Friday, 3 December 2021

Bercuti Di Pulse Grande

Sempena cuti khas sempena pasukan KL menang bola menentang JDT, kami decide untuk ke Pulse Grande Putrajaya. Kononnya hotel ni dulunya hotel Shangri-la. Amik bilik yang paling murah, deluxe with park view &RM170 tanpa breakfast. Expectation aku biasa-biasa je so memang biasa-biasa je la pun hotel ni. Design cantik tapi in term of cleanliness memang tak tip top. Toilet ada kulat-kulat.. cadar tak bersih.. bilik adik aku katanya lagi teruk. Kat cermin siap ada bekas-bekas tangan. Check in pun agak slow, ada 3 kaunter je. Ewweee!!

Dari parking ke Hotel kena naik van sebab parking nun jauh di bawah. Hotel ni kalau lalu lalang kat Putrajaya tu memang tak perasan sebab dia dekat round about besar dekat Parcel E tu. Bertahun juga aku ke area ni.. baru tahu ada hotel.. ahakss. Malam kami lepak bilik je.. sampai tengah malam berborak sambil menikmati sate Samuri, op kos la order Grab je. Nak keluar memang tidak la aku rajin. Kompom2 je kedai makan penuh.. silap2 SOP pun ke laut.