Monday 1 January 2018

HappY New Year Malacca

Sempena hari ni new year.. apa haktiviti? lepas sarapan tadi g jalan-jalan area hotel. Hari ni takde spesifik plan sebab rasanya habis dah kot attraction kat bandar Melaka kitaorang terjah.

Alkisahnya semalam lepas balik dari Klebang, teringin pula makan shell out seround dekat kedai yang kitaorang pernah makan sebelum ni, Warong Kaki Lima yang letaknya berdepan je area hotel Taipan Boutique. Alih2 kedai tu pindah la pulak ke area Jonker Walk. So, google punya google terjumpa satu lagi kedai nama Cengkerang Shell Out. Since semalam tak larat, ingatkan nak singgah la lunch. Puiii!! kedai ni tutup ari senin.

Kuchiwa, kitaorang pun menghala ke The Shore. Kat situn ada macam-macam, ada Oceanarium.. muzium toy, observation deck, F1 simulation experience etc. Memula ajak si Chemba g luch dekat sky restoran dia.. saja kunun nak romantik2 tengok view Melaka from atop tapi si Chemba tanak. Kata dia baik makan memahal kat kedai2 kat bawah ni. Huhu.. oke tak jadik. Pastu lalu depan toy muzium, nak masuk tanak masuk.. final decision tak masuk tapi duit tatap habis!

Kau tak tengok wajah di sebalik kotak tu, memancal-mancal gumbira sebab dapat toys. Siap thank you mamme, thank you adih.. T_T nasib duit bapak dia yang habis... kikikikiki. Pastu lalu plak depan Oceanarium, si Hannah dah meroyan nak fish.. nak fish. Kesian punya pasal, hangus lagi duit si Chemba... hahahaha.








The Oceanarium tadak la luas sangat tapi i quite like the experience compare to KLCC punya. Ntah la apsal.. ahaksss. Apart from fish, kat sini ada gambar2 3D, ada 8 in 1 3D experience,  ble bagi makan penyu dll. P la usha kat website deme http://www.oceanariummelaka.com/. Tiket for dewasa RM35 dan child RM25 sorang. Aku rasa harga tu agak berbaloi la juga sebab every purchase of tiket diberi souvinier berupa fridge magnet sorang satu. Pastu kalau ko berjaya jawab teka teki teka tekuk yang diberi, dapat lagi la hadiah berupa keychain sorang satu gak.


Kat 3D experience tu seronok gak. Tengok short move sambil diringi dengan percikan2 air, bubble berterbangan, seat vibrate, pastu ada tetiba rasa geli2 kat kaki. Ingatkan ular siut.. udah le tempat tu gelap gak. Rupanya ada prob, kertas2 kena tiup angin buat geli2 kat kaki. Sapspen!

Lepas dari situn, singgah makan dekat Nandos. Pastu baru chow chin chow balik KL dan seperti dijangka.. jem sepanjang jalan T_T