Si Hannah masuk skool full day, kiranya pagi skool petang pula day care. Selepas 10 hari bersekolah, si Hannah dah pandai baca.. alhamdulillah. Berbaloi-baloi ayah dia walau susah payah hantar gak dia masuk 'U. Kenapa masuk U? gila kau.. nak masuk pre-school pun kena bayar dekat RM3k oke before enroll! Dah macam yuran U tu!
Day care si Hannah ada program reading readiness. Kiranya yuran RM580 bulan-bulan tu da termasuk la semua sekali. Dorang akan dibekalkan dengan buku-buka bacaan. Aku tengok program dia goes two way, tackle English dengan BM sekali dan si Hannah dah boleh baca apa yang ada dalam buku tu. Mula-mula I thought dia hafal so aku cuba tulis apa yang ada dekat buku kat paper lain, she managed to read it well juga. Alhamdulillah... Emak kau ni dulu 4 tahun setengah apa pun tak tahu lagi kot... hahaha. Umur 5 tahun hafal nombor pun tunggang langgang... hahahaha
Jadik mak bapak nowdays agak mencabar jugakla. Kalau anak darjah satu tak pandai baca, takut ketinggalan je padahal jaman aku dulu, time tadik tu main je time sekolah rendah la baru nak belajar kenal huruf dan nombor tu sungguh-sungguh. Macam my sis, siap hantar anak dia yang baru nak enroll darjah satu pegi tuisyen membaca sebab lepas tadika masih belum boleh membaca dengan lancar. Bukan adik aku je, aku rasa ramai jugak parents yang hantar anak tuisyen. Patut ke anak darjah satu pergi tuisen, aku ada baca jugak orang bincang pasal ni. It is up to the parents pada aku. Lain anak lain tahap perkembangan dorang. No kids are the same.. kalau anak kau pandai maka bersyukurlah. Kalau anak kau slow, help them or get help.
Macam si Hannah ni agak unik jugak budaknya. Anak orang petah cakap tapi ABC dan nombor bukan semua budak boleh kenal dengan baik by year 2.. dan si Hannah one of them. Cakap tak pandai, by tak pandai tu memang tak pandai betul. Umur dekat 4 tahun pun masih tak lancar dan cakap yang basic je. Tapi umur 2 tahun ABC dan nombor dia dapat kenal dengan baik so mudahla kot cikgu dia nak ajar dia membaca sebab part mengenal tu dah settle.
Alhamdulillah sejak masuk sekolah ni baru nampak ada sedikit perkembangan dari segi speech dia walaupun dia tak petah macam budak-budak her age. Now dah pandai baca doa makan.. semua doa dia bacakan doa makan... hahaha. Naik keta baca doa makan, lepas solat baca doa makan.. hahahaha