Thursday, 30 December 2021

Last Day

Hari ni lepak rumah lagi.. kejap je. Esok dah nak balik KL balik. Pagi tadi kanak-kanak riang dekat rumah ni kecoh sebab dapat pegang udang. Bukan main lagi eksaited. Nasib ada ankel yang suka melayan. Lunch hari ni mak aku masak soto & order sate bagai. Tapi tiber karan pula mati. So kami pun masing-masing keluar macam cacing kepanasan mencari aircond. Maka sampailah ke pekan walaupun xde turun langsung dari kereta.. hahaha. Janji merasa sejuk aircond kereta. Akhirnya si Chemba puas hati dapat merasa roti canai Madinah. Kami drop je dia g makan sorang.. hahaha. Balik rumah baru lunch puas-puas. Lepas tu malam pula aktiviti wajib bila berkumpul, bacaan yasin & tahlil.