Friday 7 April 2017

Osaka Part 1 Day 1

Itinerary Hari Ini
Kansai Airport to Tengachaya St 12.30
Tengachaya St to Nippombashi St
Hotel 2.12 pm
Dotombori
Check In Business Inn Sennichimae
Nippombashi St to Tsuruhashi St
Tsuruhashi to Sakuranomiya St
Kemasakuranomiya Park
Osakajokitazume St to Osakatemmangu St
Interchange to Morimachi St
Morimachi St to Ebisucho St
Tsutenkaku 700y
Shinsekai
Donki
Dobutsuenmae St to Nippombashi St

Hello Kansai!!
Hellooooo!!! Destinasi pertama op kos la airport. Dalam 8.45 pagi flight landed di KIA. Kol 9 lebih jugak la baru settle dari Imgeresen & kastam. Bagus Osaka airport ni, walaupun orang ramai tapi masa menunggu tak lama mana. Rasa cam kagum gakla sebab officer2 kat airport tu mahu pula berbahasa inggeris. Kagum la sebab kat Jepun kot! Masa kat Haneda takdak macam tu.

Destinasi utama selepas keluar dari arrival is op kos la toilet. Nak basuh apa yang patut, salin baju. Dah lawa2 baru ble berlaga bahu dengan orang Osaka. Kalau busuk, buat malu nama Malaysia je kan! Ketibaan kami kali ni memang red carpet la oleh si Pikachu & the gang. Mak pikachu yang besar dabak pun ada gak join. Kalau kat jepun dah jumpa si Goku, Otoromen dll, ini kali jumpa Pikachu la pulak.
Hannah yang happy
Giant pikachu pon nak sambut Hannah juga
Osaka girl!
Next destinasi, area Hotel. Since aku comel dan bijak, aku pilih untuk duduk di area Dotombori yang happening dengan street food. Memang happening kedai2 dia.. bukan takat naga kat atas tu, lembu pun dorang gantung gak oke! Kami duduk dekat Sennichimae Business Hotel. Kali ni dapat hotel yang happening dan murah. Dalam RM700++ je tuk 3 malam, kiranya dalam RM200+ la semalam.
Nasib baik aku pandai, kalau tak menangis oi nak bayar kos penginapan dekat Jepun yang memang ketahuan mahal. Lagi la pulak masa kitaorang datang ni musim sakura.


Area Dotombori ni bukan saja sorga street food, malah sorga membeli belah Shinshaibashisuji. Pastu kalau sampai sini kena hello si Glico man.. ala! pakcik yang jadi maskot biskut Pocky tu. Si Hannah jugak la yang paling gembira sebab jumpa superman sekali!

Shinshaibashi Suji
Si Glico man
Superman jumpa superman oke!
Kenny Asia
Business Inn Sennichimae
Lepas checkin, rehat, mandi, solat bagai.. kitaorang menuju ke Kemasakuranomiya Park untuk menikmati Sakura. Rasa macam ya Allah! best sangat sangat sangat. Indah sangat sangat sangat. Mau tak indah kalau kiri kanan depan belakang ko semua sakura. Happy punya pasal, tak terasa kitaorang da jalan dekat 2KM. 











Dari sakura, kami ke tower. Kali ni kami panjat Tsutenkaku. Tak la tinggi pun tapi boleh boleh la nak merasa naik lift laju sket. Area ni pun happening juga, ada Donki, tempat makan & shopping dan area ni dikenali dengan nama Shinsekai. Kalau lepak sini malam2 memang best la sebab dengan lampu2 kedai2 tu nampak cantik. Unlike area Dotombori yang sesak dan sesemak mata memandang.Since kitaorang datang malam, tak la sempat nak singgah dekat Tennoji Zoo yang letaknya tak jauh dari area ni.




Sempat la juga kami singgah ke kedai pevret kawan aku si Ezi. Kalau kemari, ini la ni kegemaran dia, costume play. Hahahahahah!
Beli juga strawberry.. ya ampun! manis gila strawberri dia! Kalau di Malaysia tak pernah la terhingin nak beli or merasa strawberry sebab pernah terkena yang masam tapi yang ini memang potong kaki!

 Last sekali, aku belanja gambar sumo man yang baru lepas mandi! Hahahahahha

Thursday 6 April 2017

Osaka Part1 Day 0

Finally hari yang ditungu-tunggu pun tiba. Since flight depart tengah malam, hari ni aku koje la macam biasa. Petang balik umah awal sikit.

Osakaaaa aku datangg!!!! Eh!! Kami datang. Seawal pukul 6.30 weols bertolak ke TBS. Malas nak menapak dengan beg berat.. kitaorg ambik grab taxi je. Rega tambang baru RM8.38. Dari TBS naik bas ke KLIA2. Ini yekla cara kalau nak berjimat cermat yer. Tambangnya baru RM10 sorang. Kos untuk 3 orang baru RM30 hengget je. Kitaorang naik bas kol 7.30.. before kol 9 malam sampai airport. Osaka mu tunggu aku datang!!!

Wednesday 22 March 2017

Melancong Di Kuala Selangor

On the way balik dari meeting dekat Sabak Bernam, my boss ajak singgah sini. Katanya since aku tak pernah singgah maka marilah di bawa. Sumur idup, inilah first time jejak ke mari. Selalu dengar je pasal Bukit Melawati. Apa yang ada disini? google la sendirik!


Monday 20 March 2017

Sushi Face

Orang patutnya g Jepun baru berhabis makan sushi tapi kami dekat Sushi King je laaaa. Sedap pun sedap, halal pun ye.. ye dok!

Sunday 19 March 2017

From Hokkaido With Love

La ni, inilah makanan kegemaran gue, Hokaido Cheese Tart. Jangain main2, sebijik je rega dia sama macam sepinggan nasik ye.. RM5.90. Kalau beli 5 free 1 baru dapat murah sikit RM29.90. Sedap?!! Meleleh!!! Aku suka sebab tak manis, dough dia lembut & masa makan tu cam feel feel la.. apakah?!!! hahaha





Saturday 18 March 2017

Pre-Arashiyama


Apakah? op kos la ini yekla image dari google map. Before jenjalan cari pasal dekat Osaka nanti, kena la buat simulation dalam Google Map supaya masa sampai sana tak la terpingga2 macam kambing sesat. Kalau dah nama melancong tanpa tourist guide, kena la pandai2 kan! So ini yekla area Arashiyama, Osaka. Kat sini ada apa? orang g sini sebab nak g tengok bamboo path yang lawa kat Bamboo Forrest. Selain tu, g Kimono Forrest & menikmati pemandangan yang indah. Nak tahu indah ke tak indah, tunggu la bila kami sampai sana.

Tuesday 14 March 2017

Collect Jangan Tak Collect

 Amacam... banyak tak patung ahkak? walaupun ahkak dah bagi corner ni tuk si Hannah dan barang-barangnya dan walaupun bener toys tu toy si Hannah tapi ahkak tak bagi dia main. Takat perhiasan je... ahakss!!!

Monday 13 March 2017

Cool!

Apakah? Ini nama dia cooling tower oke! Aku pun sejak2 duk Cawangan sekarang, dah lupa dah ilmu2 mekanikal ni. Yang aku tau piling, SI, ground monitoring, structural repair etc. Duk keje gomen ni macam ni la.. expert at nothing yet you do everything!

Sunday 12 March 2017

First Time Noxxa

Tadaa.. periuk Noxxa gue! Besar oke.. makanya masak la puas2!

Inilah koleksi yang ahkak da masak guna si Noxxa. Daging 7 minit, nasik lemak 7 minit, 1 seminit. Heaven oke! Kalau dulu 20 minit tunggu nasi masak, itu pun kira palling cepat la tu tapi ini kali 7 minit je nasik gue masak. Daging? kalau dulu 2 jam kot baru lembut now 7 minit je wa sakap lu! Punya sinang! Semua wa hantam High Pressure.

Yang palin best, nasi lemak jadi berkilat2 oke & rasa pun sedap. Telur plak, sebab tak sabar2 sangat nak potong time panas2 makanya rupa dia tak hensem sangat.


Saturday 11 March 2017

Tony Ramas

Tadi g Pos Laju Brickfields, amik bungkusan. Since dah konfem bungkusan aku ada disana, maka berkobar2 la aku nak g collect periuk Noxxa yang dah lama diidam2. Alang2 sampai sini, singgah dekat NuSentral la op kos. Dan bila tak tahu nak makan apa tapi nak makan sedap, op kos la Tony Romas jadi pilihan.

Oh! Tony! You so sedap ai loike!

Friday 10 March 2017

Di mana Periuk Noxxa Gue!

Tadi g Putrajaya hantar dokumen. Balik tu kelam kabut balik KL sebab nak g collect periuk Noxxa yang dah sampai dekat Pos Laju katanya. Bekobar2 drive ni dari Putrajaya. Sampai2 Pos Laju Brickfield, alih2 mamat kat kaunter tu kata barang aku ni dah dikembalikan pada sender sebab alamat tak ble detect.

Kambing tol! Makanya aku pun terus la minta tolong dekat seller. Nasib baik seller aku baik.

Thursday 9 March 2017

Nasi Beryani Putrajaya Lake Club

Habis miting tadi bos ajak lunch. Kali ni bos bawa g makan dekat Putrajaya Lake Club, Presint 8. Sedap tak? hmm.. nasi beryani dia tak sedap. Nampak macam best sebab masa dia hidang tu masih berapi2 lagi lauk aku tapi rasanya biasa je. Setup restaurant memang lawa, cozy tapi pelayan slow. Maybe time tu lunch kot so ramai lak orang.

Wednesday 8 March 2017

Tambah Baby

Aku memang suka budak2 dan op kos la aku nak anak ramai.. lagi ramai lagi bagus. Tapi walaupun si kecik kini dah berusia hampir 4 tahun sekarang, masih belum ada kekuatan nak menambah anak. Phobia bersalin tu memang la ada tapi aku lebih risaukan badan sendiri. Lepas bersalin Hannah, 2 tahun lebih juga baru badan aku sihat. Itu pun sampai sekarang masih terasa  cramp dan pedih. Bila tanya doktor, standard la jawapan yang sama aku terima setiap kali. 

Umur dah makin lanjut ni.. agak2 dapat ke tidak  nak menambah sorang lagi ni aa...

Friday 3 March 2017

Bila Gemuk


Gemuk! Gemuk! Gemuk!

What I Hate About Eye Liner And Mascara

I love to wear eye liner. It make my eye larger and fresh looking. The only problem is, i hate it at the same time. Twisted, isn't it?

I was born with panda eye. Regardless of my 8 minimum hour of sleep without fail every day, or how many eye care product i put on, it wont go away. I have to do extra covering on my eye area then only i draw my eye. Sure I look fresh in the morning but wait until the eye liner failed me and made me look like sick panda. Hate it! Be it lasting type or 24hr tattoo or 12 hour long covering ; that is what the marketing say! but before 12 pm, i sure will look like sick panda. And, don't let me start with mascara!!

Thursday 2 March 2017

Alarm Bila Anak Demam


Inilah alarm seorang aku bila anak demam. Kau demam pandai cari ubat tapi kalau anak demam jangan buat main. Ada sekali tu time Hannah demam, sampai pembuluh mata aku pecah oke sebab tak cukup rest. Mana tak pecah, memula hapaknya sakit masuk wad bagai.. pastu si anak.

Alhamdulillah demam dia ini kali lite2 je..

Wednesday 1 March 2017

Mak Pocoyo




Sampai parking opis, layan Pocoyo dulu. Apakah?!!!