Monday 22 January 2018

Muka Selepas Nutox

Oke.. ini muka aku yang suci bersih dari sebarang skincare dan kosmetik. Hari ni dah hari ke 22 kot aku menjadi pengguna Nutox. So aku memang rekemen sangat la Nutox ni walaupun Nutox tak bayar aku buat iklan. Rega pun affordable, serum dia ble dapat dalam RM55 henget time offer. Kalau guna over-the-pharmacy punya produk, memang ada advantage la sebab mana-mana farmasi ada jual. Lagi baik kalau tempat yang ko pegi tu ada banyak option like Guardian, Aeon Wellness dan Watson so ko boleh kunjung semua kedai tu tuk compare harga. Trust me, lain Guardian pun ada lain harga dan promosi ye.

Contohnya masa aku beli serum kat Guardian SPM, spend RM20 baru ble beli serum dengan rega RM55 tapi aku g Guardian mana ntah, tak de offer langsung. The cheapest aku jumpa is RM55 dekat Watson rasanya. The best aku pegi dekat Aeon Wellness SVM, buy RM100 dapat one very nice purse. Apart from that, rega some of the item kat situ pun lebih murah dari Watson dan Guardian macam cleanser for oily skin dan cc cream dia.