Saturday 28 January 2017

Langkawi Day 4

Aktiviti Hari Ini

1. Langkawi Cable Car (RM40 dewasa/ RM30 budak)
2. 3D Museum (Included dalam tiket)
3. Dinner di HIG Food Court

Kol 9 gerak ke Langkawi Cable Car yang terletak dekat belah atas pulau. Kalau langkawi ingat kuah kat belah bawah kanan, chenang bawah kiri, LCC belah2 atas kiri. Okeh.. so sampai2 mula2 kena p beli tiket la kan op kos.Rega dewasa RM40, budak RM30. Kol 10 lebih gak la baru sampai sini, penuh umat ya ampun! Kalau ahkak yang pegi ni, kompom2 la tak naik tapi since adik ahkak uruskan.. fine with me. My sis terus beli tiket.. q kat laur tu punya panjang tak taw apa sebab masa nak beli tiket pun tak yah q panjang while nak masuk dalam plak tiket kita ada spesifik time. Masa kitaorang 10.45.. kat luar q pendek.. kat dalam baru la kaw tau maria!Ada la jugak kot dekat sejam berdiri! Nasib baik la line dia q friendly sebab disediakan dengan besi2 yang boleh la takat nak melabuhkan punggung kome sementara menunggu.

Orang-orangan yang semangat
Q masuk
My sis & Adam
Masa nak naik cable car.. kome kena cepat2 gak la sebab cable car dia tak stop.  Lihat saja la wajah gumbira kamiurang naik cable car.


Cable car ni ada 2 3 station, start, middle & top. Kitaorang sempat la singgah dekat middle station before naik atas. Kat atas ni ada deck untuk rehat2 & tangkap gambar.

Last skali sampai la jugak dekat atas. Main attraction di atas is Sky Bridge which ahkak tak pegi kali ni sebab betis sakit akibat haktiviti berenang tak hengat dunia semalam. Tak paham sungguh.. kala tulang oke, lutut oke, betis plak sakit! Sakit gila wa sakap lu sampai nak solat pun tak ble lipat.. adododiii!! Kalau malas nak jalan actually boleh naik sky glide tapi bila mengenangkan kena bayar RM10 hegget + RM5 hengget entry fee, maleh la!

So, while si Chemba dan adik ipar ahkak mengabadikan kenangan di Sky Bridge, kami yang gegel + Adam menikmati makanan2 yang ada dekat cafe dekat atas ni. Bole tahan jugak la makanan dia, yang tak ble tahan sebab ramai orang. Gatei p time cuti2, padan la muka kan! Pastu kitaorang turun semula ke bawah & explore apa yang ada dekat situn plak.

Actually kat Langkawi Cable Car ni sangat meriah. Dinosor pun ada oke! Ada Sky Dome, Sky Rex, 6D simulation, 3D Muzium, lake activity, adventure park, sky time travel, shopping dsb. Kitaorang cuma g 3D muzium jek.. tak larat nak explore dalam ramai2... penin! 3D muzium dia happening jugak. While menunggu my sis g merendek dekat kawasan sekitar, weols yang tak larat singgah berehat jek makan2. Siap ada sate lagi... hahahaha