Macam semalam, hari ni sama la juga. Tapi sakit hati sebab tunggu
sikit punya lama tak naik juga nombor. Kesabaran dah macam nak sampai hujung
dah, aku bagitau si Chemba kalau kol 11 nombor aku tak naik juga aku memang
balik je. Alih2 seminit nak masuk jam 11 nombor aku naik. Chehhh!!
Kalau
semalam dah interview panjang dengan doctor, hari ni repeat lagi dengan doctor lain.
Eiiiii.. sabau je la!Next appointment lagi 2 minggu. Kiranya aku macam takde keje la lepas ni sebab berderet la appointment klinik aku. Maka selepas 3 hari, berjaya la aku selesaikan urusan membuka buku pink akhirnya..
Pada yang nak jadi ibu tu, beranak la time muda2. Jangan cam aku, penyakit dah banyak ni memang mencabar. Kalau 1st pregnancy, sebulan sekali je datang klinik. Jumpa doktor pun berapa bulan skali tapi kali ni setiap kali visit wajib jumpa doktor. So kalau jumpa doktor, faham-faham je la berapa lama masa yang akan diperlukan. Kalau g swasta dengan condition aku skarang ni takat sebulan sekali oke la.. tapi kalau hari2 kena datang pitam oi!