Wednesday, 7 June 2023

Kerja Cuti-Cuti

Hari ni aku ada site visit dekat Somban while si Chemba pula karang nak gerak outstation ke Kedah makanya pagi ni dia hangkut la geng teman aku pegi Somban. Lepas site visit kami singgah lawat omak jap then pegi makan-makan. Ini kali kami ke Hayyan Huda. Kami ambik set untuk 4 orang dengan rega RM60 per set. Ada daging masak lomak, telur dadar, kangkung belacan, ayam kampung goreng dan sejug air sirap. Kami tambah udang petai dalam RM15 sepinggan. Konyangggg!! Sedap sangat tu boleh la, masak ala kampung tapi omak kata dokek Reston Selara Kampung laie sodap. Next time kito poie oula omak.

Tuesday, 6 June 2023

Shangri-la Golden Sand Day 5



Setelah puas mandi mandi, hari ni hari check out. Pagi ni kami tak ambik breakfast sebab malas nak bangun pagi so kami order grab je. Pagi ni juga geng dah tak sanggup nak menghadap pool maka dalam jam 11 lebih kami chek out. Sepanjang beberapa hari kami di sini, hari ni op kos la paling aman sebab bukan hari cuti. Semalam si Chemba dengar receptionist tu berborak kata ada 200 orang check out πŸ˜‚ No wonder la tenang gila je pool petang semalam. Kat pool tadi boleh bilang dengan jari je orang yang ada. 

Kalau nak duduk area Batu Frengghi, hotel ni one of the best sebab dekat dengan tempat makan. Kat seberang jalan ada Petronas, Subway, McD dan ada blok kedai. Kat kiri kanan ni ada gerai-gerai makan gak. Jeruk Pak Ali pun ada tapi kami kali ni bercuti memang tak pegi mana langsung melainkan duduk dalam hotel ni 🀣  Dalam 6.30 petang gak la baru kami sampai area rumah. So esok, kembali la sedar diri kena kerja sebab kalau tak kerja tak boleh cuti-cuti πŸ˜‚πŸ˜‚

Monday, 5 June 2023

Shangri-la Golden Sand Part 4


Lepas sarapan kami turun melepak di pantai. Kat pantai ni selain ada watersport activities, boleh juga kalau nak berurut kaki dan badan. Aku ambik pakej urut badan 30 minit, kaki 30 minit dan kepala 30 minit. Total RM140.. urut kaki RM40. Ada opsyen nak urut dalam bilik hotel full package RM150 kata adik urut tu. Yang urut perempuan. Ada katil urut dan kerusi. Kalau tak selesa boleh pilih urut dekat bilik tapi lagi syok urut dekat pantai. Layanzz kena urut sampai tertido lah 🀣

Tukang urut aku tu tak best sangat.. dia urut merata-rata turun naik seluruh badan macam semata nak habiskan masa je πŸ˜‚ Tapi lepas urut rasa lega la juga. Adik urut tu kata kat luar ni semua bawah Kerajaan yektu pantai dan aktiviti sukan air. Dorang sewa dengan kerajaan dan takde apa-apa kaitan dengan hotel pun. Dorang hanya dibenarkan beroperasi sampai 6.30 petang dan ruang urut tu tak boleh di tutup so memang terbuka je la masa ko berurut. Tapi tak payah pun buka baju & dorang tutup dengan tuala masa berurut. Sejam setengah aku lupa diri.. tengok-tengok geng dah beralih mandi ke pool pula. Boleh kata budak-budak ni mandi sampai bosanla sebab asyik-asyik mandi pool 🀣 Petang pun lepak pantai dan mandi pool lagi.. hahaha

Sunday, 4 June 2023

Shangri-la Golden Sand Part 2

Pagi ni kami turun breakfast. Baru nak tangkap gambar makanan, bateri phone plak abis 🀣 Makanan dia agak meriah juga. Rasa pun boleh tahan gak. Paling best dia ada freshly made coffe ala kopitiam. Kawwww ooo!  Lepas breakfast aku naik rilex dekat bilik je while si Chemba bawak budak-budak mandi pool. Bersungguh-sungguh dorang mandi pool.. aku mengintai je dari bilik. Cuaca pun elok je, tak panas sangat & sesuai tuk berendam. Lunch aku order grab je. Malas nak keluar so pekena nasi kandaq line clear satu kali. Ambik set ayam.. rasa? Biasa je.. mcm sedap lagi Saddam cuma ayam goreng dia layanz gak.

Petang si Chemba dengan bebudak lepak mandi manda while emaknya hanya bersantai-santai. Lepas mandi, kami lepak dekat bar. Melantak pizza sampai habis sunset. Layanzzzzzzz!!! Lepas makan, bawa pusing area hotel. Skali jumpa game room.. apa lagi melayang la duit mamme bagi dorang happy hour πŸ˜‚

Saturday, 3 June 2023

Shangri-la Golden Sand Part 1


Dalam jam 5 aku bangun, masak mee goreng dulu sebelum kejut gang. Dalam kol 6.30 kami gerak.. perjalanan agak lancar sehingga la sampai tapah. Kalau perjalanan ke utara, hentian tapah tu dah macam ‘musuh’ kami sebab asyik jem. Ibaratnya kami lalu, time tu juga la seluruh malaysia sibuk nak pegi beli buah dekat tapah sampai jem berkilometer πŸ˜‚πŸ˜‚ tapi alhamdulillah, kali ni jem takde la teruk sangat. As expected, next jem dekat ipoh then kat menora. Lepas dari tu jalan agak clear. Dalam jam 11.30 dah masuk jambatan.. elok ble sampai jam 12.30, bole2 si chemba salah lorong then keluar balik jambatan. Stress mak! Dia salahkan waze padahal dia yang sibuk melantak kerepek bagai sampai tak concentrate. Sejak bila la pula waze tu boleh dipercayai 100% tanpa tengok papan tanda. Hangin mak! Last2 jam 1 baru sampai Shangrila Golden Sand.

As expected from Shangrila, hospitality at its best. Check in smooth, ada sket la hiccup sebab si Chemba yang check in 🀣 Kami dapat parking betul2 depan hotel, alhamdulillah. Kalau tak kena park jauh sket & naik buggy. Masa kami check in bilik belum ready tapi we are allowed to check in early. Sambil2 tunggu, si kakak dan adik main dekat lounge. Siap ada slide & indoor game bagai dalam tu. Tak lama pun tunggu, bilik ready. Alhamdullah makbul hasrat aku. Hari tu aku tengok mcm best je ada youtuber tu duk sini dan dapat bilik paling centre. Dan kami pun dapat bilik centre.. view pool. Kalau nak bilik seaview, kena ambik yang tingkat atas sket. Deluxe room ni pun mengadap laut gak actually cuma block view sebab ada pokok-pokok so dorang letak as pool view 🀣 Hotel ni ada 7 tingkat je dan bilik start dari tingkat 1. Every floor tu ada dalam lebih kurang 30 bilik rasanya. Yang menghadap laut & pool ada beranda tapi yang mengadap jalan ada tingkap je. Lebih kurang gak design hotel Hard Rock. Aku dapat rate RM500++ semalam dengan breakfast untuk deluxe room. Deluxe room ni bilik 2nd paling murah dan biliknya menghadap pool & sket view laut. Kalau bilik pool view ada mahal sket lagi. Maybe ada bath tab sebab bilik deluxe ni xde. Ada standing shower je, rain shower pun xde.

Yang paling happy kali ni si adik sebab dia dapat toy free. Hotel offer kalau join member Shangrila dapat free mascot turtle. Walaupun turtle tu pakai reben, halal je la dik. Yang penting free! Masuk bilik ada welcome gift, dapat biskut tambun & dried fruits. Terbaikkk!! Bilik standard la.. overall ok cuma toilet maybe kena upgrade dah cleanliness dia. Lebih kurang juga macam Shangrila Tanjung Aru dari segi set up dan design hotel. Dalam jam 6 kami turun ke pool. Ada 2 pool, ada splash park & jaccuzi. Untuk budak besar, best la tapi untuk dak2 kecik seumur adik tak ok sebab pool agak dalam gak. Pool yang sesuai untuk adik kecik je. Maka beramai-ramai la mak bapak berhimpun dekat pool tu. 


Si chemba melayan adik mandi pool, aku pegi melepak kat pantai. Pantainya curam sebab aras hotel tinggi sket dari aras laut. Sebla hotel ni ada kedai-kedai. Pantai belah kiri tak lawa, yang belah kanan ok sket. Tetengah mandi, tetiba orang kecoh tengok ke arah bilik hotel. Ingatkan apa la.. rupanya hotel diserang monyet 🀣🀣 ada la 7 8 ekor ui