Monday 20 August 2018

Baby Besar


Si Chemba ada baby.. baby besar pulak tu.. adodoiii. Hahahaha. Anak fruit aku ni xde keje la ni.. g bermanja dengan si Chemba time2 dah besar panjang

Sunday 19 August 2018

Team Lunch


Hari ni kami lunch di Pizza Hut sempena meraikan kejayaan majlis perkahwinan adik aku semalam. Thank god semuanya dipermudahkan Allah s.w.t

Saturday 18 August 2018

Majlis Khawin

This is the only gambar yang aku ada dengan pengantin. Kena godek kamera lain ada agaknya.. ahahaha. Yang dua depan ni my sister.. xda muka adik beradik kan?! Campin mak bapak aku bikin anak, semua lain-lain.. hahahahaha

Tugas aku hari ni jadi mandur je.. tak payah dah jadi tukang masak mahupun mak andam. 

Friday 17 August 2018

Adik Ku Kawen Lagi

Kontroversi pula tajuk post tu.. hahaha. Apa-apa pun bukanlah beliau khawin lagi sekali. Maksud aku ada lagi adik akuyang khawin. Kali ni adik yang nombor 3, merangkap anak mak aku yang keempat dari 5 anak perempuan kesemuanya yang mendirikan rumah tangga. So far rekod mak aku bermenantukan orang teknikal masih belum pecah sebab menantu sebelum ni 2 mekanikal dan 1 civil.. menantu baru ni elektrik rasanya. Anak mak aku pula 2 mekanikal, 2 letrik dan sorang tu bijak sikit sebab tau market kerja lagi luas, dia amik sivil.. hahahaha

Hari ni aku jadi tukang masak merangkap mak andam. Nasib la muka ko pengantin. Siapa suruh x hire juru makeup bertauliah. Aku ni pakai makeup pun light2 je.. mana nak berani makeup orang tebal 🤪
Malam pula aku bertukar jadi tukang hias pelamin dah penyanyi. Walaupun aku tak faham kenapa dekat tempat aku ni asal kawen je ada karaoke, aku pun tumpang jugak sekaki menyanyi.. ahahahaha

Thursday 16 August 2018

Balik Kampung



Hari ni weols nak kembali ke sarang.. eh! Ke kampung. Sempena adik we ols nak bernikah esok. Siapa yang happy? Op kos la budak 2 orang tu juga yang happy dapat balik kampung sama-sama.

Wednesday 15 August 2018

Tuesday 14 August 2018

Cemerlangkah?


Nampak muka ni? Inilah muka orang cemerlang.. puiiii!!! Hahahahaha.. hari ni aku menghadiri majlis anugerah cemerlang tahun 2017. Ini kali kedua sepanjang berkhidmat dengan Jabatan aku terima anugerah ni. Macamana nak dapat anugerah? Actually aku ni jenis yang tak bother pun anugerah ke apa ke yang penting aku buat kerja selayaknya gaji aku dibayar agar rezeki aku berkat dan halal. 

Actually masuk tahun ni, dah 3 tahun nama aku masuk dalam pencalonan tapi kena reject. Hahahahah.. sebab kalau da pernah dapat sebelum ni, 3 tahun lepas tu baru boleh dicalonkan semula. Paling kelakar bos aku berkobar-kobar bagitau aku dapat cemerlang tahun ni. Maybe dia rasa bersalah kot sebab tahun lepas dia bagitau aku dia calonkan aku tapi alih-alih kena reject pengarah. 

Wednesday 8 August 2018

Saturday 28 July 2018

Book Reading @The Garden


Kalau ke Mid Valley, si kecik mesti akan ajak pegi satu tempat ni. She said she want to drink kopi & read book. Makanya kami akan ke Starbuck yang terletak dalam Borders bookstore dekat The Garden mall. Buku tak beli pun sebab buku kat Borders ni semua buku mahal 😛 Selalu kalau nak beli buku kami akan beli di MPH atau Popular.

Saturday 7 July 2018

Test Power Huawei P20

Hari ni kita test power camera Huawei P20. Memang terbaikkk la gambar dia. Udah macam kamera professional lagaknya, at least di mata aku la. 


Wednesday 9 May 2018

Seoul Part 4/ 2018 : Day 5

Pagi ni dalam jam 11 pagi kami di Namdaemun market, jalan kaki je. Since kali ni memang tak berniat nak beli apa-apa souvenier, so pegi cuci mata je lah. Puas ronda-ronda dekat sini, dekat jam 1.00 pm kitaorang balik ke Myeongdong. Sambung ronda-ronda dekat sana pula. Penat berjalan, singgah cafe bingsu... ahaksss!  Kalau dekat Sulbing sepinggan tu dalam 9000 KRW, kat sini 5000 KRW sepinggan. Ingatkan pinggan saiz sama dengan Sulbing, rupanya pinggan kici. Hampeh! Apa-apa pun si Hannah juga yang happy sebab dapat Pororo sekor. Mahal oke! Ingatkan beli di Korea dapatlah murah... huhu lagi sekali.
  
  
  
  
  
  
Walaupun hari ni hari bekerja, Myeongdong tetap meriah macam biasa. Since hari ni hari terakhir, kami pun tak nak la melepaskan peluang berkunjung ke Daiso Korea yang best. Lepas puas meronda, dekat jam 4.00 pm kitaorang balik hotel rehat. Before pukul lima kitaorang cek out. Saja la nak pegi airport awal walaupun flight jam 11.25 pm sebab mana la tau apa-apa kat airport. Menyesal la jugak tak bekal makanan dari hotel, Incheon Airport ni memang langsung tak muslim friendly. Apa pun tak bleh makan. Huhu... Dah le tu, flight plak resechedule je jam 12.25am. Nasi baik dorang pasang drama Switch Jang Geun Suk kat airport, at least terhibur la juga sementera menunggu.