Thursday, 21 September 2017

Genting Aku Datang

Akhirnya tiba juga hari yang ditunggu-tunggu. Hari bercuti ke genting. Macam havoc je kan, sekali genting je.. hahaha. But antara banyak-banyaj tempat kat Malaysia, genting is one of my favorite place. Top 5 kot sebab sejuk + ada mall + ada theme park. Ada lagi tempat tinggi lain kat Malaysia ni yang juga sejuk macam kundasang ranau, Bukit Tinggi dan Cameron Highland tapi deme tadak mall dan theme park. Kau tahu kan aku ni hantu mall dan theme park! Dan sejuk! Sebab tu tiap kali plan nak g singapore, terbeli tiket p seoul dengan alasab seoul sejuk. Hahahahaha

Kol 4.30 thump print terus gerak naik sebab malam ni kitaorang tidur genting. Yeayyyy... nak book hotel kat genting time weekend jangan mimpi la. Either penuh atau mahal. Kalau weekdays ble dapat bilik basic RM60 je sebilik kat First World Hotel. Tapi aku amik bilik yang up sket, RM80 semalam. Yang up sket tu ada kettle bagai dan flat tv, yang basic tu tadak ye. Dan kalau nak tahu this is teh World Largest Hotel ye.. banyak gila bilik. Last time aku duduk kena yang jauh dari lift, masak nak jalan tapi kali ni alhamdulillah sebab bilik selang 5 pintu je dari lift

Masa naik tadi jalan clear, weather bagus. Alih2 lagi 2 km nak sampai atas angin kuat diikuti hujan dan kabus tebal. Harem tak nampak apa sebab kabus memang tebal sangat. Alhamdulillah sampai dengan selamat. Cek ini sangat mudah sebab ble guna mesin, cek out pun macam tu juga. Nasib kitaorang baik kali ni sebab bilik yang aku book tu dekat Tower 3 which is blok baru. A bit far from the mall dan attaraction tapi ok la. Belum lagi labuh punggung dekat tilam, aku terus capai periuk bagai. Periuk oke! Tapi bukan lah periuk besar pun.. hahaha. Yang ala2 kettel je pun tapi ble masak. Aku buat sardin goreng sebab nak makan dengan roti. Gila kau nak makan kat bawah time2 gaji belum keluar ni, kompom2 menangis nak bayar.

Lepas makan, memula ingat nak keluar terus tapi dah dekat sangat maghrib. Orang time awal muharram p masjid kau pula p berhibur... hahahaha. Sapa kata p berhibur boleh lupa diri? ahaksss. Pas settle doa awal dan akhir tahun dan solat maghrib semua2, kitaorang pun memulakan explorasi. So ini yekla pemandangan yang kau nampak while on the way dari hotel ke mall.. masih kekal seperti sebelum ni.

Kalau dulu ada indoor theme park, now dah tak de dah, dan dah been replaced oleh shopping complex yang quite big juga, Sky Avenue. Rasanya baru tahun ni kot buka dan kedai pun masih belum fully occupied lagi. Aku rasa ini sempena pembinaan Fox Theme Park la kot, they expect bigger crowd sebab international park la katakan.


 Kat sini memang banyak tempat makan tapi kau tak tahu nak makan apa sebab kau muslim. Kau tahu kan main attaraction di sini yekla casino so this is not a place for us la kiranya. Banyak gila tempat makan, malangnya non halal. Kat bawah ni, bukan main lagi tulis Malaysia Food Street tapi non-halal. KFC? dulu ada sekarang dah tadak. McD? Kononnya ada tapi tak nampak bayang.. huhu

Dan kat sini, expect la rega makanan dia almost double rega makanan di bawah. Tadi aku beli nasi ayam tuk Hannah, nak menangis oi keluar duit RM20++ tuk nasik yang dah la tak sedap.. ada hati tak mau bagi sup dan chili.