Friday, 24 December 2021

Balik Kampung

Selepas hampir 2 tahun.. akhirnya tiba la jua waktu yang di tunggu yektu balik kampung. Hohoiiiii!!!! Flight kami jam 8.20 pagi, so as early as 2.15 pagi aku dah bangun sebab nak masak bubur adik. Dalam pukul 4 kami try book grab tapi yang ada cuma just grab. Kami kena book yang premium sebab beg besar.. huhu. Nasib kami memang ada plan B.. yektu bawak kereta sendiri. Dalam jam 5 kami sampai dekat airport & parking dekat Long Term Parking di Blok A KLIA. 



Kami park dekat level basement. Nak access ke terminal kena naik ke tingkat 2 untuk ke Blok B. Masa kami sampai punya seram kat parking Blok B tu sebab ramai nau orang asing. Takde pilihan lain kalau nak masuk ke terminal, memang kena lalu depan dorang yang dah concquer the whole parking lot dekat level tu. Ble bayang berapa ramai kan. Da macam berkampung dorang dekat situ.. yang beratur di dalam pun ramai juga. Seram gila kot2 la dorang buat hal merusuh plak pagi2 buta.. naya la kitaorang. Seram gila ooi! Walaupun kol 5 pagi, ramai juga orang. It took us 1hr juga settlekan bag. Tu pun sebab q dekat priority line. Kalau idok mau lagi lama. Nasib juga dah siap2 print boarding pass dan bag tag. Masa dekat check in counter tu kena tunjuk siap2 e-declaration untuk masuk ke Sabah. Dalam jam 7.15 kitaorang sampai boarding gate.. 7.56 dah ada dalam flight.  Masuk flight terus rasa gerammm je dengan MAS. Masa booking seat tu, aku dah book dah seat yang paling depan skali dekat section yang kitaorang duduk, tapi bila masuk flight totally different plak kedudukan seat dengan yang aku pilih. Actually flight asal yang kami patut naik tu seat 3-3 dan kami da pilih row 5, 1st selepas row business class to minimize contact dengan orang tapi dah ditukar plak kepada flight yang lebih besar dengan arrangement seat 2-4-2. Aku kalau boleh memang taknak la ada orang duduk depan seat kami tapi nak buat camana. Masa nak pinda pilihan seat, apps MAS siap restrict lagi seat aku sebab aku ada bawa baby. Aku cuma boleh duduk dekat seat yang ada bassinet tapi bila masuk flight, seat row 36 tu bukan 1st row & op kos la xde bassinet. Macam tu pun boleh pulak.. gerammm je. Sampai ada gak passengers yang marah kenapa seat arrangement x sama macam dalam yang di tunjuk dalam booking pemilihan seat. 


Dalam 11.20 landing dekat KKIA.. since check in di Magellan Sutera start jam 2.. kami lunch dulu di KFC. Dalam jam 1.30 sampai hotel. Boleh daftar dulu tapi bilik belum ready. Fine la.. kami pun lepak la menunggu dekat area hotel tu. Nasib ada banyak seat disediakan untuk melepak. Ini 1st time aku duduk Magellan.. sebelum ni pernah duduk Sutera Harbour. Normal rate hotel ni sebelum PKP dalam RM800++, more expensive than Sutera Harbour tapi sekarang ada offer, less than RM300 pun boleh dapat kalau weekdays. Sekarang ada local je yang melancong.. kalau dulu memang manjang full  dengan tourists je. Takde plan pun nak duduk sini, tapi lepas peristiwa berdarah adik cancel booking aku dekat Shangri-la.. terpaksala. Daripara duduk Marriot or Le Meridian yang harga lebih kurang je dengan Magellan.. better duduk Magellan sebab ada gak pantai & kawasan hotel yang luas boleh di explore.

Dalam jam 3.30 jugak la baru dapat bilik. Ok la daripada kol 5 or 6 kan. Bilik kami dekat tingkat 4, besar tak la besar biliknya. Aku ambik bilik yang menghadap seaview tapi sedikit kecewa sebab takde la full view sangat pun. Jangan harapkan privacy la sebab design hotel ni memang untuk ko beramas mesra kot dengan jiran2. Since keletihan.. lepas mandi aku pun lelap dengan jayanya.. terbangun pun sebab si Chemba yang dekat toilet bising xde air around jam 6. Rupanya pam hotel rosak.. gerammm je. Since kami paling atas, paling lambat la air recover. Dalam 9 lebih macam tu baru ada air semula. Hancus plan nak g jalan-jalan ronda hotel & g makan sayap. 

Hotel ni kalau kata 5 stars aku memang tak agree la. Down point is the toilet. Apart from peristiwa air tiada, tiles toilet dah berkulat. Floor trap & sink clogged. Verandah luar.. taik cicak pun ada. Aiyooo.. nasib pakej kami ni skali dengan breakfast tuk 2 dewasa dan 2 budak + pakej g snorkeling dll so ok la. Takde la nak demand sangat. Tapi no next time la untuk Magellan ni..