Sunday 6 May 2018

Seoul Part 4/ 2018 : Day 2

Plan asal hari ni ke Seoullo 7017, Seoraeseoum Island, Hongdae, Ewha Woman University area dan Namdaemun Market. Malangnya kena ubah plan sebab hari hujan so lepas sarapan dekat hotel, dalam jam 8.30 kitaorang naik tren tuk ke Seoullo 7017.. then ke Seoraeseoum Island to enjoy Canola Flower.. pastu jalan lagi sampai ke Somesevit area sampai ke Express Bus Terminal. Tak tahu la berapa jauh kitaorang dah jalan hari ni.. macam nak tanggal kaki dibuatnya oke! Pastu balik hotel rest, solat.. mandi bagai.. then petang tu sambung jalan lagi berkilometer ke Cheonggyecheon stream to enjoy lantern show.. pastu naik tren kembali ke Seoul Station for Seoullo 7017 untuk night view.

  
Tak dapat tangkap gambart dengan real Minho, gambar pun jadiklaaa.. hahaha. Kitaorang naik subway ke Seoul Station, dari situ ble la jalan kaki je ke Seoullo 7017. Previously ini yekla a highway tapi ada problem. So instead of demolishing it, they turned it into tourism spot. Since dulu it was a highway, kome boleh le berjalan kat atas setinggi 17m atas jalan dan sepanjang lebih kurang 1km yer tuan puan. Kat atas ni ada cafe, taman bunga, playground dan piano tuk main secara free oke! Since it was raining heavily, terpaksa la kitaorang p berteduh kat Hydrangae Bread Cafe sambil kupi-kupi. Bila dah teduh sikit, dalam jam 10.20 am kitaorang pun meneruskan perjalanan ke Banpo Seoraseoum Island.
  
  
  
Katanya hari ni ada festival di sini tapi senyap sunyi je. Maybe cancel la kot due to hujan. Tapi takpe la, janji sampai la juga ke mari. Kalau nak ke sini, ada  3 or 4 subway station ble turun. Mana-mana pun kome turun, still kena jalan jauh T_T. Weolls decided turun dekat Gubanpo Station. Jalan je ikut tanda arah until jumpa under pass tu cross ke sana sebab kat atas tu highway. It took dalam 700m jugakla tu reach the place. Seoraseoum island is a small manmade island yang teletak di Banpo, Hangang Park. Since now musim bunga, pulau tu akan dipenuhi yellow canola in bloom. Dari sini ble jalan kaki ke tempat Avengers belawan, Somesevitt dan kena jalan lagi dalam 700 m juga. Since tak larat nak patah balik, kitaorang decided balik dari Express Bus Terminal subway which is 700m walk juga. Tapi rasa cam seram sikit ikut this jalan sebab underpass dia cam scary sket walaupun no worries actually sebab ada cctv.

While on the way ke station, sempat la singgah lunch dekat convenience store CC. Kalau nak shopping like local, ble la ke Express Bus Terminal underground shopping centre. OMG! Memang sangat crowded tapi barang dia agak murah la. Aku paling tak tahan tang kasut, semua lawa-lawa. Malangnya aku malas nak beli sebab ketahuan orang Korea ni tak speaking english sangat. Huhuhuhu....

Kol 2.15 pm kitaorang naik tren balik hotel tuk sesi solat dan mandi manda. Petang tu decided tuk jalan kaki je area hotel. While on the way singgah dekat Myeongdong tourist center tuk amik buku Seoul tourism. Tadi ada kedai tu jual strawerry, 2000KRW je sepeket. Gila kau... tak sampai RM8 oke ble dapat strawberri kat sini. Kalau kat mesia jangan harap la. Dah la tu, peket plak kecil dan rasa buah konfom tak manis!

Jalan punya jalan sampai ke Cheonggyecheon Stream oke! Which is a 700m walk juga dari hotel. Thank god lantern dah start pasang, dapatlah menikmati view malam yang bercahaya. Lantern kali ni dipasang sempena birthday Budha kot pada 9 or 10 Mei. On that date biasanya akan ada perarakan dan lantern festival. The last time we were here we actually have the chance to experience the festival tapi terlepas sebab sibuk bercanda dekat Hongdae T_T

  
  
 
Puas merendek, jam 9 malam baru pulang hotel yaw!

Saturday 5 May 2018

Seoul Part 4/ 2018 : Day 1

As early as 1 am aku bangun, siap-siap mandi then kejut geng. Kol 2.45 am dah naik grab ke KLIA2. Plan asal bertolak jam 4 pagi tapi risau pulak takde grab.. so pegi je la awal to avoid headache. Sampai-sampai pegi lepak dekat McD. Punya kecewa, ingat adalah menu mcmuffin sekali ada menu biasa je. Stress betul menu burger nasi lemak McD.. tak sedappppp langsung! Dah breakfast, g collect pocket wifi dekat seblah ToysRUs pastu terus je melepak dekat dalam boarding area. Thank god our 7.50am flight as per schedule.

Landing di Incheon International Airport dalam jam 3.40 pm waktu Seoul.. singgah beli T-Money dekat convenient store, CU then terus naik tren Arex all stop ke Seoul Station.. masa tu 4.20 pm. Agak cepat jugaklah dapat keluar dari arrival sebab orang tak ramai. Flight kitaorang boleh di katakan tak sampai half full kot sebab almost semua orang ble dapat 3 seat sorang duduk.. heaven sungguh dorang.  


  
Sampai Seoul station, kitaorang interchange ke metro line 4, ke Myeongdong Station.. dari situ keluar exit 8 ke K-Guesthouse Myeongdong 3. Masa sampai tu dalam jam 6 petang dah. Lepas solat.. terus keluar g ronda-ronda area hotel. Si Hannah punya eksaited sebab dapat jumpa Pororo dengan Super wings..

  
 
Singgah Daiso.. 8 tingkat oke!, orang ramai macam harem makanya tak de la beli apa. Terus je naik metro ke Dongdaemun History & Culture Park Station untuk ke Dongdaemun Design Plaza. Dekat DDP kebetulan ada konsert n pasar malam.. meriah gilos. Ini kali baru real.. g Seoul tengok konsert K-pop ya’all.. malangnya tak kenal la pulop sapa artis tu.. hahahaha

  

Friday 4 May 2018

Adam In The House

Hari ni si Hannah ada kawan, abang sepupu dia. Hari ni aku amik dia sebab mak dia balik lambat. Bawa g makan KFC, habis satu KFC tu riuh dengan dorang berdua berlari dari toilet ke meja. Anak buah aku ni memang starring orangnya. Paling tak ble blah dia ada nampak sorang budak lelaki umur 10- 12 tahun ni pakai beg pink. Dengan selamba dan sekuat hati dia kata.. ee! Tak malu la dia pakai beg perempuan. Bergema satu KFC.. nak pitam aku dibuatnya.. hahahahaha

Wednesday 2 May 2018

Pesta Buku

  
Hari ni makcik menyertai rombongan cik kiah ke Pesta Buku Antarabangsa 2018 di PWTC. Jabatan kitaorang ada offer sape-sape yang minat ble la berama-ramai naik bas. Op kos la aku tak lepaskan peluang walaupun kalau nak grab kejap je kot sampai ke PWTC... macam tak biasa plak... miahahaha. Kebanyakanya buku Bahasa Melayu. Thank god ada buku seri medic ni kat sinun. Kalau beli kat Popular sebuah buku dalam RM25 hengget tapi kat sini dapat lah RM60 3 buah. Oke le kan!

Saturday 28 April 2018

Team Iron Man


Kita tengok wayang duluuuuuu! Ini hari tengok Avengers dan macam sebelum ni, time tengah peak tulah si Hannah buat hal yak-yak. Adoiiii!!!! Terpaksalah aku bawa g cuci dulu. Pas wayang habis, singgah g makan. While on the way tu Petron ada buat kisok cabutan bertuah. Daftar jadi member, ble pusing wheel of fortune. Skali aku pusing dapat topi Thor daaaa! Free tu.. sapa tak nak. Ada yang dapat power bank tapi aku lebih happy sebab dapat topi ni. Nak harap si Chemba beli topi memang tidak ler!

Sunday 15 April 2018

Corrus Hotel Day 2


Lepas sarapan, tibalah giliran si Hannah beraksi di kolam renang. Huntung jugak la kitaorang sebab bilik satu floor je dengan kolam, di level 2. Sementara si Hannah beraksi, aku pun beraksi juga cumanya aku tak beraksi di pool instead di shopping complex, K-Avenue yang terletak beberapa langkah je dari hotel... hahahaha.

Saturday 14 April 2018

Sambut Birthday Adih

  
Sempena birthday adih yang ke 17, kitaorang pun buat la sambutan kecil-kecilan. Kalau last year ada rezeki sambut di Osaka, ini tahun sambut dekat Malaysia je. Destinasi pilihan aku KLCC.. jadik la kan. Kali ni aku choose untuk duduk di Corus Hotel. The best about this hotel is sangat dekat dengan KLCC. Dengan rega RM250+ dapat katil king. Cam katil honeymoon gitu.. ahakss! Malam buat sambutan kecil dekat cafe hotel then p melepak dekat Suria KLCC tengok fountain show.

Tuesday 10 April 2018

Demammmmm

Akhirnya kami kembali semula ke klinik buat kali kedua dan amik lagi darah. Aku rasa dia masih ingat brother yang amik darah dia hari tu so dia macam behave sket walaupun nangis jugak. Lepas amik darah brother tu bagi dia ubat suh minum dia minum dengan patuh oke. Padahal selama ni dekat rumah kalau tak de drama swasta time makan ubat memang tak sah. Alhamdulillah.. besar dah anak aku rupanya. Moga cepatlah kamu baik ye nak.

Result darah pun tak de show yang pelik-pelik walaupun ada reading yang tak cantik. Tm

Monday 9 April 2018

Demam Lagi

 

Alkisah hari ni, si kecik demam lagi. Adoiiiiiii!!!!

Ayah dia takde, g kursus so tinggal le kami berdua. Petang tu aku bawa dia g makan dekat SVM. Dia mengadu sejuk so aku belikan le jaket pink tu. Kebetulan pula aku memang dah lama nak belikan dia jaket. Sampai umah je badan dia start panas.. padahal baru je sangat demam T_T

Saturday 7 April 2018

Pegi Orang Khawin

  
Hari ni kitaorang lelawa g majlis khawin anak geng karas aku kat opis. Anak dia khawin 2 orang serentak & khawin dekat dewan opis. Lepas g majlis khawin, kitaorang g melepak pulak dekat SPM. Tengok la si Hannah tu, bukan main lagi happy.

Friday 6 April 2018

Sambutan Birthday Lagi

Hari ni si Hannah ada sambutan birthday lagi dekat skool. Tema hari ni pink dan biru. Mudah sket nak cari baju, unlike tema last month. Nasib baik baju kurung dia 2 tahun lepas masih muat lagi. Bukan main gembira lagi dia sebab hari ni tak payah pakai baju skolah.

Thursday 5 April 2018

Hantu Keropok Lekor

Hari tu si Chemba balik dari Terengganu borong keropok lekor, boleh kata hari-hari la kitaorang melantak kopok lekor. Memula tu goreng, pastu dah insaf sket sebab banyak sangat guna minyak. Now aku air fried pulak. Rasa dia sedap oke & better than goreng guna oil. Aku pakai tefal air fryer, still kena simbah minyak sket. At least better la dari rendam dalam minyak.

Wednesday 4 April 2018

KGT Khas

Hari ni PM announce orang gomen akan dapat satu Kenaikan Gaji Tahunan Khas bulan 7 nanti. Ayayayaya.. kiranya tahun ni dapatlah 2 kali kenaikan gaji. Maybe sempena pilihan raya kot.. ahaksss. Kalau menang dapatlah, kalau tak maybe tak dapat la kot.

Lunch time tadi malas pulak nak makan kat cafe so aku g SPM dengan si Chemba. Kat SPM tu kalau part makan memang tak le meriah mana, tapi still better than SVM. Kitaorang lunch dekat Secret Recepi. Aku kalau g SC, selalu aku suka makan mee kari dia. Mahveles!! Si Chemba pula suka chicken chop dia. Dulu time ada laksa sarawak, rajin juga makan dekat SC. So far SC punya food tak mengecewakan..

Tuesday 3 April 2018

Cuti

Hari ni aku ambik cuti since i dont think i am feeling any better than yesterday. Dari duk tidur & tunjuk muka sememeh, baik la aku cuti. Just to clear, post ni aku tulis not on this day ye.. ahaks!

Monday 2 April 2018

Calon Simpanan Naik Pangkat

Tadi aku dapat emel mengatakan aku tak berjaya naik pangkat tapi jadi calon simpanan so kalau ada kekosongan within 6 bulan ni boleh la naik. Masa interview tu pun dah yakin tak dapat sebab kekosongan ada 3 4 je kot. Lagi pula ada batch atas aku yang belum naik. Tapi yang aku nak tergelak tu naik pangkat pun ada calon simpanan.. adoiiii!! Tak tahu nak marah ke nak gelak. Kalau tak dapat kata je la tak dapat.. tak payah la nak simpanan bagai. Hahahaha..