Saturday 4 February 2017

Melaka Here We Come

Program
1. Singgah Freeport A'Famosa Outlet
2. Check In Hotel
3. Melaka River Cruise
4. Klebang Beach & Pasar malam
5. Warong Kopi 5

Melaka Free Port
Hello Chicken!
Famous Windmill
Relaxing!
West 57th Nasi Lemak Chicken
Hainanese Chicken Chop
First destination Freeport A'Famosa Outlet. Kiranya ini 1st time la jejak kaki kemari. Design outlet dia memang lawa dengan kincir angin yang ble kita panjat, kolam ngan air pancut dan tempat makan yang agak cozy. Cumanya yang tak best barang yang dijual kat sini sebab sama je macam kat kedai2 kat shopping complex nun. Unlike JPO yang ble la kalau nak merasa Coach 70% off.

Pusing2 beberapa kali still takde apa yang berkenan di hati. Last2 singgah makan. Food court look cozy tapi cam tak sedap so we decided to makan dekat Zang Toi Cafe. I tell u... sedap! Mahal sedikit tapi set dia agak puas hati sebab ada air & dessert sekali. Dessert agak mewah gak... dia bagi eskrem dengan kek. Cuma air dia jek sket sangat.. ahahaksss.

Dari MAF, gerak ke Melaka. Stress toll bila si waze kat mana2 pun jem! Lagi sakit hati bila kitarang ikut jalan yang waze bagi masuk sampai ke sawah padi oke! Dengan jalan sempit yang ble 1 kereta je lalu at one time, nasib baik selamat. Sampai hotel terus g check-in.. Kitaorang menginap dekat The Shore Service Apartment. Apatment 3 bilik dengan rega RM430 semalam. Oke le considering dapat 3 bilik & hotel dalam shopping complex.

Meet Optimus Prime
Swiss Garden & The Shore Service Apartment
Lepas check in, siap2 turun ke bawah nak naik reiver cruise. The best is jeti kat bawah hotel je, betul2 berdepan dengan pintu blok kitaorang. Ahaksss...

Muka pra-eksited
@Sungai Melaka
Beautiful Melaka
Memang berbaloi2 la naik river cruise. Memula bot akan mudik ke depan, area Kampun Morten. One of perkampungan lama dekat Melaka. Pastu patah balik sampai le ke area bangunan Stadhuys before patah balik ke hotel.

Habis river cruise, nak jugak jenjalan ke Klebang. Selalu dengar tapi tak pernah le sampai ke Pantai Klebang. Pantainya tak ble mandi pun, tapi adik aku kata best main layang2. Since dah gelap, tak sempat la nak g main layang2. Masa kitaorang sampai memang meriah gila. Memula ingat ada pesta ke, rupanya da pasar malam. Happening jugak la.
Klebang Beach
Pasar Malam
Gerai2 kecik pun ada
Dari Klebang, singgahShell Out sedas dekatWarong Kaki Lima, somewhere dekat Taman Kota Laksamana Jaya kata Google Map. Dekat ngan Marvellux hotel. Best tak? Best wa sakap lu!
Thorbaikkk!!
Nice environment
Tadaaa!

Friday 3 February 2017

Bata Sale

Bila ntah tu nampak iklan kat Facebook, ada Bata fair dekat Mid Valley sampai 1hb Feb. Since my mom nak beli kasut, bawaklah dia kemari. Dapat lah 2 kasut gak. Ahkak plak cuma belikan kasut dan slipper si Hannah. Kasut Polo pink nun, rasanya harga asal dia dalam RM109 kot tapi dapat dalam RM40. Oke laaa kan!

Pastu dapat plak khabar sale ni extend sampai 5hb. Makanya ahkak pun hangkut plak si Chemba p Mid Valley Khamis lepas sebab dia pun sibuk gak nak cari kasut.

Sambil tu, sempat la g makan dekat kedai ikan bakar kat Mid Valley yang satu masa dulu antara tempat yang digemari. Nak kata sedap sangat tak la, at least ada variety.




Thursday 2 February 2017

Kerabu Magi


Nampak sedapkan? Ini namanya kerabu magi, resepi siam kot. Ada jual kat mana? yang ni dekat pasar klat opis ahkak ever selasa dengan khamis ada jual. Sedap? not bad la cuma ahkak yang niaga tu dia cam slow sket. Dah tau ramai orang, pantas dan cergas la sikit. Ini tidak.. dah la slow pastu assistant dia plak time tu la baru sebok nak tukar duit change. Apsal la tak bersedia dorang ni. Dah tau kan niaga runcit, bawak le cash sehengget tu beribu2 ke supaya tak sakit pale nak carik duit kecik.

Wednesday 1 February 2017

Jalan TAR Kosong?



Inilah pemandangan dekat Jala TAR hari ni, dalam jam 1.23 petang. Kalau weekend biasa jangan harap le nak nampak lengang macam ni tapi maybe sebab cuti panjang ramai orang balik kampung. Huntunglah my mom ble shopping puas2 dengan senang hati. Tak yah bersesak2.

Tuesday 31 January 2017

From Holiday To Holiday

Hari ni ahkak ada geng g opis..memandangkan I will be the only one yang berkerja sempena orang lain bercuti panjang tahun  baru cina.. dari boring sorang baik ahkak boring berdua.. ahakssss


Tapi bukan takat si tecit je teman ahkak hari ni, Batman pun ikut sekali yer.


Paling best sekali bila ahkak terbeli tiket nak g bercuti kat Melaka weekend ni. Tetibe je... tetibe je... hahahahaha





Monday 30 January 2017

Nadias Hotel

Hari ni cuti umum sempene CNY, ahkak memilih untuk duduk dekat umah je. Sambil2 tu nak review sket pasal Nadias Hotel. Inilah rupanya hotel tu dari luar.

D


Rekemen ke kalau nak duk sini? Rekemen sangat, 100%! Sebab?

1. Hotel baru. Luar dalam bersih.
2. Parking senang
3. Kiri kanan depan kedai. Sebla tu Chenang mall.
4. Depan pantai Chenang. Currently tengah construction dataran chenang depan tu.
5. Rega boleh tahan, RM240 per night gomen rate + breakfast. Book Agoda lebih murah.
6. Breakfast simple tapi sedap!
7. Ada indoor pool.
8. Pekerja helpfull.


Sunday 29 January 2017

Langkawi Day 5

Aktiviti Hari Ini

1. Cek out hotel
2. Final Shopping
3. Pusing Pulau area
    a) Datai Bay
    b) Pantai Pasir Tengkorak
    c) Pantai Pasir Hitam

Kol 12 cek out.. sementara nak cek out my sis sempat la lagi g shopping. Ahkak semalam lagi da settle.. ini hari rilek jek nak balik. Sementara si emak shopping, ahkak jadi pengasuh budak. Tengok je la budak betuah 2 orang ni... hahaha



Pastu pekena lunch sedas, kitaorang memulakan perjalanan memusing pulau. 1st destinasi ke Datai Bay. Beria dalam peta pelancongan tu tunjuk cam tempat melancong, sekali pegi harem! Private area je lebih! Puiiii!!

Dari situ singgah kat Pantai Pasir Tengkorak. Nice beach.. mostly local la yang ke sini sebab malas nak berhimpit2 kat Chenang kot.




Pastu singgah pulak dekat Pantai Pasir Hitam. Hitam ke? ada gak la pasir dia yang itam.


Makanya tamatla pelancongan kami sekeluarga ke Pulau Langkawi.

Overall sangat puas hati except for part kereta! Wa strory esok2.

Best!!!

Saturday 28 January 2017

Langkawi Day 4

Aktiviti Hari Ini

1. Langkawi Cable Car (RM40 dewasa/ RM30 budak)
2. 3D Museum (Included dalam tiket)
3. Dinner di HIG Food Court

Kol 9 gerak ke Langkawi Cable Car yang terletak dekat belah atas pulau. Kalau langkawi ingat kuah kat belah bawah kanan, chenang bawah kiri, LCC belah2 atas kiri. Okeh.. so sampai2 mula2 kena p beli tiket la kan op kos.Rega dewasa RM40, budak RM30. Kol 10 lebih gak la baru sampai sini, penuh umat ya ampun! Kalau ahkak yang pegi ni, kompom2 la tak naik tapi since adik ahkak uruskan.. fine with me. My sis terus beli tiket.. q kat laur tu punya panjang tak taw apa sebab masa nak beli tiket pun tak yah q panjang while nak masuk dalam plak tiket kita ada spesifik time. Masa kitaorang 10.45.. kat luar q pendek.. kat dalam baru la kaw tau maria!Ada la jugak kot dekat sejam berdiri! Nasib baik la line dia q friendly sebab disediakan dengan besi2 yang boleh la takat nak melabuhkan punggung kome sementara menunggu.

Orang-orangan yang semangat
Q masuk
My sis & Adam
Masa nak naik cable car.. kome kena cepat2 gak la sebab cable car dia tak stop.  Lihat saja la wajah gumbira kamiurang naik cable car.


Cable car ni ada 2 3 station, start, middle & top. Kitaorang sempat la singgah dekat middle station before naik atas. Kat atas ni ada deck untuk rehat2 & tangkap gambar.

Last skali sampai la jugak dekat atas. Main attraction di atas is Sky Bridge which ahkak tak pegi kali ni sebab betis sakit akibat haktiviti berenang tak hengat dunia semalam. Tak paham sungguh.. kala tulang oke, lutut oke, betis plak sakit! Sakit gila wa sakap lu sampai nak solat pun tak ble lipat.. adododiii!! Kalau malas nak jalan actually boleh naik sky glide tapi bila mengenangkan kena bayar RM10 hegget + RM5 hengget entry fee, maleh la!

So, while si Chemba dan adik ipar ahkak mengabadikan kenangan di Sky Bridge, kami yang gegel + Adam menikmati makanan2 yang ada dekat cafe dekat atas ni. Bole tahan jugak la makanan dia, yang tak ble tahan sebab ramai orang. Gatei p time cuti2, padan la muka kan! Pastu kitaorang turun semula ke bawah & explore apa yang ada dekat situn plak.

Actually kat Langkawi Cable Car ni sangat meriah. Dinosor pun ada oke! Ada Sky Dome, Sky Rex, 6D simulation, 3D Muzium, lake activity, adventure park, sky time travel, shopping dsb. Kitaorang cuma g 3D muzium jek.. tak larat nak explore dalam ramai2... penin! 3D muzium dia happening jugak. While menunggu my sis g merendek dekat kawasan sekitar, weols yang tak larat singgah berehat jek makan2. Siap ada sate lagi... hahahaha