Monday, 5 June 2023

Shangri-la Golden Sand Part 4


Lepas sarapan kami turun melepak di pantai. Kat pantai ni selain ada watersport activities, boleh juga kalau nak berurut kaki dan badan. Aku ambik pakej urut badan 30 minit, kaki 30 minit dan kepala 30 minit. Total RM140.. urut kaki RM40. Ada opsyen nak urut dalam bilik hotel full package RM150 kata adik urut tu. Yang urut perempuan. Ada katil urut dan kerusi. Kalau tak selesa boleh pilih urut dekat bilik tapi lagi syok urut dekat pantai. Layanzz kena urut sampai tertido lah 🤣

Tukang urut aku tu tak best sangat.. dia urut merata-rata turun naik seluruh badan macam semata nak habiskan masa je 😂 Tapi lepas urut rasa lega la juga. Adik urut tu kata kat luar ni semua bawah Kerajaan yektu pantai dan aktiviti sukan air. Dorang sewa dengan kerajaan dan takde apa-apa kaitan dengan hotel pun. Dorang hanya dibenarkan beroperasi sampai 6.30 petang dan ruang urut tu tak boleh di tutup so memang terbuka je la masa ko berurut. Tapi tak payah pun buka baju & dorang tutup dengan tuala masa berurut. Sejam setengah aku lupa diri.. tengok-tengok geng dah beralih mandi ke pool pula. Boleh kata budak-budak ni mandi sampai bosanla sebab asyik-asyik mandi pool 🤣 Petang pun lepak pantai dan mandi pool lagi.. hahaha