Sunday 4 January 2015

Before And After

Hari ni nak citer pasal rancangan ala2 Before & After, yang deco2 umah kat Jipun tuh. Cumanya rancangan yang ni idak le masuk tv sebab bukan la hebat mana pun.

Alkisahnya sempena cuti2 tahun baru 2015 hari tu, aku lepak ngan si tecit je berdua sebab dadde dia koje. Pagi tu kitaorang jalan2 Jusco, dalam kol 1 lebih sampai umah si tecit terus tdo. Maka tinggallah si emak ni melayan perasaan sorang2. Bosan2, mula2 try hias sikit2 ruang tamu.. sudahnya... tadaaaaaa! Semua dah kena pindah. Dah la aku ni sakit pinggang & masih ada app dengan fisio, still ada hati jugak nak angkat barang.  Amacam? lapang tak umah aku? Miahahaha. Aku memang suka rumah kosong cam ni. Kalau boleh nak hide semua sekali termasuk la tv, sofa, tilam, meja makan!
Sebelum
Selepas
Pagi tadi plak konon nak g sarapan jek kat Old Town belakang umah, sudahnya lepas sampai ke Ikea dengan anak beranak tak mandi. Hahahahahaha.... lantak kome la kalau kami sekuarga busuk. Yang terhidu kome, bukan kami so no harm pada kami. Hahahaha. Sambil jalan sambil beli.. sauk la kapet kelabu yang rogenye RM49.90 jek kat Ikea. Tadaaaa.. inilah hasilnya. Bantal kuning tu aku beli dekat Viva Home. Ceria oke umah aku, macam2 kaler pun adaaa
Sebelum
Selepas