Aktiviti hari ni
1. Island hopping (RM250/ bot)
* Mandi manda di Pulau Beras Basah
* Tengok helang di Pulau Singa Besar
* Berenang & boating di Pulau Dayang Bunting
2. Swimming dekat pool
3. Explore area Nadias Hotel
4. Sesi urut kaki di spa (RM58/ pax/ hr)
Inilah wajah gumbira dan kepansan kami naik bot. Pakej hotel ni adik aku amik dari AB Motel. Masa tanya kat pantai smalam katanya RM350/ boat, tanya kat kedai dapat la dalam RM300 tapi kat motel ni dalam RM250. Chartered ye, bukan per pax. Kalau per pax ble dapat murah tapi kena follow time boat & share dengan ntah sapa2 ntah. Kalau chartered best la sebab sendiri2. Kitaorang naik dari islad hopping jeti kat Jalan Teluk Baru, before gate Resort World Langkawi. Dalam kol 9.00 van datang amek dekat Nadias Hotel. Dari jeti terus menuju ke Pulau Beras Basah. Tak hengat berapa lama perjalanan sebab excited sangat.
Sampai2 je.. lihat lah betapa santeknya. Jangan tertipu.. nampak je cetek tapi ada bahagian yang dalam giler. Kat sini kitaorang janji nak stay 45 minutes je.
Dari Beras Basah, kitaorang ke Pulau Singa. Kat sini tak turun.. takat nak g tengok helang je. Memang la memang banyak helang kat situn, gemuk2 belaka oke!
Dari pulau singa, kitaorang ke Pulau Dayang Bunting untuk ke Tasik Dayang Bunting for 2 hr. Kononnya kalau nak bunting, sila la g tasik ni, inshaAllah bunting.. ahaksss!!
Kat sini tak sempat nak snap gambar banyak sebab untuk sampai ke tasik ni kena mendaki dan turun tangga dalam 300m. Idok la jauh mana tapi letih la juga memanjat dan turun tangga. Sampai-sampai plak, kawasan tasik agak crowded. Jangan mimpi la ada tempat nak duduk santai. Yang ada cuma jeti kecil untuk melabuh punggung which is op kos tak kan duduk punyalah kalau aku sebab panas gila babas! Panas gila gila babas wa sakap lu sampai wa tak boleh fikir!
Last2 tu sewa bot, naik bertiga dengan hannah dengan kos RM30 sekali dengan life vest. Peraturan dekat sini, what ever it is kome kena pakai life vest. Wajib! Kalau nak berenang or naik bot. Gila apa kedalaman tasik sehingga 10 meter kot! Antara aktiviti yang boleh dibuat dekat tasik ni yekla mandi, naik bot kayuh, berkayak or trekking ikut laluan yang dah disediakan. Tapi panas ya rabbi sampai tak boleh fikir. Duduk dalam bot kayuh tu cam seram pun ada sebab tasik agak luas la juga. Saspen bila angin bertiup sebab tolakan angin lebih kuat dari daya kayuhan.. so ikutla mana angin tolak. Bak nya kalau ribut, tak ke seram sampai ke hujung tasik.
Lepas naik bot sambil makan2 sementara menunggu Hannah bangun, barulah kitaorang g swim. Tu pun aku masuk tak sampai seminit pun. Masa terjun tu, aku panik cam nak lemas dah. Pas tarik nafas dalam2 dan bertenang, aku balik g tepi tasik dan naik semula ke darat. Rasa cam nak mati lemas pun ada juga tadi.
Kiranya inilah carta pergerakan kitaorang hari ni...
Lepas dari tasik, kitaorang balik hotel sambung aktiviti berenang dekat pool pulak. Sebab pool hotel indoor, gigil sejuk oke! Lepas letih bergelak tawa dan berlumba swimming, tetiba la pulak kaki aku kejang. Adoiiiii laaaa.....
Naik hotel, dalam sejam turun semula. Kali ni g cari makan dan sesi berurut dekat spa Baron. Mula2 urut 30 minit... cam best la plak so sambung la jadi sejam. Sorang total RM58.. lepas urut tu terussss bertenaga semula. Rasa cam boleh lagi berenang beberapa round... ahahahahaha. Kat Chenang ni memang banyak spa dan kebanyakannya spa Baron. Kalau kat Chenang beach ni merata la nampak nama si Baron ni terpampang kat hotel, tourist agency or spa. Kata adik yang jaga spa tu en Baron tu melayu. Cam teringin plak nak tengok caner muka dia... hahahahah