Sunday 9 December 2018

Bye Arte! Bye Penang!


Dalam jam 11 kami check out. Next destination is Komtar. Since aku memang gemar tempat tinggi, kami naik sampai ke The Top untuk lunch di restoran Coco Cabana kat atas tu. Nice juga lepak atas ni tuk makan dan santai-santai. Lepas dari Komtar kami ronda-ronda Penang seround then baru bertolak balik ke KL. Perjalanan dari Penang smooth je. Dalam jam 11 lebih kami sampai rumah. 

Last ke Penang masa zaman bercinta cintun dengan si Chemba rasanya. Itu pun pegi atas urusan kerja. Kira trip kali ni mengimbau la kenangan masa tu. 

Apa-apa pun esok kita masuk wad duluuuu!!!

Saturday 8 December 2018

Hello Arte! Hello Penang Day 2


Sebelum keluar jalan-jalan cari hal dekat Penang, kami sarapan dulu di rumah dan op kos la sesi mandi pool untuk kanak-kanan dan bapak kanak-kanak. Dalam jam 10 lebih baru kami keluar. 1st destinasi Nasi Kandaq. Aku bukanlah peminat mamak, apatah lagi nasi kandaq tapi layan je la. Tak lengkap trip ke Penang kalau tak makan nasi kandaq kata orang. Lepas melantak, kami ke Penang Street Art. Kat sana singgah lagi melantak. Kali ni melantak cendol je. 

Dari situn, kami ke Bukit Bendera. Ramai gila orang hoiiii! So kami amik yang fastlane.. at least cepat la sikit. Antara tempat yang paling aku suka, inilah dia. Bukit Bendera. Teringat plak masa ke The Peak, Hong Kong. Takde la lama pun kami dekat atas tu, lepas tangkap gambar dan makan-makan kami turun balik. Kalau ikut aku, memang aku boleh je lepak lama-lama atas tu. Hohoiii. 

Dari situ kami meronda Padang Kota Lama. Singgah makan dekat Esplanade. That was the most regretted place I went seumur hidup. Dah la kotor, lepas tu sepanjang dekat sejam kami di sana sebab lama bebenor menunggu makanan.. takde orang pun bersihkan meja lepas orang makan. Kalau kat KL memang kena kecam la perangaiiii macam tu. Pemalas nak mampus pekerja dia. Penang sorga makanan? Puiiiii!!! Kalau gitu perangai orang berniaga di Penang ni, tak payah sebutla. Nasib la adik ipar aku bersungguh-sungguh nak makan di sini, kalau tak memang tidak la aku jejak. So next time, kalau tak berubah juga hopefully tutup je la tempat ni. 

Friday 7 December 2018

Hello Arte! Hello Penang



Lepas solat jumaat kami bertolak ke destinasi percutian kali ni which is Pulau Pinang. While on the way singgah kejap dekat hentian RTC Perak tuk lunch dan beli apa yang patut. Dalam jam 8.30 kami sampai ke hotel. Actually bukan hotel, kami menginap di apartment orang je di Arte Serviced Apartment yang terletak di Gelugor. 

Masa nak check in guard tak bagi masuk. Yelah, residen kan. Mana boleh simply-simply bagi masuk. So kena pula tunggu dekat luar while si Chemba urus. Aku actually memang tak gemar sewa atas orang ni sebab leceh nak berhubung bagai. Kalau sewa hotel terus ke kaunter je. Hati da panas tapi terubat jugak la bila tengok apartment cantik. Kat sini ada lift direct ke kediaman masing-masing. Meaning ko cuma share lift tu dengan orang lain tingkat, tapi yang sama tingkat tak. Best kan!

The best part is kami duduk satu leve dengan pool so keluar je terus sampai pool. Dan pool dia sangat cantek! Kat sini juga ada area tuk BBQ bagai. Terbaikk la!

Thursday 6 December 2018

Nenek Nak Sopping Bah

Hari ni aku bawak my mom shopping. Kalau my mom shopping dekat KL ni op kos la tujuan utama di Jalan TAR dan antara tempat kegemaran dia Mu'az Textile. Tak tahu apa cerr hari ni, kosong je kat Jalan TAR hari ni. Dari sini, kami ke tempat kegemaran mak aku yang seterusnya.. Kenanga Wholesale. Dalam jam 5 baru sampai rumah. Adoiii makkk.. letih! Nasib baik tak pegi 1 lagi tempat kegemaran dia, GM Klang. 

Tuesday 4 December 2018

Monday 3 December 2018

Saturday 1 December 2018

Nasik A'rab Lah

Hari ni kita makan nasi arab lah! 1st time kemari.. nice juga tempatnya. Malangnya aku ni bukanlah penggemar nasi arab dan masakan arab ni so tak reti nak gred sedap ke idok kat restoran ni.

Tuesday 27 November 2018

Saturday 24 November 2018

Ronda KL

Tadi dinner dekat Food Truck, tapi hati gatei tak nak balik rumah terus. Si Chemba ajak ronda KL so kalau ronda KL biasa kami akan pusing depan Pavillion tu. Konon la nak menikmati kemeriahan 'Shibuya Crossing' KL. 

Wednesday 21 November 2018

Mari Jual Phone


Iphone 7 gue udah bersedia untuk dijual. Hopefully ada la orang yang sudi menjaga kamu ya. Banyak jasa kamu sang telefon, especially tang kamera cumanya bateri kamu menyakitkan hati maka pergilah, aku sudi melepaskan kamu 😩

Tuesday 20 November 2018

Swimming Atas Berjaya Times Square



Inilah tujuan kami bercuti di BTS ni, bawak si kecik swimming. Swiming pool dia yang terletak dekat level 15 ni memang besar, stretch dari wing residen ke wing hotel. Bangunan tinggi kat depan tu wing hotel. Both ada direct acess ke BTS mall. 

Monday 19 November 2018

Staycation @ Berjaya Times Square Apartment



Hari ni kami bercuti 8km je dari rumah.. ahakssss. Kami memilih untuk ke Berjaya Times Square. Dekat BTS mall ni ada hotel dan ada residen. Since hotel mahal, kami bercuti ala Air BnB di salah sebuah residen dekat sini book through Agoda dengan harga RM151 semalam. Masa nak check in kena jumpa orang dekat lobi then dia akan bawa naik ke bilik dan kena bayar deposit RM200. 

Ok ke tidak? Tak ok la pada aku, cuma view memang cantik sebab kami dapat yang menghadap masjid. Biliknya tak terjaga dan tv pun masih tv gemuk gedempol. Tak lalu nak tengok 😛 Dalam bilik ni ada 2 katil, 1 queen dan 1 lagi single. 


Saturday 17 November 2018

Kami Engineer

Hari ni aku ngan my sis bawak anak-anak kami ke Petrosains. Actually ini kali kedua aku pegi tapi kalau pegi ramai-ramai meriah la sikit. Yang paling happy op kos la budak dua orang tu.. hohoiii. Walaupun dua-dua budak ni mak pak dorang mechanical engineer tapi tak yah la korang jadi engineer.. ahahahaha