Wednesday, 4 January 2017

Sunway Velocity Mall

Kemanakah? Ini la jalan menuju sorga sopping.. hahahaha. Kat depan tu yeklah Sunway Velocity Mall.. baru sebulan bukak. Apa yang ada? Kalau nak makan2 boleh la kemari. Macam2 ada! Dari Jepun ke Hong Kong ke Korea semua ada. Bila si Waze kata perjalanan ke mari less than 15min dan xde jem, ahkak laki bini pun apa lagi.. sini la terusss.

Kat sini ada pelbagai mode restoran. Kalau takat lidah melayu fusion, boleh la Sushi King, Dubuyo, Kenny Rogers, kepci, Manhattan Fish Market, pijahat, Texas Chicken.. ada 50++ buah outlet F&B disini. Apa lagi yang ada? Macam-macam ada! Anchor kat sini is Parkson. Dari mall ni, kalau kome rajin sikit ble je jalan kaki sampai Ikea Cheras or Jsuco Maluri.