bawak my sis beli brootch. Lepas tu baru la kami ke airport. Ingat nak order sayap ayam for the last time & dinner di airport tapi hujan la plak so my order got cancelled. Sudahnya kami decide drop my sister dekat airport since time tu pun dah pukul 6 lebih & kami ke area Kepayan cari sayap ayam. Hahahaha.. alang-alang tu terjumpa pula kedai dobi jadi 2 in 1 la.. makan sayap dalam kereta sambil tunggu dobi siap. Dalam pukul 8 jugakla baru kami bergerak ke kampung. 

Monday, 27 December 2021

Makan Makan Makan



Sarapan tadi aku order rojak dan soto. Punya kecewa sebab soto dia basi. Gerammmm je. Pasti lunch nak makan dekat mall.. ya rabbi punya la ramai orang. Ingatkan dah weekdays takde la ramai sangat. Stress nak cari tempat makan.. semua beratur. Last-last pegi Seoul Garden. Aman! Orang tak ramai.  Lepas lunch ronda-ronda mall kejap then naik pegi zzzzz & layan sunset. Malam baru sesi makan-makan dengan geng yang baru sampai dari Kudat.

Sunday, 26 December 2021

Tukar Hotel


Dalam 7 lebih kami turun breakfast. Makanan dia meriah & sedap. Lepas sarapan kami melepak dekat beach & pool. Dalam jam 10 baru naik semula ke bilik & siap-siap untuk check out. Lepas check out kami mencari makan dan op kos la Little Italy menjadi pilihan. Lagipun dah dekat dangat dah dengan Hotel Grandis yang kami akan tinggal malam ni. Menu macam biasa la.. marinara pizza, pepperonni pizza, spaghetti & fettuccini bolognise. 

Inilah view dari bilik kami, deluxe seaview. Masa booking tu aku dapat RM385 untuk 2 malam. Nice view!!! Kami duduk hotel sementara menunggu my mom & sisters balik dari melancong di Kudat. Aku & my 3rd sister malas nak join so kami lepak KK saja la. Petang tu aku ngan my sis turun jalan-jalan dalam Suria Sabah Mall. The best about hotel ni sebab dia dalam mall. Keluar pintu hotel, jalan berapa langkah da sampai pintu mall yang paling dekat aksess ke tempat makan. Malangnya orang ramai gila.. so kami ronda kejap je then terus balik hotel. Before tu singgah dulu dekat Sky Blu Bar dekat rooftop. Set makanan yang kami ambik tu RM30 je.. plus 2 air. Murrrahhhh la kiranya. Kalau dekat KL tak dapek la kot harga itu. Kalau nak free lepak dekat atas tu, boleh la pegi swimming untuk hotel guest. Tapi sampai jam 7 je la boleh. Pool dia ada untuk dewasa & kids.. tapi kecik je la.